Kuliah 17 14 05 2016
Pertama, Penyelewengan (Tahrif) Dalam Al-Quran
أولاً: التحريف في القران
الكريم
Terdapat banyak riwayat dari Ahli Bait Nabi (sawas) sebagai
penunjuk (tanda) penyelewengan, sebagaimana yang diterima dari riwayat para
sahabat Rasulullah (sawas) dari perjalanan sunnah dalam kitab-kitab mereka
sebagai penunjuk terjadinya penyelewengan [32].
Maksud terdapat penyelewengan: Al-Quran yang ada di tangan kita
tidaklah lengkap sepenuhnya, samada sebahagian daripada kalimahnya diubah atau
ditukar maksudnya. Sebahagian ulamak Islam meneka sehingga terjadinya
penyelewengan seperti mana sebahagian daripada mereka meneka tidak berlakunya
penyelewengan.
Dan mereka menyimpulkan bahawa orang yang memperkatakan tidak ada
penyelewengan (Tahrif) dalam beberapa perkara, iaitu:
1 - Ayat pemeliharaan:
﴿إِنا
نَحنُ نَزَّلْنَا الذِّكْرَ وَإِنَّا لَهُ لَحَافِظُونَ﴾
{Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Az-Zikr (Al-Quran), dan Kamilah
yang memeliharanya. } [Surah Al-Hajar 15:9].
Ayat ini boleh ditafsirkan untuk memelihara al-Quran dari
penyelewengan, dan kelangsungannya di sisi umat yang selamat dari penambahan,
pengurangan dan perubahan, dari jangkauan tangan ahli batil dan Imam-imam yang
sesat kepadanya.
2 – Firman Yang Maha Tinggi:
﴿لا
يَأْتِيهِ الْبَاطِلُ مِنْ بيْنِ يَدَيْهِ وَلا مِنْ خَلْفِهِ تَنْزِيلٌ مِنْ
حَكِيمٍ حَمِيدٍ﴾
{Yang tidak datang kepadanya (Al Quran) kebatilan baik dari depan
maupun dari belakangnya, yang diturunkan dari Yang Maha Bijaksana lagi Maha
Terpuji.} [Surah Fushilat 41:42].
Ayat ini boleh ditafsirkan bahawa al-Quran adalah terpelihara
dari ditembusi kebatilan yang dihadapi, sama ada batil dengan mengubah
beberapa perkataan atau dengan menambah atau mengurangkan sebahagian surah dan
ayat-ayat.
3 – Riwayat-riwayat (hadits) sebagai penunjuk (dalil) penyelewengan
mingkin sebahagiannya membawa penunjuk penyelewengan pada makna yang tersirat,
iaitu penyelewengan dalam tafsiran (takwil) itu bukan diturunkan, dan ini
adalah satu hakikat yang diiktiraf oleh semua orang Islam.
4 - Sebahagian Riwayat-riwayat (hadits) sebagai penunjuk penyelewengan
pada sandaran (sanad) yang lemah.
5 - Riwayat-riwayat (hadits) yang tidak menerima pentakwilan dan
dalil-dalil pada penyelewengan lafadz atau pengurangan yang menjadi asas
daripada memaparkan penghalang kerana ia bertentangan dengan Al-Quran, telah
diriwayatkan daripada ma'sum (as) yang bermaksud: “Apa yang datang kepada kamu
dari kami yang bertentangan dengan kitab Allah maka tinggalkanlah. [35].
6 - Keseluruhan Quran di zaman Rasulullah (sawas) yang ada di tangan
kita; tidaklah munasabah Rasulullah (sawas) tidak mengambil berat pada kitabnya
dan keseluruhan Al-Quran di dalam hidupnya.
Kemudian datang selepas Abu Bakar, ‘Umar dan Zaid ibn Thabit mengumpulkannya,
dan datang selepas mereka, Uthman yang mengusahakan pengumpulannya hanya kepada
satu mushaf dan membakar atau kerosakan lain yang berbeza dengan mushafnya
sebagai salah satu cara atau apa cara sekalipun, inilah yang ada di tangan kita
sebagai mushaf Uthmani seperti yang dilihat umum dan khususnya..
7 – Memperkatakan tentang penyelewengan (tahrif) Al-Quran perlu dipadam
pengesahan kenabian Muhammad (sawas) hari ini; kerana Quran adalah mukjizat,
yang diturunkan kepada Nabi (sawas).
8 - Dengan memperkatakan ada penyelewengan tidak ada faedah yang
tinggal pada Al-Quran yang ada tangan kita, terutamanya pada akidah, dan juga
Hukum Syariah- dan lain-lain.
Adapun Bukti dari orang-orang yang mengatakan ia ada penyelewengan
adalah:
1 - Riwayat-riwayat sebagai penunjuk-penunjuk (dalil) penyelewengan,
yang terlalu banyak dari jalan Syiah dan Sunni. Contoh dari jalan Sunni:
،
إنّ رسول الله (ص) قال: (من سرّه أن يقرأ القرآن غضاً كما نزل فليقرأه على قراءة
ابن أم عبد)
“Bahawa Rasulullah (sawas) berkata:
(Sesiapa yang berbesar hati untuk membaca Al-Quran seperti mana ia diturunkan
maka hendaklah dia membaca bacaan Ibn Umm Abd) [36].
Dia (Ibn Umm Abd) adalah Ibn Mas'ud di antara sahabat yang terbaik yang
telah menghafal Al-Quran.
(Ibn Malik berkata: Masahif (salinan Al-Quran) diperintahkan untuk
diubah, lalu katanya, Ibn Mas'ud berkata: "Sesiapa di antara kamu boleh
menyembunyikan mushafnya (salinan Al-Quran) maka sembunyikanlah, maka bagi yang
menyembunyikan sesuatu dia akan datang bersamanya pada hari kiamat "
Katanya lagi, kemudian dia berkata:" Aku telah membaca / menyebutnya dari
mulut Rasulullah (sawas) tujuh puluh surah! Jadi adakah aku tinggalkan apa yang
aku telah ambil dari mulut Rasulullah (sawas)!? ") [37]. Dan sanadnya
sahih sebagaimana dikatakan oleh Ahmad Muhammad pada Syarah Musnad Ahmad.
Dan diriwayatkan oleh Abu Daud dan Ibn Katsir dalam Al-Tafsir, dan juga
diriwayatkan oleh Ibnu Sa’ad dalam Tabaqat. [38].
Maksud Hadis adalah jelas, Bahawa Ibn Mas'ud melihat Kitab (al-Quran)
yang telah ditulis oleh Uthman adalah tidak lengkap, atau sekurang-kurangnya
telah dilakukan beberapa perubahan.Maka mereka mengatakan: (“Adakah kamu akan
tinggalkan apa yang diambil dari Rasulullah (sawas)), sebagai bukti bahawa apa
yang diambil yang berbeza di dalamnya, atau berlainan dari apa yang ditulis
oleh Uthman. Ibn Mas'ood (rahimahu Allah) kekal berkeras pada fikirannya dan
menolak apa yang telah ditulis oleh Uthman sehingga Uthman membunuhnya apabila
dia membakar mushaf (salinan al-Quran) dan membakar mushafnya sehingga terbakar
kulitnya dia meninggal dunia kemudian.
Dan riwayat-riwayat yang terdapat di dalam kitab-kitab Sunni terbukti
banyak pengurangan pada Al-Quran. Mereka memilih nama salinan bacaan bagi Surah
dan ayat-ayat yang menerima riwayat-riwayat mereka, dan tidak ditulis dalam
mushaf yang ada hari ini. [39]. (AYAT REJAM)
Adapun riwayat-riwayat yang terdapat dari Ahli Bait (as), adalah
banyak, tetapi mereka (as) memerintahkan kita untuk membaca seperti bacaan
orang biasa, sehingga bangkit al-Qaim dari mereka selawat Allah atas mereka
[40].
