بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله و بركاته
الحمد لله رب العالمين
وصلى الله على محمد وآله الأئمة والمهديين وسلم تسليماً كثيرا
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Salam ke atas tuan-tuan dengan rahmat dan keberkatan Allah. Segala pujian bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat serta limpahan salam kesejahteraan buat Muhammad dan Keluarga Muhammad, para Imam dan Mahdiyyin.
BILA mendengar seruan Al-Syed Ahmad Al-Hasan ini tentu ada +tif dan -tifnya, ada yang begitu ghairah kerana sedang menunggu-nunggu, ada yang akan mengkaji dengan teliti, ada yang membiarkan begitu sahaja dan tak kurang pulah yang mengejek dan mencemuh seperti soalan yang ditujukan kepada Al-Syed Ahmad Al-Hasan (Al-Yamani) ini:
Soalan 51: Apabila orang membaca seruan anda mula terserlah ejekan dari wajah mereka, kerana dalil-dalil, keterangan-keterangan dan hujjah-hujjah tidak cukup untuk dakwah ini, jadi seruan anda dinisbah kepada tanda-tanda bagi timbulnya kebatilan, perbalahan, orang yang sesat dan menyesatkan, yang mendahului kemunculan Imam Al Mahdi (aj), (Seperti Al-Hassani dan Al-Yamani atau orang yang mendakwa dirinya Al-Mahdi (aj)), jadi apa yang akan membezakan anda dengan mereka walaupun dengan sesuatu yang boleh menghalang dari mempertimbangkannya.
Hussein Al-3awadiy - Iraq
11 / Jamadiy Al-Awwal / 1426 A.H
Jawapan:
بسم الله الرحمن الرحيم، والحمد لله رب العالمين
Seruan dakwah ini disokong oleh banyak dalil-dalil, dan saya berlindung dengan Allah dari sifat Al-Ana (keakuan), saya tidak mengatakan ikutilah saya secara membuta tuli, tetapi saya katakan bukalah mata anda dan bezakan dalil-dalil dan kenali pemilik yang haq (benar) supaya anda boleh menyelamatkan diri dari api neraka, seruan kebenaran tidak dapat berjalan seiring dengan panggilan batil seperti berlaku pada Rasulullah (S) apabila seruan Musailamah Al-Kazhzhab (pendusta) (La3nahu Allah) bersaing dengan baginda.
Seperti riwayat dari Mufadhdhal bin Umar, beliau berkata: Aku mendengar Aba Abdillah (as) berkata: (Kemudian dia berkata kepada ku, "Wahai Aba 'Abdillah (Mufadhdhal), berhati-hatilah untuk tidak menyebut beliau dengan nama. Demi Allah, dia akan hilang selama bertahun-tahun. Dia akan dilupakan sehingga dikatakan, Dia telah mati, terkorban, pergi ke lembah mana?. Mata orang yang beriman akan menitiskan air mata ke atas beliau dan mereka akan diserahkan seperti kapal terumbang ambing oleh gelombang laut dan tiada siapa yang akan diselamatkan kecuali Allah telah mengambil satu perjanjian dan telah tertulis iman dalam hatinya dan telah disahkan beliau dengan semangat (ruh) pertolongan daripadaNya sendiri. Dua belas panji-panji membingungkan akan dinaikkan tidak dikenali dari siapa.? beliau berkata: aku menangis, dan kemudian aku berkata: Apa yang kami lakukan? beliau berkata: dia memandang sinar matahari memikirkan sifatnya, dan berkata: Wahai Aba Abdillah (Mufadhdhal) kamu melihat matahari beliau berkata: Ya, maka beliau (as) berkata: Demi Allah urusan kami lebih jelas daripada matahari ini) [121],
Maka Imam (as) telah menjelaskan bahawa seruan kebenaran adalah lebih jelas daripada matahari, malah adalah lebih jelas dari matahari, kerana dalil-dalilnya adalah dalil-dalil daripada Nabi-nabi, Rasul-rasul dan Al-Rasul Muhammad (S) dan para Imam (as), maka mereka berpaling kepada dalil-dalil seruan ini dan bandingkan dengan dalil-dalil dari Al-Rasul Muhammad (S), bacalah beberapa dalil-dalil seruan di dalam Kitab Al-Nur Al-Mubin oleh Al-Ustazh Dhiya Al-Zaidiy, dan Kitab Al-Balagh Al-Mubin oleh Al-Syeikh Nadzim Al-3uqailiy, dan anda akan melihat banyak dalil-dalil, dan daripadanya ada wasiat Rasulullah (S) dan riwayat daripada Ahlulbayt (as) dan ilmu kebenaran, bimbingan, dan Mubahilah, sumpah, pembebasan, kasyaf dan rukya (penglihatan) pada Al-Rasul dan para Imam dan Nabi-nabi (as) yang dilihat oleh orang-orang mukmin dan mukjizat-mukjizat dan perkara-perkara ghaib.