Sheikh Mufid (rahimahul Allah) dalam Al-Masa’il Al-Sururiyah: Apakah
yang difirmankan Allah dalam Al-Quran terus dijagaNya? Masih adakah antara
kulit ke kulit di tangan kita, atau telah hilang apa yang diturunkan Allah
Ta’ala kepada NabiNya dari sesuatu atau tidak? Adakah ia telah dikumpul oleh
Amirui Mukminin Ali (as), atau apa yang telah dikumpul Uthman disebut mereka
yang melanggar?
Dia menjawab: (Tidak ada keraguan bahawa antara kulit ke kulit isi
al-Quran, kesemuanya Kalam Allah Ta’ala yang diturunkanNya, dan tidak ada suatu
pun dari kata-kata manusia, keseluruhannya diturunkan, dan selebihnya, yang
diturunkan oleh Allah (Al-Quran ) [41] padanya terpeliharalah Syari’ah, gedung
hukum-hakam – iaitu Al-Mahdi (as) -, tidak kehilangan sesuatu pun darinya, dan
jika yang dikumpul antara kulit ke kulit kini tidak dijadikannya dalam
keseluruhan apa yang dikumpulkan, antara lain, menghimpunkan atas sebab-sebab
seruan dakwahnya, termasuk: had-had mengetahui sebahagian darinya,
daripada apa yang diragukan di dalamnya, termasuk tunggak dirinya, dan
apa yang dengan sengaja dikeluarkan darinya..
Al-Quran yang dihimpun oleh Amirul Mukminin (as) yang turun dari awal
hingga ke akhir yang menulisnya mengikut apa yang wajib ditulisnya, yang
didahulukan (turun) di Mekah dari di Madinah, dan meletakkan yang mansukh atas
yang nasakh. Dan meletakkan segala-galanya pada haknya.
Oleh itu kata Jaafar bin Muhammad Al-Shadiq (as): (Demi Allah,
sekiranya mereka membaca Al-Quran seperti mana ia diturunkan kesemuanya
ditentukan kepada kami, seperti mana ia ditentukan sebelum kami) [42].
Dan beliau (as) berkata: (Al-Quran diturunkan empat sukuan, satu
perempat di antara kami, dan satu perempat untuk musuh kami, dan satu perempat
darinya cerita-cerita dan perumpamaan-perumpamaan, dan satu perempat darinya
penentuan hukum, dan bagi kami Ahli Bait kemuliaan Al-Quran) [43].
Telah berkata Al-Majlisi (rahimahu Allah): (“Tidaklah perkhabaran itu
dari para Imam (as) mereka diperintah membacanys dari kulit ke kulit, dan tidak
melampaui batas tidak menambah dan tidak mengurangkannya sehingga bangkit
Al-Qaim (as) maka manusia membaca al-Quran atau apa yang diturunkan Allah
Taala, dan yang dikumpul oleh Amirul Mukminin Ali (as)) [44].
2 – Uthman telah membakar lembaran-lembaran Al-Quran, setelah
memilih yang sesuainya, yang wujud perbezaan di antaranya, bahkan telah
membakar lembaran Al-Quran Abdullah bin Mas’ud dan menafikan lembaran (Mushaf)
Al-Qurannya, dan memukulnya sehingga dia meninggal dunia, Rasulullah (sawas)
bersabda - apa yang diriwayatkan dari baginda -: (Sesiapa yang berbesar hati
untuk membaca Al-Quran seperti mana ia diturunkan maka hendaklah dia membaca bacaan
Ibn Umm Abd) [45].
3 – Kesan dari kebiasaan dua umat yang lalu, orang Yahudi
memutarbelitkan Taurat, dan orang Kristian menyelewengkan Injil, firman Yang
Maha Tinggi:
﴿لَتَرْكَبُنَّ
طَبَقاً عَنْ طَبَقٍ﴾
Sesungguhnya kamu melalui tingkat demi tingkat (dalam kehidupan),
[Surah Al-Insyiqaq: 19].
Telah diriwayatkan dari hadits, kesan dari Sunnah dua umat yang lalu
dari Rasulullah (sawas) dan dari ahli baitnya al-ma'sumin (as), dan hadits
sahih yang tersebar luas telah diriwayatkan [47].
Dan makna mengesan dari kebiasaan dua umat yang lalu yang wujud di bumi
ini, dan suatu hasil antara setiap imbasan sejarah, walaupun secara menyeluruh.
[48].
4 - Pemeliharaan ayat mutasyabihat, kemungkinan bentuk-bentuknya
paling banyak ditafsirkan dan ditakwilkan, darinya: Al-Quran dipelihara di sisi
ma'sum (as).
Ini adalah wajah (bentuk) tafsiran yang dibuktikan atas riwayat-riwayat
dari mereka (as) [49]. Demikian juga ayat yang lain:
﴿لَا
يَأْتِيهِ الْبَاطِلُ مِن بَيْنِ يَدَيْهِ وَلَا مِنْ خَلْفِهِ تَنزِيلٌ مِّنْ حَكِيمٍ
حَمِيدٍ﴾
Yang tidak datang kepadanya (Al Quran) kebatilan baik dari depan maupun
dari belakangnya, yang diturunkan dari Yang Maha Bijaksana lagi Maha Terpuji.
[Surah Fushilat 41:42], mutasyabihat kemungkinan banyak wajah (bentuk)nya.
Yang peliknya bahawa sebahagian penceritaan yang terang-terang
sandarannya Muhkamah dan yang diterima untuk ahli baitnya yang makshum kepada
ayat-ayat mutasyabihat, dan mereka mendakwa faqih al-Quran dan Sunnah. Maka
bolehkah ayat (dari kitab suci ) yang Muhkamah dikatakan Mutasyabihat atau
Mutasyabihat dikatakan Muhkamah?!
5 - tidak ada jalan untuk menolak penceritaan ysng terang-terang sahih;
kerana sebahagiannya Muhkamah dalam membuktikan penyelewengan dan pengurangan,
dan ayat-ayat sebelumnya Mutasyabihat dikatakan sama sebagai Muhkamah
disebabkan untuk memahami maksudnya dan bukan sebaliknya, sebagaimana perubahan
huruf atau perkataan dalam ayat yang tidak diterima, dan perbezaan yang ada
dalam tujuh bacaan (Qiraat Tujuh).
Oleh itu, menerima bacaan al-Ma’shum lebih utama dari menerima bacaan
selainnya, dan sekurang-kurangnya menerima bacaannya sebagai sala satu cara
bacaan, tidak sepatutnya wajah (cara bacaan) hanya dihadkan tujuh bacaan sahaja
sedangkan terdapat riwayat bacaan yang lain darinya.
6 - al-Quran di tangan kita terkumpul di zaman Abu Bakr dan Umar, dan
sebagai penunjuk (dalil) riwayat dari jalan Sunni dan Syiah, bahkan
hadits-hadits mutawatir ini dalam sejarah, sedangkan terdapat beberapa salinan
Al-Quran telah dibakar oleh Uthman dan menjadikan umat kepada satu Mashaf
(Al-Quran), [51].
Al-Quran, yang dikumpul Nabi (sawas) ada pada Ali (as), telah
dibentangkan kepada kaum dan mereka tidak menerimanya dan ia ada pada Imam
Duabelas (as) hari ini, dan ia sebagai penunjuk (dalil) riwayat-riwayat yang
banyak diterima untuk Ahli Bait (as).