Dan jika semua dalil-dalil ini tidak meyakinkan:
﴿فَارْتَقِبْ يَوْمَ تَأْتِي السَّمَاءُ بِدُخَانٍ مُبِينٍ * يَغْشَى النَّاسَ هَذَا عَذَابٌ أَلِيمٌ﴾
"Maka tunggulah hari ketika langit membawa kabut yang nyata, * yang meliputi manusia. Inilah azab yang pedih." [122],
sehingga berkata dengan orang-orang yang berkata
﴿رَبَّنَا اكْشِفْ عَنَّا الْعَذَابَ إِنَّا مُؤْمِنُونَ﴾
"Ya Tuhan kami, lenyapkanlah dari kami azab itu. Sesungguhnya kami akan beriman" [123],
dan akan datang jawapan kepada kamu
﴿أَنَّى لَهُمُ الذِّكْرَى وَقَدْ جَاءَهُمْ رَسُولٌ مُبِينٌ * ثُمَّ تَوَلَّوْا عَنْهُ وَقَالُوا مُعَلَّمٌ مَجْنُونٌ﴾
"Bagaimanakah mereka dapat menerima peringatan, padahal telah datang kepada mereka seorang rasul yang memberi penjelasan, * kemudian mereka berpaling daripadanya dan berkata: "Dia adalah seorang yang menerima ajaran lagi pula seorang yang gila." [124]
Subhanallah, tidakkah anda mengambil pengajaran dari keadaan umat-umat yang dahulu? Bukankah keadaan anda hari ini sama seperti keadaan orang-orang Yahudi terhadap Nabi-nabi mereka.
Tidakkah anda mengambil pengajaran daripada kata-kata Allah dan cerita-cerita dalam al-Quran? Lihatlah keadaan anda, bukankan sama seperti keadaan para ulama Yahudi dan orang-orang yang bertaklid dengan mereka apabila mereka mengejek Nabi Zakaria (as) Yahya (as) dan Isa (as), mengapakah kamu dijauhkan dari mereka dengan Allah ke atas kamu?!
Dan jika kamu berada di antara mereka dihantar mendengar menyaksikannya, anda akan meraung dengan tangisan dan berkata, demi Allah kita lebih buruk daripada orang-orang Yahudi dan para ulama mereka, yang asyik dengan dunia dan memerangi para Nabi dan penyokong mereka yang berjalan menuju akhirat, dan beriman dengannya dan di dalam Kerajaan Langit (malakut) dan yang ghaib.