Dari Salim bin Salamah berkata: “Seorang lelaki membacakannya
(Al-Quran) pada Abi Abdillah (as) dan aku mendengar huruf-huruf dalam Al-Quran
tidak seperti apa yang dibaca oleh orang lain,” kata Abi Abdillah (as):
“Berhenti membaca bacaan ini, baca seperti bacaan orang lain, sehingga Al-Qaim
(as) bangkit, jika Al-Qaim (as) bangkit bacaan kitab Allah (Azza Wa Jalla) atas
hadNya, dan akan dikeluarkan sebuah Mashaf yang ditulis oleh Ali (as)”. Beliau
berkata: “Keluarlah Ali (as) kepada manusia apabila beliau selesai dan ada
padanya (Mashaf) yang ditulisnya, dan berkata kepada mereka: “Ini adalah kitab
Allah (Azza Wa Jalla) seperti yang diturunkan Allah kepada Muhammad dan telah
dikumpulkan dari lembaran-lembaran,” mereka berkata, “Ini di sisi kami adalah
Mashaf kami di mana terkumpul di dalamnya Al-Quran, kami tidak memerlukannya,”
beliau berkata: “Bahawa demi Allah kamu tidak akan melihatnya selepas hari ini
selamanya, Sesungguhnya aku (Ali) memberitahu kamu apabila disusun
(terkumpul) untuk kamu membacanya “ [52]. Dalam riwayat yang lain dari Nabi
(sawas) sebelum baginda wafat memberikan kertas-kertas yang padanya tertulis
Al-Quran untuk Ali (as), dan telah mengumpul dan menyimpannya.
Adapun dakwaan bahawa Al-Quran, yang ada dalam tangan kita terkumpul di
zaman Nabi (sawas) adalah dakwaan sewenang-wenangnya dan tidak ada petunjuk
(dalil) atasnya, bahkan tertolak seperti yang telah diterangakan terdahulu.
7 - Bahwa tanda-tanda nubuwah Muhammad (sawas) pada akhlaknya,
amanahnya, kebenarannya dan sirah hidupnya sebelum diutus dan mukjizat-mukjizat
sangat banyak, Al-Quran salah satu darinya. Dan telah banyak dituliskan
mengenainya secara mutawatir dari generasi ke generasi, dan di dalam buku-buku
sejarah.
Termasuk apa yang terjadi pada malam Hari Lahir menjadi terbuka
terbahagi kepada pecahan dan peruntukan itu empat belas kemuliaan dari
kemuliaan-kemuliaannya, padamnya api Majusi (Farsi) yang tidak pernah padam
beribu tahun sebelum itu, dan Mendaknya (tenggelam) Tasik Saawah(Tasik Sava
yang dianggap suci) ke dalam tanah, dan banjir di lembah Samawah,
Munculnya satu bintang Syaitan yang Rujum, di langit [53].
Termasuk: ditambah pula dengan Tanda-tanda dan yang mencabar, seperti
bulan terbelah, pokok terbelah, dan mengeluhnya tunggul kurma, dan bertasbih
batu di tangannya, dan keluarnya mata air dari jari-jemarinya, dan bercakap
benda tidak bernyawa dan haiwan kepadanya, dan menyerah [rusa/gadis] padanya,
dan bercakap daging beracun di tangannya, dan berkata-kata serigala liar
kepadanya, kambing biri-biri mengelilingi nya atau kuil, Batu yang memancarkan
kilat di parit, dan yang makan banyak akhlak, tetapi makan sedikit
makanan.[54].
Sebagaimana Al-Quran di tangan kita mengenai orang yang mengatakan
diselewengkan adalah Al-Quran dari Allah tetapi tidak keseluruhannya, dan ini
masih sama, dan bergantung kepadanya pada akidah dan hukum, dan lain-lain,
dengan mukjizat al-Quran yang berbeza ini asalnya yang menjadi perbincangan
sesama kita atau kaedah atau penghakiman, pengajaran atau berita ghaib atau
keselamatan dari percanggahan atau mensyariatkan keadilan?
Dan mungkin ada yang berkata: Semua perkara ini adalah mukjizat
Al-Quran. Mungkin ada yang mengatakan mukjizat diri batin.
Dan disokong oleh ayat:
﴿وَلَوْ
أَنَّ قُرْآناً سُيِّرَتْ بِهِ الْجِبَالُ أَوْ قُطِّعَتْ بِهِ الْأَرْضُ أَوْ
كُلِّمَ بِهِ الْمَوْتَى بَلْ لِلَّهِ الْأَمْرُ جَمِيعاً﴾
Dan sekiranya ada suatu bacaan (kitab suci) yang dengan bacaan itu
gunung-gunung dapat digoncangkan atau bumi jadi terbelah atau oleh karenanya
orang-orang yang sudah mati dapat berbicara, Sebenarnya segala urusan itu
adalah kepunyaan Allah. [55] [Surah Ar-Ra’d 13:31]
dan disokong oleh ketenangan jiwa mukmin yang apabila membacanya, dan
menyokongnya adalah penyembuhan bagi dalaman (dada), dan disokong oleh,
beberapa ayat-ayat jika membacanya kesan ke atas semu kewujudan, alam Malakut
dan alam halus seperti Jin, bahkan alam kebendaan seperti Jisim Insan (tubuh
manusia).
Diriwayatkan dari ma'sum (as) yang bermaksud: “Jika membaca
al-Fatihah tujuh puluh kali ke atas mayat jangan terkejut jika dia hidup ) [56]
),
﴿أَوْ كُلِّمَ بِهِ
الْمَوْتَى﴾.
atau oleh karenanya orang-orang yang sudah mati dapat berbicara, [S. Ar-Ra.d 13:31]
atau oleh karenanya orang-orang yang sudah mati dapat berbicara, [S. Ar-Ra.d 13:31]
Dan mungkin tidak akan muncul keajaiban ini jelas untuk semua tetapi
pada masa penampilan al-Qaim -(as) itu;, di mana diriwayatkan bahawa
sahabat-sahabatnya berjalan di atas air [57], bahkan jika kita berjaya menyahut
cabaran dalam Al-Quran kita akan mendapatkan seluruh penduduk Arab dan yang
lain-lain dan bagi jin dan manusia:
﴿قُلْ
لَئِنِ اجْتَمَعَتِ الْأِنْسُ وَالْجِنُّ عَلَى أَنْ يَأْتُوا بِمِثْلِ هَذَا
الْقُرْآنِ لا يَأْتُونَ بِمِثْلِهِ وَلَوْ كَانَ بَعْضُهُمْ لِبَعْضٍ ظَهِيراً﴾
Katakanlah: "Sesungguhnya jika manusia dan jin berkumpul untuk
membuat yang serupa Al Quran ini, niscaya mereka tidak akan dapat membuat yang
serupa dengan dia, sekalipun sebagian mereka menjadi pembantu bagi sebagian
yang lain".
[Surah Al-Isra’ 17:88] [58].
Kalaulah keajaipan dapat dibina dengan lafaz-lafaz bahasa atau kaedah
seumpamanya, tentulah itu akan mencabar penduduk Arab, tidak bermaknalah dengan
kesempurnaan ayatnya, jika demikian, apa ajaibnya Al-Quran yang tersirat
(batin) darinya yang menjadikan ayatnya kekal unggul dari al-Quran yang
mencukupi untuk mengekalkan keajaipannya, padahal sebahagian daripada ayat
mencukupi, seperti:
﴿اللّهُ
لاَ إِلَـهَ إِلاَّ هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ﴾
Allah, tidak ada Tuhan melainkan Dia. Yang hidup kekal lagi terus
menerus mengurus makhluk-Nya.
[Ali Imran 3:2] [59], Atau
﴿بسم
الله الرحمن الرحيم﴾
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
(Bahkan (huruf) Al-Ba’ dalam Basmallah mencukupi untuk mengitsbatkan keajaipan.
Diriwayatkan bahawa Amirul Mukminin (as) telah bercakap mengenai rahsia
(huruf) Al-Ba’ dalam Basmallah sepanjang malam [60].
Firman Yang Maha Tinggi:
﴿وَلَتَجِدَنَّ
أَقْرَبَهُمْ مَوَدَّةً لِلَّذِينَ آمَنُوا الَّذِينَ قَالُوا إِنَّا نَصَارَى ذَلِكَ
بِأَنَّ مِنْهُمْ قِسِّيسِينَ وَرُهْبَاناً وَأَنَّهُمْ لا يَسْتَكْبِرُونَ *
وَإِذَا سَمِعُوا مَا أُنْزِلَ إِلَى الرَّسُولِ تَرَى أَعْيُنَهُمْ تَفِيضُ مِنَ
الدَّمْعِ مِمَّا عَرَفُوا مِنَ الْحَقِّ يَقُولُونَ رَبَّنَا آمَنَّا
فَاكْتُبْنَا مَعَ الشَّاهِدِينَ﴾
Sesungguhnya kamu dapati orang-orang yang paling keras permusuhannya
terhadap orang-orang yang beriman ialah orang-orang Yahudi dan orang-orang
musyrik. Dan sesungguhnya kamu dapati yang paling dekat persahabatannya dengan
orang-orang yang beriman ialah orang-orang yang berkata: "Sesungguhnya
kami ini orang Nasrani". Yang demikian itu disebabkan karena di antara
mereka itu terdapat pendeta-pendeta dan rahib-rahib, (juga) karena sesungguhnya
mereka tidak menyombongkan diri. * Dan apabila mereka mendengarkan apa yang
diturunkan kepada Rasul (Muhammad), kamu lihat mata mereka mencucurkan air mata
disebabkan kebenaran (Al Quran) yang telah mereka ketahui; seraya berkata:
"Ya Tuhan kami, kami telah beriman, maka catatlah kami bersama orang-orang
yang menjadi saksi. [S. Al-Maidah 5:92-83] [61].
Bukanlan mereka berkhayal menjadi sebab kepada iman para ulamak
pencinta Ketuhanan, Paderi dan Pendita-pendita telah adalah: Penyampai
(Balaghah) atau kaedah (Uslub), tetapi hakikat dilihat di sebalik lafaz, dan
yang membuat mereka mencucurkan air mata. Mereka dan orang-orang seperti mereka
berada dalam hujjah kasyaf I’jaz (terbuka keajaipan) al-Quran kepada anak-anak
Adam, tidak terhad ilmunya pada kulit dan kata-kata sahaja.
Firman Yang Maha Tinggi:
﴿وَمَا
يَسْتَوِي الْأَحْيَاءُ وَلا الْأَمْوَاتُ إِنَّ اللَّهَ يُسْمِعُ مَنْ يَشَاءُ
وَمَا أَنْتَ بِمُسْمِعٍ مَنْ فِي الْقُبُورِ﴾
Dan tidak (pula) sama orang-orang yang hidup dan orang-orang yang mati.
Sesungguhnya Allah memberi pendengaran kepada siapa yang dikehendaki-Nya dan
kamu sekali-kali tiada sanggup menjadikan orang yang didalam kubur dapat
mendengar. [S Fatir 35:22] [62].
Karena itu, barangsiapa yang dibukakan mukjizat Musa (as) kepada bani
Adam! Mereka adalah ahli sihir apabila mereka tahu ia bukan khayalan fikiran,
tetapi adalah hakikat yang Tuhan sekalian alam bukanlah ketakburan dan mereka
berlutut dan sujud menyembah.
Kesimpulan: Untuk mengatakan ada pernyelewengan tidak lebih dari
mengatakan mengurangkan atau menukar sebahagian kalimat berdasarkan riwayat
yang diterima dari ma'sumin (as) dan sebahagian sahabat. Kedua-duanya - apa-apa
yang dikurangkan dan ditukar sebahagian perkataan – bukanlah tujuan pada Quran
di tangan kita, dan untuk mengatakan bahawa Al-Quran dalam tangan kita
berkurangan, maka ia tidak ada masalah kerana ia adalah dari Allah Yang Maha
Suci.
Untuk yang mengatakan ditukarkan beberapa perkataan, seperti:[: (أمة بـ
أئمة) (Umat dengan Imam )[,
dan [
اجعلنا بـ اجعل لنا)، (Kami
jadikan dengan Jadikan bagi kami)], dan [(طلح بـ طلع) (jangka dengan debunga), ia adalah seperti yang dikatakan
dalam bacaan (qiraat) tujuh atau sepuluh, yang telah diterima oleh semua umat
Islam hari ini, dan mereka tidak membuat kesilapan dalam membacanya dengan
sebahagian perubahan perkataan bacaan yang lain, sama ada secara lisan atau pun
makna.
هذا والحمد لله الذي رزقنا ذكره ومنّ علينا
بكتابه الكريم وقرآنه العظيم، والحمد لله وحده
Denganitu, Segala puji bagi Allah, yang menolong kita mengingatNya dan
kepada kita diberikan Kitab Suci Al-Quran (yang dibaca) dan yang agung, dan
pujian bagi Allah semata-mata.
http://kuunuuansarullah.blogspot.my/2015/04/bersama-abdus-soleh-as-001.html
Kuliah Dua: Uslub Dakwah: Pesan Imam Ahmad Al-Hassan (as)
Kuliah Dua: Uslub Dakwah: Pesan Imam Ahmad Al-Hassan (as)
✡✡✡✡✡
-----------------
[32] - lihat: Musnad Ahmad: Jilid 1 halaman
47, 55 dan, Jilid 6 halaman 67, Sahih Bukhari: Jilid 8 halaman 25,26,113, Sahih
Muslim: Jilid 5 halaman 116, Sunan Ibn Majah: Jilid 2: halaman 853, Sunan Abu
Daud: Jilid 2 halaman 343, ‘Amdah Al-Qari oleh Al-‘Aini: Jilid 24 halaman 247,
Al-Burhan, Al-Zarkasyi: Jilid 2 halaman 36, Al-Itqan Fi ‘Ulum Al-Quran,
Al-Suyuthi: Jilid 2 halaman 69, Sunan Al-Darimi: Jilid 1 halaman 318, dan dari
sumber-sumber Syiah lihat: Al-Kafi: Jilid 2 halaman 634, Mukhtashar Al-Bashair
halaman 275 213, Ghaibah Al-Nu’mani: halaman 333, Dalail Imamah: halaman 106,
Al-Masail Al-Suruwiyah: halaman 79, Bihar Al-Anwar: Jilid 23 halaman 200, dan
lain-lain.
[33] – Surah Al-Hajar: 9.
[34] - Surah Fushilat 41:42.
[35] - Ahmad bin Khalid Al-Barqi: Dari Ayub
bin Al-Hajar berkata: Aku mendengar Aba Abdillah (as) berkata: (Segala sesuatu
kembali kepada kitab Allah dan As-Sunnah, dan Semua Hadits tidak secocok
(muafakat) dengan kitab Allah adalan hiasan), dan dari Kulaib bin Muawiyah
al-Asadi, dari Abi Abdillah (as) berkata: (Jika datang kepada kamu Hadits dari
kami tidak membenarkan kitab Allah adalah palsu), dan dari Ibn Abi Amir, dari
Al-Hishamain, dan semua yang lain dari kedua mereka, berkata: ucapan Rasulullah
(sawas) berkata: (Wahai manusia, apa yang datang kepada kamu dariku secocok kitab
Allah maka akulah mengatakannya, dan apa yang datang kepada kamu bertentangan
Al-Quran maka aku tidak mengatakannya), dan Ayub, dari Abi Abdillah (as)
berkata: Rasulullah (sawas): (jika Hadits kamu dariku dengan Hadits yang
sepadan dan ahnahu (أهنأه) dan mudah serta ada petunjuk dan secocok dengan Kitab Allah
maka akulah yang mengatakannya, dan jika tidak secocok Kitab Allah maka bukan
aku yang mengatakannya) Al-Mahasin Li Ahmad bin Muhammad bin Khalid al-Barqi:
Jilid 1 halaman 220.
[36] - Musnad Ahmad: Jilid 1 halaman
7, Sunan Ibn Majah Jilid 1 halaman 49, Fadhail Sahabah: halaman 46, dan dalam:
Ratban Bidal Ghadan. Al-Mustadrak Al-Hakim: Jilid 2 halaman 227, Sunan
al-Kubra: Jilid 1 halaman 452, Majma’a: Jilid 9 halaman 287, dan lain-lain.