Apa yang mendorong anda mengejek saya dan orang yang beriman dalam dakwah yang benar ini? Tanya diri anda dan kembali kepada Tuhanmu, dan
﴿اقْرَأْ كِتَابَكَ كَفَى بِنَفْسِكَ الْيَوْمَ عَلَيْكَ حَسِيباً﴾
"Bacalah kitabmu, cukuplah dirimu sendiri pada waktu ini sebagai penghisab terhadapmu".[125]
Dan sepanjang zaman menjadi bahan ejekan? Dan tidakkah anda dengar atau baca tentang Nabi-nabi dan Rasul-rasul (as) dan orang yang beriman menjadi bahan ejekan? Tetapi anda akan sentiasa melihat bahawa menghina dan memperolok-olok menjadi tabiat orang yang berdusta dan orang-orang kafir dalam dakwah para Nabi dan Rasul-rasul.
Tidak tenteram kaum kamu kepada saya Wahai penduduk Iraq, kamu telah mengikuti orang-orang besar kamu yang mengikut Amerika dan membuat perjanjian dengan mereka dan menerima demokrasi mereka, dan kamu akhirnya telah berlindung dengan penzalim itu, dan memberikan alasan untuk menolak jauh; Amir Al-Mukminin Ali (as), dan kamu berbalik ke belakang (murtad) sebagai orang-orang kafir dalam pelantikan Allah dan HakimiyahNya SWT, dan kamu telah menentang dakwah yang benar ini mengharapkan dunia yang busuk.
Kamu tidak mengikuti kekayaan dan duniawi melainkan dalam kerugian, sebagaimana orang-orang Makkah mengikuti Aba Sufyan dan memerangi datukku pesuruh Allah Muhammad (S), dan mengapa kamu membenci pada saya apabila saya menyeru kamu kepada kitab Allah dan walak kepada Waliy Allah Yang Maha Besar, Al-Imam Al Mahdi (as) supaya meninggalkan perkara yang batil dan masyarakatnya, saya tidak muncul kecuali untuk menuntut pengislahan pada umat datuk saya Rasulullah (S), dengan urusan bapa saya Imam Al Mahdi (as), seperti mana keluarnya datuk saya Al-Hussein (as), dan jika anda mengikuti Imam batil, pada awalnya dilakukan oleh datuk nenek kamu yang telah mengikuti fuqahak batil, Syubats bin Rab3iy, Syimar bin Zhi Al-Jausyan dan Syuraihan Al-Qadhi mereka menyokong Ibn Ziyad dan Yazid (Laknahumu Allah) untuk membunuh Al-Hussein bin Ali (as), dan masih ada habuk di mata dan pada tekak kekal sebagai kesedihan dan kesuraman.
وإنا لله وإنا إليه راجعون وسيعلم الذين ظلموا أي منقلب ينقلبون، ولا حول ولا قوة إلاّ بالله العلي العظيم.
Kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali, kelak akan mengetahui ke tempat mana mereka akan kembali, dan tidak ada daya dan upaya melainkan dengan Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Agung.
Fahamilah kata-kata yang Maha Tinggi:
﴿إِنَّهُ كَانَ فَرِيقٌ مِنْ عِبَادِي يَقُولُونَ رَبَّنَا آمَنَّا فَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَا وَأَنْتَ خَيْرُ الرَّاحِمِينَ * فَاتَّخَذْتُمُوهُمْ سِخْرِيّاً حَتَّى أَنْسَوْكُمْ ذِكْرِي وَكُنْتُمْ مِنْهُمْ تَضْحَكُونَ * إِنِّي جَزَيْتُهُمُ الْيَوْمَ بِمَا صَبَرُوا أَنَّهُمْ هُمُ الْفَائِزُونَ﴾
Sesungguhnya, ada segolongan dari hamba-hamba-Ku berdoa: "Ya Tuhan kami, kami telah beriman, maka ampunilah kami dan berilah kami rahmat dan Engkau adalah Pemberi rahmat Yang Paling Baik. * Lalu kamu menjadikan mereka buah ejekan, sehingga (kesibukan) kamu mengejek mereka, menjadikan kamu lupa mengingat Aku, dan adalah kamu selalu mentertawakan mereka, * Sesungguhnya Aku memberi balasan kepada mereka di hari ini, karena kesabaran mereka; sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang menang". [126]
Dan kemudian kamu ejek dan ketawa banyak-banyak, kamu tidak tersalah anggap, sunnah datuk dan nenek kamu dan kamu akan susukannya dengan darah segar, dan mereka yang akan datang hari-hari berikutnya akan mengutuk kamu sebagaimana hari mereka dikutuk orang-orang yang menentang Muhammad (S) dan mengejek-ejeknya dan kamu akan tahu siapakah pemenang esok apabila ilmu pengetahuan kamu tidak akan memberi manfaat sedikitpun.