[37] - Musnad Ahmad: Jilid 6 halaman 414,
Fath al-Bari: Jilid 9 halaman 44, Tarikh Dimasyq: Jilid 33 halaman 138, Sir
A’lam Al-Nibala: Jilid 1 halaman 486.
Masalah mendedahkan bacaan muktamad Ibn
Mas’ud dalam mengumpul Al-Quran diriwayatkan sehingga dalam Sahih Bukhari:
Syaqiq bin Salamah berkata: (Berkhutbah kepada kami Abdullah bin Masood,
katanya: “Demi Allah aku telah mengambil dari mulut Rasulullah (saw) tujuh
puluh lebih surah, demi Allah para sahabat Nabi (saw) telah mengetahui
bahwasanya aku termasuk orang yang paling paham tentang Al-Qur’an diantara
mereka dan aku bukanlah yang terbaik diantara mereka”, Syaqiq berkata, “Akupun
duduk di halaqah untuk mendengarkan apa yang mereka katakan, maka aku tidak
mendengar ada seorangpun yang membantah hal itu yang berkata selain
perkataannya.” Sahih Bukhari: Jilid 6 halaman 102 Bab al-Qurra’....
[38] - Abi Dawud Thiyalasi halaman 54,
Tafsir Ibn Kathir: Jilid 1 halaman 433, Al-Tabaqat Al-Kubra Jilid 2 halaman
342.
[39] - Al-Bukhari dan Muslim dengan Sanad
Keduanya: Dari Ibn Abbas, berkata: ucapan ‘Umar ibn al-Khattab berkhutbah
selepas balik Haji pada Haji terakhirnya, di mana beliau berkata: Allah
mengutus Muhammad (saw) dengan haq dan menurunkan kepadanya Al-Kitab dan adalah
dengan itu oleh Allah telah menurunkan Ayat Rajam, maka kami membacanya dan
mengingatnya dan melihatnya, maka Rasulullah (saw) merejam dan kami merejam
selepasnya. Saya bimbang setelah berlalu beberapa ketika akan ada orang yang
berkata: “Demi Allah, tidak terdapat Ayat Rajam dalam Kitab Allah niscaya mereka
akan menyesatkan dengan meninggalkan yang diwajibkan Allah. Musnad Ahmad: Jilid
1 halaman 55, Sahih Al -Bukhari: Jilid 8 halaman 25, Sahih Muslim: Jilid 5
halaman 116, Sunan Ibn Majah: Jilid 2 halaman 853, Sunan Abu Daud: Jilid 2
halaman 343, dan lain-lain.
Dan dikeluarkan Shan'aani dalam Musnaf:
Dari Ibn Abbas, beliau berkata: ' Umar ibn al-Khattab memanggilnya, maka
diseru: akan solat berjamaah dan kemudian pergi ke mimbar memuji Allah dan
menyanjungNya, dan kemudian berkata: “Wahai manusia, tidak dibolehkan ayat
rajam, kerana ayat diturunkan di dalam kitab Allah dan kita membacanya, tetapi
aku mencari dalam al-Quran kebanyakannya bersama Mohammad: Al-Musnaf Jilid 7
halaman 33, Kanz al-Amal: Jilid 5 halaman 431, Al-Dar Al-Manthur: Jilid 5
halaman 179.
Al-Bukhari meriwayatkan: dari Umar katanya,
(Kalaulah tidak kerana orang akan mengatakan ‘Umar menambah di dalam kitab
Allah’ nescaya aku akan menulis ayat rejam) Sahih Bukhari Jilid 8 halaman 113,
‘Amadah al-Qari Li al-‘Aini: Jilid 24 halaman 247.
Ini bermakna bahawa Umar mengatakan
Al-Quran tidak lengkap, kerana tidak wujud ayat rejam di dalamnya, dan tidak
berkata kata-kataNya telah disalin di dalam kitab; kerana ingin menulisnya,
tetapi takut dikata orang. Jadi kata Zarkasyi dalam keterangannya dalam Kitabnya
Al-Burhan, berkata: (Kalaulah tidak kerana orang akan mengatakan.... hingga
akhir, bahawa menulisnya itu boleh, tetapi yang menghalangnya ialah dikata
orang, dan boleh pada dirinya dari luar untuk menghentikannya jika boleh itu
adalah perlu untuk ditetapkan; kerana kemahuannya adalah menulisnya) Al-Burhan
Zarkasyi: Jilid 2 halaman 36, Al-Itqan Fi ‘Ulum al-Quran Al-Suyuti: Jilid 2
halaman 69.
Dan diriwayatkan oleh Ahmad dan Al-Bukhari:
dari ‘Umar, beliau berkata: “Sesungguhnya kami pernah membaca apa yang kami
baca didalam Kitabullah: (Janganlah kamu membenci bapak-bapak kamu.
Sesungguhnya hal itu adalah kekufuran bagi kamu dengan membenci bapak-bapak
kamu Atau kekufuran bagi kamu dengan kamu membenci bapak-bapak kamu)... )
Musnad Ahmad: Jilid 1 halaman 47, Bukhari Jilid 8 halaman 26.
Ini bermakna ‘Umar mengatakan bahawa kurang
(tidak lengkap) ayat-ayat Al-Quran yang telah diturunkan kepada Al-Habib
Muhammad (sawas).
Dalam Sahih Muslim: Jilid 3 halaman 100,
Bab Takhuf Ma Yakhruj Min Zahrah Al-Dunia:... dari Sawid bin Said, diriwayatkan
dari Ali bin Mashar, dari Daud, dari Abi Harb ibn Abi Al-Aswad, dari bapanya,
beliau berkata: (Abu Musa al-Asy'ari dihantar untuk membaca Al-Quran kepada
penduduk Basrah. Mereka datang kepadanya dan mereka tiga ratus orang
bilangannya. Mereka membaca al-Quran dan beliau berkata: Kamu adalah yang
terbaik di kalangan penduduk Basrah, untuk kamu membaca Al-Quran di kalangan
mereka. Jadi terus membacanya. Tetapi janganlah bacaan kamu berlama-lama yang
akan mengeraskan hati kamu seperti keras hati orang-orang sebelum kamu. Kami
pernah membaca satu surah yang sama panjangnya dan bersangatan pada (Surah)
Bara'ah . Saya telah lupa akannya melainkan bahagian ini yang masih saya
mengingatinya: "Jika ada dua lembah penuh dengan kekayaan, bagi anak Adam,
dia akan mencari lembah yang ketiga, dan tiada apa yang akan memenuhi perut
anak Adam selain tanah. " Dan kami juga membaca satu surah yang menyerupai
salah satu daripada surah-surah al-Musabbihah (Surah-surah yang diawali dengan
sabbaha) dan saya lupa , melainkan bahagian ini yang masih saya
mengingatinya: " Wahai orang-orang yang beriman, kenapakah kamu mengatakan
sesuatu yang tidak kamu kerjakan dan "yang dicatatkan sebagai saksi pada
leher kamu dan kamu akan ditanya mengenainya pada hari kiamat "
Sahih Muslim: Jilid 2 halaman 112, Bab
Dalil bagi mereka yang berkata Solat Al-Wusthta iaitu Solat Asar: Dari Zaid bin
Aslam dari Qa’qaa’ bin Hakim, dari Abu Yunus Maula Aisyah, beliau berkata:
(“Aku mengarahkan Aisyah untuk menulis salinan Al-Quran, dan berkata: Jika kamu
sampai ayat ini berbunyi [حَافِظُوا عَلَى الصَّلَوَاتِ وَالصَّلَاةِ
الْوُسْطَىٰ]
peliharalah solat-solat dan Solat Al-Wustta, dan apabila dia sampai bunyi
seperti itu maka ditentukan atasku: [حافظوا على الصلوات والصلاة
الوسطى وصلاة العصر وقوموا لله قانتين] - Peliharalah semua shalat(mu), shalat Wustta dan shalat
Al-‘Ashar. Berdirilah untuk Allah dengan khusyu', Aishah berkata: aku mendengar
dari Rasulullah (saw).”
Dalam Shahih Ibn Hibban: Jilid 10 halaman
273, dan Al-Mustadrak Al-Hakim: Jilid 2 halaman 415: (...Ubay ibn Ka'ab (ra),
berkata: Surah Al-Ahzab bersamaan Surah Al-Baqarah yang mana “Lelaki yang sudah
menikah dan perempuan yang sudah menikah apabila mereka masing-masing berzina,
maka rajamlah sampai mati.”), Al-Hakim berkata: Hadith ini sahih walaupun tidak
diriwayatkannya (oleh Imam Al-Bukhari dan Muslim).
Dalam Shahih Ibn Hibban: Jilid 10 halaman
274, Zar bin Habaish, berkata: (diterima Ubay ibn Ka'ab, Aku berkata kepadanya,
“Bahawa bin Mas’ud telah keluarkan Al-Mu'auwizhatain dari Al-Musahif
(Al-Quran),” dan mereka berkata “Bahawa kedua-duanya bukan dari Al-Quran,
karena itu janganlah kamu mengadakan padanya apa yang bukan daripadanya,”
beliau berkata: “Bapa aku berkata bagi Rasulullah saw, bersabda kepada kami”:
kami bertanya, “berapa banyak menurut perhitunganmu ayat dari Surah Al-Ahzab?”
Sabdanya: aku berkata: “tujuh puluh tiga,” kata ayahku dan yang bersumpah
dengannya yang seimbang dengan Surah Al-Baqarah, dan Kami telah membaca ayat
Rajam [الشيخ والشيخة فارجموهما البتة نكالا من الله والله عزيز حكيم - Lelaki yang sudah
menikah dan perempuan yang sudah menikah apabila mereka masing-masing berzina,
maka rajamlah sampai mati, sebagai siksaan dari Allah. Dan Allah Maha Perkasa
lagi Maha Bijaksana.]).
Dalam Majmuk Al-Zawaid Al-Haitsami: Jilid 7
halaman 28, Surah Baraah: dari Huzhaifah berkata: (Surah al-Taubah yang kamu
panggil adalah Surah al-‘Azab dan apa yang dibaca darinya, hanyalah yang kita
baca satu perempat sahaja ) Al-Thabrani Fi Al-Ausath Wa Rijalahu Tsiqat.
Dalam Al-Mustadrak Al-Hakim: Jilid 2
halaman 330-331, Dari Huzhaifah (ra) dia berkata: (Hanya membaca suku sahaja
iaitu Surah Baraah dan kamu memanggilnya Surah Taubat ia adalah Surah al-‘Azab)
Al-Hakim berkata: Hadith ini sahih walaupun tidak diriwayatkannya (oleh Imam
Al-Bukhari dan Muslim).
Dan begitu banyak lagi Hadith-hadith
mengenainya yang memakan ruang untuk ditinjau.
.
[40] – Riwayat Al-Shaffar di dalam Bashair
Al-Darajat: Dari Salim bin Abi Salamah berkata: “Telah membaca seorang lelaki
pada Abi Abdillah (as) dan aku mendengar huruf-huruf dalam Al-Quran yang tidak
pernah orang membacanya, kata Abi Abdillah (as): (Diam kamu!, berhenti
membacanya, bacalah seperti orang lain membacanya sehingga bangkit al-Qaim,
jika dia bangkit, dia akan membaca kitab Allah mengikut batasnya dan
mengeluarkan Mushaf (Al-Quran) yang ditulis oleh Ali (as), dan dia berkata:
“Ali (as) telah mengeluarkannya kepada orang-orang ramai setelah beliau selesai
menulisnya,: beliau berkata kepada mereka: “Ini adalah kitab Allah seperti yang
Allah turunkan kepada Muhammad, telah dikumpulkan dari lembaran-lembaran,”
mereka berkata, “Ini di sisi kami adalah Mashaf kami di mana terkumpul di
dalamnya Al-Quran, kami tidak memerlukannya,” beliau berkata: “Bahawa demi
Allah kamu tidak akan melihatnya selepas hari ini selamanya,
Sesungguhnya aku (Ali) memberitahu kamu apabila disusun (terkumpul) untuk
kamu membacanya .“) Bashair Al-Darajat: halaman 213, Mustadrak Al-Wasail: Jilid
4 halaman 226, Bihar Al-Anwar: Jilid 89 halaman 88.
[41] - perkataan ini timbul dalam
sebahagian salinan Masa’il Al-Sururiyah.
[42] - dan juga seperti yang dinyatakan
dalam sebahagian salinan Masa’il Al-Sururiyah: halaman 79, dan dalam Bihar
Al-Anwar Jilid 89 halaman 47, dan dalam Tafsir Al-‘Iyasyi: Jilid 1 halaman 13,
dari Daud Bin Farqad yang menceritakan padanya, dari Abi Abdillah (as), beliau
berkata (Jika kamu boleh membaca Al-Quran seperti yang diturunkan bagi yang
kami dapati dan memanggilnya.” kemudian beliau menyebut selepasnya sebuah hadis:
Maka katanya, “dan telah berkata Sa;id bin Al-Hussein Al-Kindiy, dari Abu Jafar
(as) selepas memanggilnya: (seperti yang dinamakan sebelum kami) dan dari:
Bihar Al-Anwar: Jilid 89 halaman 55.
[43] - dan juga dalam Masa’il Al-Sururiyah:
halaman 79, dan dalam Tafsir Al-‘Iyasyi: Jilid 1 halaman 9: Dari Abu Al-Jaarud,
berkata: Aku mendengar Aba Jafar (AS) berkata: (Al-Quran diturunkan dengan
empat sukuan, seperempat untuk kami, dan seperempat hal musuh, dan seperempat
untuk Fardhu-fardhu dan Hukum-hukum, dan seperempat hal perjalanan (hidup) dan
perumpamaan, dan bagi kami kemuliaan Al-Quran), dan diriwayatkan oleh Furat ibn
Ibrahim, dari Al-Ashbagh bin Nabatah, dari Amirul Mukminin Ali (as) kata-kata
ini: (Al-Quran terdiri dari empat sukuan, seperempat untuk kami, dan seperempat
hal musuh kami, dan seperempat untuk Fardhu-fardhu dan Hukum-hukum, dan
seperempat hal Halal dan Haram, dan bagi kami kemuliaan al-Quran) Tafsir Furat
Al-Kufi halaman 46, juga diriwayatkan oleh al-Nu'man Al-Maghribi Amirul Mukminin
(as) kata-kata ini: (Al-Quran terdiri dari empat sukuan, seperempat untuk kami,
dan seperempat hal musuh kami, dan seperempat hal sirah (perjalanan hidup) dan
perumpamaan, dan seperempat untuk Fardhu-fardhu dan Hukum-hukum, dan bagi kami
kemuliaan al-Quran) Syarah Al-Akhbar: Jilid 3 halaman 11.
[44] - Bihar Al-Anwar: Jilid 89 halaman 74.
[45] - Musnad Ahmad: Jilid 7 halaman 1:00,
Sunan Ibn Majah: Jilid 1 halaman 49, Fadhail Al-Sahabah: halaman 46, dan dalam
mana: Rathiban Bidal Ghadhan. Al-Mustadrak Al-Hakim: Jilid 2 halaman 227,
Al-Sunan Al-Kubra: Jilid 1 halaman 452, Majmuk Azawaid: Jilid 9 halaman 287,
dan lain-lain.
[46] – Surah Al-Insyiqaq: 19.
[47] - Musnad Ahmad: Jilid 5:00 340, Sunan
al-Tirmizhi: Jilid 3 halaman 321, Al-Mustadrak Al-Hakim: Jilid 4 halaman 445,
Majmuk Azawaid: Jilid 7 halaman 261, TuhfahAl- Ahwazhi: Jilid 6 halaman 339,
dan lain-lain, dan diriwayatkan Al-Khassah, Falahidz: Al-Yaqin Li Ibn Thauwus:
halaman 339, ‘Ilal Al-Syara’ei’ (Syara’ei3): Jilid 1 halaman 245, Kamal al-Din:
halaman 481, Al-Ihtijaj: Jilid 1 halaman 151, Ghaiyah Al-Maraam: Jilid 2
halaman 120 dan Jilid 6 halaman 179, Bihar Al-Anwar: Jilid 22 halaman 387, dan
lain-lain.