Dan saya berlindung dengan Allah dari Al-Ana (keakuan), saya akan memberitahu kamu satu cerita untuk kamu dan untuk selain daripada kamu rukya ini, mungkin kamu akan akan dapat pengajaran:
(saya melihat dalam tidur saya: Seorang Syeikh di Hawzah Najaf - dan saya kenal dia - telah berdiri berhampiran saya, dan berdekatan dengan saya terdapat sekumpulan malaikat dan mereka mempunyai rupa seperti manusia, maka mereka bertanya kepada Syeikh menyebutkan tentang saya dan menyampaikan dalil-dalil dakwah kepadanya, maka dia mendustakan dakwah tersebut, dan kemudian datang yang lebih besar, yang lebih utama seolah-olah dia telah mengawal malaikat-malaikat itu, atas rukya dan semua apa yang di dalamnya, maka malaikat berkata kepada Syeikh yang dinyatakan di atas: Dan dia juga adalah orang yang mempunyai dakwah dan ini adalah dalil-dalilnya, lalu mereka membentangkan dalil-dalil dakwah orang yang lebih besardan yang lebih utama tersebut, lalu ia berkata: dakwah orang ini adalah seperti dalil-dalil daripada seruan Ahmad Al-Hassan, maka malaikat berkata kepada Syeikh yang dinyatakan di atas: Adakah kamu kenal siapa ni?! Inilah Muhammad bin Abdullah pemilik pedang yang memutus dan anak panah yang membidik, Rasulullah (S), maka Syeikh itu berkata: Saya tidak percaya pada Muhammad dan tidak juga pada Ahmad, lalu baginda pun menunjukkan wajahnya) dan saya bersumpah dengan nama Allah yang Maha Tinggi dan Maha Agung yang saya melihat rukya ini dan di dalamnya ada Muhammad Rasulullah (S), dan saya tidak menyampaikan rukya ini sebagai dalil untuk membuktikan kebenaran dakwah ini, walaupun rukya adalah dalil-dalil, tetapi saya menceritakannya kerana saya menganggap ia satu mesej dari Allah, mungkin Allah akan memberi manfaat kepada anda dan selain daripada anda dengan makna yang telah disebutkan di dalamnya dan supaya anda dan orang-orang seperti anda belajar daripadanya dan Allah-lah sebagai penolong dan pemberi taufik.
Segala puji tertentu bagi Allah yang menjadikan kita dari orang-orang mukmin dalam Kerajaan Langit dan yang ghaib dan akhirat dan ia adalah dari yang ghaib, dan segala puji tertentu bagi Allah, dan kutukan Allah ke atas setiap yang kafir yang tidak mempercayai Kerajaan langit dan yang ghaib.
Ahmad al-Hassan
Jamadi AlAwal / 1426 A.H
Akhir Jilid I
وآخر دعوانا أن الحمد لله رب العالمين، وصلى الله على سيدنا محمد وآله وسلم تسليماً.
والحمد لله رب العالمين
_______________________
[121] - Al-Kafi: Jilid.1 halaman.336
[122] - Al-Addukhan 44:10-11
[123] - Al-Addukhan 44:12
[124] - Al-Addukhan 44:13-14
[125] - Al-Israa’ 17:14
[126] – Al-Mukminun 23: 109-111
No comments:
Post a Comment