[48] - Sheikh Kulayni meriwayatkan: dari
Zaraarah, dari Abi Jafar (as) pada mengatakan Firman Yang Maha Tinggi:
﴿لَتَرْكَبُنَّ
طَبَقاً عَن طَبَقٍ﴾ -
sesungguhnya kamu melalui tingkat demi tingkat (dia berkata: (Wahai
Zaraarah, atau tidak melalui umat ini selepas Nabinya tingkat demi tingkat
dalam perintah Si Fulan, Si Fulan dan Si Fulan ) [84:19] Al-Kafi: Jilid 1
halaman 415.
[49] - diriwayatkan Al-Kulayni dan
Al-Shafar: Dari Abi Basir, dari Abi Ja’far (as) bahawa dia membaca ayat ini:
﴿بَلْ
هُوَ آيَاتٌ بَيِّنَاتٌ فِي صُدُورِ الَّذِينَ أُوتُوا الْعِلْمَ﴾
Sebenarnya, Al Quran itu adalah ayat-ayat
yang nyata di dalam dada orang-orang yang diberi ilmu. Dan tidak ada yang
mengingkari ayat-ayat Kami kecuali orang-orang yang zalim. [29:49] dan
kemudian berkata: (“Wahai Aba Muhammad, dan demi Allah apa yang Tuhan firmankan
itu terhimpun dalam mushaf Al-Quran”, aku berkata: Siapakah mereka ,aku jadi
tebusan tuan? Dia berkata: Sesiapa pun boleh jadi selain kami?”) Al-Kafi: Jilid
1 halaman 214, Bashair al-Darajat: halaman 225, Wasail al-Syiah Tab’ah Aali
al-Bait (as): Jilid 27 halaman 180, Bihar Al-Anwar: Jilid 23 halaman 201. Dan
dari Jabir berkata: Aku mendengar Abu Jafar (as) berkata: (tidak seorangpun
yang mengatakan bahawa pengumpulan Al-Qur'an semuanya sepertimana ia diturunkan
Allah melainkan pendusta, dan tidak mengumpulnya dan tidak memeliharanya
(hafidzahu) sebagaimana yang diturunkan Allah kecuali Ali bin Abi Talib dan
para Imam selepasnya ) Bashair al-Darajat: halaman 213, Bihar Al-Anwar beliau
Jilid 89 halaman 88.
[50] - Surah Fushilat: 42.
[51] – Al-Suyuthi menyebut dalam kitab
Al-Itqan Fi ‘Ulum Al-Quran: dari Al-Diyar Fi Fawaidah, diriwayatkan dari,
Ibrahim ibn Yasar, dari Sufian bin ‘Aiyinah, dari Al-Zahri, dari ‘Ubaid, dari
Zaid ibn Tsabit berkata: “Nabi (sawas) tidak menyimpan Quran dan mengumpul pada
sesuatu. Berkata Al-Khithabi” “Sesungguhnya (baginda (saw)) tidak
mengumpul Al-Quran dalam Mushaf (lembaran-lembaran) Oleh kerana memerhati para
penulis menyalin sebahagian hukum-hukumnya atau bacaannya itu, dan setelah
terhenti turunnya dengan kewafatan baginda diilhamkan Allah kepada Khalifah
Ar-Rasyidin memenuhi janji ikhlas dan memastikan keelamatkan umat ini, telah
bermula di tangan penguasa Al-Shiddiq dengan kerjasama (mesyuarat) ‘Umar. Jilid
1 halaman 160.
Dan di dalam kitab yang sama: dari Ibn
Asytah dalam Al-Mashahif dari Al-Laits bin Saad berkata: “Yang pertama
mengumpul al-Quran Abu Bakar dan ditulis oleh Zaid - dan orang-orang telah
datang kepada Zaid bin Tsabit - tidak ditulis ayat melainkan dengan kesaksian
keadilan, dan akhir Surah Barraah tidak dapat (ditulis) hanya dengan Abi
Khuzaimah binTsabit. Beliau berkata: “Untuk menulisnya maka Rasulullah Allah
(saw) melantik saksinya, dengan kesaksian dua lelaki untuk penulisan. Dan ‘Umar
sampai pada ayat rajam tidak metuliskannya kerana dia seorang diri. Jilid 1
halaman 163.
Dan Riwayat Al-Bukhari: Dari Zaid bin
Tsabit (ra), dia berkata: Abu Bakar menghantar (tentera) untuk memerangi
penduduk Al-Yamamah, apabila ‘Umar bin al-Khattab bersamanya, telah berkata Abu
Bakar (ra): “bahawa Umar datang kepadaku,” dan berkata: “sesungguhnya
pembunuhan telah memanas di kalangan penduduk Yamamah yaitu terhadap para
pembaca Al-Qur’an dari kalangan kaum muslimin dan aku khawatir kalau pembunuhan
terhadap para pembaca Al Qur’an itu akan memanas di berbagai tempat sehingga
akan banyak Al Qur’an yang hilang tanpa, dan aku melihat bahawa
perintah itu untuk mengumpul Al-Quran,” aku berkata kepada ‘Umar: ““Bagaimana
aku melakukan sesuatu yang tidak dilakukan oleh Rasul Shallallahu ‘alaihi wa
sallam?” Maka Umar menjawab, “Demi Allah itu suatu hal yang baik“. Beliau
selalu mengulangi hal itu hingga Allah melapangkan dadanya. Abu Bakar terus
memanggil Zaid bin Tsabit lalu berkata sambil didengar oleh Umar, “Sesungguhnya
kamu seorang pemuda yang berakal dan kami tidak mensyakimu. Kamu juga sering
menulis wahyu daripada Rasulullah s.a.w..Carilah dan kumpullah ayat-ayat
al-Quran.” maka Zaid berkata, “Demi Allah aku telah terbebani untuk memindah
gunung ke satu gunung lainnya, bagaimana aku melakukan suatu hal yang Rasul SAW
tidak melakukannya?” Maka Abu bakar menjawab, “Demi Allah itu suatu hal yang
baik“. Abu Bakar terus mengulangi hal itu hingga Allah melapangkan dadaku
sebgaimana Allah telah melapangkan dada Umar dan Abu Bakar (ra)“. “Akupun
bergegas mencari al-Quran dan mengumpulnya daripada pelepah kurma, batu-bata
dan dada manusia.
Sehingga akau sampai Surah Taubah bersama
Abi Khuzaimah Al-Ansari Aku tidak temui selain [لقد جاءكم رسول من
أنفسكم عزيز عليه ما عنتم حتى خاتمة براءة] [Surah Taubah 9:128]
Mushaf yang terkumpul itu berada dalam
tangan Abu Bakar sehingga beliau wafat. Kemudian dipegang oleh Umar sepanjang
hayatnya. Kemudian dipegang oleh Hafsah (ra).” Sahih Bukhari: Jilid 6 halaman
98, dan lihat Fath al-Baari oleh Ibnu Hajar: Jilid 9 halaman 13 Bab Jama’
Al-Quran, diterangkan dalam Tafsir Al-Quran oleh Al-Khoie, Al-Quran Fi Al-Islam
dan Tafsir Al-Mizan: Jilid 12 oleh Al-Thabathabaei, penyelidikan dalam sejarah Al-Quran
dan Ilmu-ilmunya oleh Mir Muhammadi Zurandiy, Tadwin al-Quran oleh Kuraaniy,
dan lain-lain.
[52] - Bashair al-Darajat: halaman 213,
Al-Mustadrak Al-Wasail: Jilid 4 halaman 226, Bihar Al-Anwar: Jilid 89 halaman
88, Ushul Al-Kafi Jilid 2 halaman 633.
[53] - Riwayat Sheikh Shaduq dalam
Al-Amali: dari Abi Abdillah al-Sadiq (as), beliau berkata: (Adalah Iblis (
laknat Allah) menembusi Langit Ketujuh, dan apabila dilahirkan Isa (as) dia
terhijab tiga Lelangit, dan ia menembusi empat Lelangit, dan apabila Rasulullah
(sawas) dilahirkan dia terhijab kesemua tujuh-tujuh Lelangit, dan dilontarkan
Syaitan dengan bintang-bintang, berkata Quraish: “Inilah berlakunya As-Saah
yang kita dengar ahli Kitab menyebutkannya,” dan berkata ‘Amr bin Umaiyyah,
“Dan adalah Azjar golongan jahiliah: Melihat bintang petunjuk kepada mereka,
untuk mengetahui musim-musim bagi mereka, musim sejuk dan musim panas jika
berlaku pergerakan musnahlah segala-galanya, walaupun ia terbukti dengan
lontaran (pergerakan) itu sesuatu yang lain berlaku. berhala menjadi berubah
semuanya pada pagi kelahiran Rasulullah (sawas) jatuh dari tempatnya dalam
keadaan bersujud (mukanya) tersembam di lantai, Ketika malam kelahiran
Rasulullah (sawas) bergoncang istana Kisra (Raja Parsi) dan gugur daripadanya empat
belas anjung serta padam api yang disembah oleh penganut Majusi Negeri Parsi
yang mana tidak pernah padam sebelumnya sejak seribu tahun dan kering Tasik
Sawah (Tasik Sava sebuah tempat di negeri Parsi), di mana seorang Pendita
Majusi yang bijaksana bermimpi unta-unta yang tidak ditunggangi, diekori
belakangnya oleh kuda-kuda arab merentasi sungai Dajlah dan bertebaran
keseluruh pelusuk negerinya.
Penyebaran cahaya di waktu malam dari Hijaz
sebelum itu sudah memancar sehingga sampai ke Timur, telah meninggalkan tempat
tidur rahsia untuk raja raja-raja di dunia tetapi telah menjadi tertinggi, dan
Raja Mukharsa tidak bercakap hari itu , Dan meraih bendera para pendeta, dan
pahlawan pesona ahli-ahli sihir, Tidak akan ada lagi Pendeta Arab, kerana ditutup
dari pemiliknya, dan bagaimana agungnya Arab Quraish, dan dinamakan
(keluarga) Aal Allah Azza Wa Jalla).
Berkata Abu Abdillah al-Shadiq (as):
(Sesungguhnya dinamakan (keluarga) Aali Allah Azza Wa Jalla kerana
mereka berada dalam Bait Allah Al-Haram Berkata Aminah: “Anak aku demi Allah
jatuh menelekuk ke tanah dengan tangannya, kemudian mengangkat kepala ke langit
melihatnya,
dan kemudian cahaya aku bersinar, menyinari
segala-galanya, aku dengar dalam cahaya itu dengan berkata berkata: Bahawa kamu
dilahirkan penghulu manusia namakanlah Muhammad, dan aku membawa Abdul Mutallab
melihatnya telah memahami apa yang dikatakan ibunya, dia pergi dan
meletakkannya di pangkuannya, dan kemudian berkata:
الحمد لله الذي أعطاني
هذا الغلام الطيب الأردان
قد ساد في المهد على الغلمان
قد ساد في المهد على الغلمان
Segala puji bagi Allah yang mengurniakan
kepada ku - Anak lelaki yang baik akhlaknya dan sifatny a- Kebaikannya itu
telah mengatasi anak-anak seluruh alam.
dia mempersona rukun-rukun Ka'bah, Dan
katanya dalam syair. Katanya, beliau menjerit Iblis (laknahu Allah) dalam
keiblisannya, mereka berkumpul bersama-sama beliau, mereka berkata: “Apa yang
ditakutkan Ya Tuan Kami? Beliau berkata kepada mereka: “Celakalah kamu, telah
ingkar langit dan bumi padaku sejak malam, telah terjadi di bumi kejadian agung
sejak diangkat Isa Ibn Mariam, Keluarlah dan lihatlah apa peristiwa yang telah
berlaku ini, Setelah porak peranda berkumpul semula, mereka berkata: Apa yang
kita dapat?, Iblis berkata, aku dalam perkara ini. akan berkubang di dunia, terus
sehingga berakhir ke al-Haram, dan tempat (al-Haram) terdapat lindungan penuh
malaikat yang keluar masuk, maka mereka menjeritnya kembali, dan kemudian
bertukar menjadi seperti - burung – terbang memasuki Hira, Jibril berkata
kepadanya: “di belakang kamu, Allah Laknat kamu. Dia berkata kepadanya: “Satu
pertanyaan wahai Jibril, apakah peristiwa yang telah berlaku sejak malam di
bumi?” Jibril menjawab: “Kelahiran Muhammad (sawas). Dia berkata kepada Jibril:
Bolehkah aku cuba nasib? Jibril berkata: “Tidak.” Dia berkata lagi: Ummatnya?
Jibril berkata: “Ya.” Dia pun berkata: “Setuju.” ) Amaliy Al-Sheikh Al-Shaduq:
halaman 360.
[54] - lihat Al-Kafi, Halabi: halaman 76,
Al-Iqtishad Al-Sheikh Thusi: halaman 179, Bihar Al-Anwar: Jilid 17 halaman 363
Babmukjizat Nabi (sawas), Sahih Bukhari Jilid 4 halaman 186.
[55] - Surah Ar-Ra’d: 31.
[56] - Riwayat Sheikh Kulayni: dari
Muawiyah bin Ammar, Abi Abdillah (as) berkata: (Jika membaca al-Fatihah tujuh
puluh kali ke atas mayat dan kemudian menerima Roh ia adalah sesuatu yang
ajaib) cukup: Jilid 2 halaman 623, Al-Dakwah, Al-Qutthb Al-Din Al-Ruwandi:
halaman 188.
[57] - Riwayat Sheikh Nu’mani dalam
Al-Ghaibah: Dari Abdullah bin Hamad al-Ansari, dari Muhammad bin Ja'far bin
Muhammad, daripada bapanya (as), beliau berkata: (Jika bangkit al-Qaim diutus
di daerah di bumi di setiap daerah seorang lelaki berkata: “Janji diberi
padamu, apabila kata atas kamu suatu perintah yang tidak difahami dan tidak
diketahui ketentuannya, maka lihatlah apa yang diberi dan kerja kamu,” beliau
berkata, “Hantar tentera ke Konstantinopel, jika sampai ke Teluk, tulis sesuatu
kepada mereka, dan berjalanlah di atas air, jika melihat mereka itu akan Rom,
maka berjalanlah di atas air,” mereka berkata, “Itulah sahabat (orang) yang
berjalan di atas air, bagaimana pula? Apabila terbuka kepada mereka pintu-pintu
bandar, masuklah, hukumlah menurut apa yang mereka kehendaki.”) Kitab Ghaibah
Al-Nu’mani: halaman 334, Bihar Al-Anwar: Jilid 52 halaman 365, Ilzam Al-Nashib
Fi Itsbat AL-Hujjah Al-Ghaib: Jilid 3 halaman 251, Mukiyal Al-Makarim: Jilid 1
halaman 130.
[58] - Surah Al-Isra: 88.
[59] - Surah Al-Baqarah: 255.
[60] - yang disebut dalam jalan yang lurus:
Berkata Ibn Syahri Asyub: Aku mendengar perbualannya (as) bersama Ibn Abbas
mengenai Ba - ب pada Bismillah hingga hampir subuh dan berkata: (jika
malam kita panjang perbualan kita panjang) Al-Shirath Al-Mustaqim oleh Ali bin
Yunus Al-‘Aamiliy: Jilid 1 halaman 219.
[61] - Surah Al-Maidah: 82-83.
[62] - Surah Al-Fatir: 22.
No comments:
Post a Comment