Wednesday, 27 April 2016

Kuliah 16 - 30 04 2016 (A)

Kuliah 4

 بسم الله الرحمن الرحيم

والحمد لله رب العالمين

وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليما

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Penyelewengan Umat Islam Dari Jalan Yang Lurus

الانحراف في الأمة الإسلامية عن الصراط المستقيم

Dari Kitab Al-3ijl
Yang Maha Tinggi Berfirman:
                            

بسم الله الرحمن الرحيم ﴿ الم * أَحَسِبَ النَّاسُ أَنْ يُتْرَكُوا أَنْ يَقُولُوا آمَنَّا وَهُمْ لا يُفْتَنُونَ * وَلَقَدْ فَتَنَّا الَّذِينَ مِنْ قَبْلِهِمْ فَلَيَعْلَمَنَّ اللَّهُ الَّذِينَ صَدَقُوا وَلَيَعْلَمَنَّ الْكَاذِبِينَ * أَمْ حَسِبَ الَّذِينَ يَعْمَلُونَ السَّيِّئَاتِ أَنْ يَسْبِقُونَا سَاءَ مَا يَحْكُمُونَ * مَنْ كَانَ يَرْجُو لِقَاءَ اللَّهِ فَإِنَّ أَجَلَ اللَّهِ لَآتٍ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ * وَمَنْ جَاهَدَ فَإِنَّمَا يُجَاهِدُ لِنَفْسِهِ إِنَّ اللَّهَ لَغَنِيٌّ عَنِ الْعَالَمِينَ﴾

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. * Alif, Laam, Miim. Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji? * Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang benar-benar beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta. * Bahkan patutkah orang-orang yang melakukan kejahatan menyangka bahawa mereka akan terlepas dari azab Kami? Amatlah buruk apa yang mereka hukumkan itu. * Sesiapa yang percaya akan pertemuannya dengan Allah, maka sesungguhnya masa yang telah ditetapkan oleh Allah itu akan tiba; dan Allah jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. * Dan sesiapa yang berjuang maka sesungguhnya dia hanyalah berjuang untuk kebaikan dirinya sendiri; sesungguhnya Allah Maha Kaya daripada sekalian makhluk. [Surah Al-Angkabut 29:1-6.].

Penyelewengan dari jalan yang lurus tidak dapat dielakkan berlaku pada umat Islam, sama ada dalam Aqidah-aqidah (al-‘Aqa’id) atau Hukum Syari’at (Al-Ahkam wa as-Syari’ah):

﴿سُنَّةَ اللَّهِ الَّتِي قَدْ خَلَتْ مِنْ قَبْلُ وَلَنْ تَجِدَ لِسُنَّةِ اللَّهِ َبْدِيلاً﴾                                                            
("Sunnatullah" (peraturan Allah) yang telah berlaku semenjak dahulu lagi; dan engkau tidak akan mendapati sebarang perubahan bagi cara dan peraturan Allah itu. [Surah Al-Fath 48:23], 

﴿لَتَرْكَبُنَّ طَبَقاً عَنْ طَبَقٍ﴾


Sesungguhnya kamu tetap melalui beberapa keadaan yang bertingkat-tingkat baik buruknya, [Surah Al-Iinsyiqaq 84:19]

وقال رسول الله (ص): (والذي نفسي بيده لتركبن سنن من كان قبلكم حذو النعل بالنعل والقذة بالقذة، حتى لا تخطئون طريقهم ولا يخطئكم سنة بني إسرائيل)

Rasulullah (sawas) bersabda: (Demi Yang diriku ditanganNya dan Sesungguhnya kamu akan ikut cara golongan sebelum kamu contoh setapak demi setapah Dan langkah demi langkah, Sehingga mereka merasa tidak berdosa dengan cara mereka, tidak sesat seperti sunnah (cara) Bani Israil,)  [27].

Pengajaran daripada riwayat di atas

yang pertama perkara yang akan dilakukan Mahdi (as) apabila ia muncul dan bangkit adalah

1.         mengubah penyelewengan ini , mengembalikan semula umat dengan sungguh-sungguh ke jalan lurus, dan
2.         mendirikan semula Islam seperti diajarkan pada zaman Rasulullah (sawas), selepas huruf-huruf (ajaran) Aimmah disesatkan oleh As- Samiriyah.

عن أبي بصير، قال: قال الإمام الصادق (ع): (الإسلام بدأ غريباً وسيعود غريباً كما بدأ فطوبى للغرباء. فقلت: اشرح لي هذا أصلحك الله. فقال (ع): يستأنف الداعي منّا دعاء جديداً كما دعا رسول الله (ص))


Dari Abu Basir, berkata: Imam Ash-Shadiq (as): “Islam dimulai sebagai sesuatu yang asing (ghariban) dan akan kembali asing sebagaimana  mulanya diberkati (beruntung) bagi yang asing.” Aku berkata: “Jelaskan kepadaku yang diislahkan Allah, “Dia (as) berkata: “Akan dibuka kembali dakwah dari kita seruan (dakwah) baru seperti yang diseru Rasulullah (sawas).”
[28]..

Dan dari Ash-Shadiq (as), beliau berkata: “Dikerjakan - iaitu al-Qaim - apa yang dikerjakan Rasulullah (sawas), Akan dipadam apa yang datang sebelum beliau sebagaimana Rasulullah (sawas) memadamkan urusan Jahiliyah, Islam diperbaharui semula.” [29]..

وعن ابن عطاء، قال: (سألت أبا جعفر الباقر (ع) فقلت: إذا قام القائم (ع) بأي سيرة يسير في الناس؟ فقال (ع): يهدم ما قبله كما صنع رسول الله (ص)، يستأنف الإسلام جديداً)


Dan dari Ibn 'Ata' , bertanya: “Aku bertanya kepada Aba Jafar al-Baqir (as) dengan kataku, Jika al-Qaim (as) bangkit, sirah (perjalanan hidup) siapa yang diikutinya?” Dia (as) berkata: “Beliau menggantikan apa yang sebelumnya sebagaimana dikerjakan Rasulullah (sawas), Islam diperbaharui semula.” [30].


عن الباقر (ع)، قال: (إذا قام قائمنا دعا الناس إلى أمر جديد كما دعا رسول الله (ص)، وإنّ الإسلام بدأ غريباً وسيعود غريباً كما بدأ، فطوبى للغرباء). 


Dari Al-Baqir (as) , beliau berkata: (Apabila Qaim kita bangkit dia akan menyeru manusia perintah yang baru sebagaimana seruan Rasulullah (sawas), dan bahawa Islam bermula sebagai sesuatu yang asing dan akan kembali asing, maka beruntunglah orang-orang asing. [31].

Dan mungkin ada yang menyangka bahawa ia adalah penyelewengan yang jauh dari As-Sunnah, kerana mereka meninggalkan dari berpegang dengan Aali An-Nabi (keluarga Nabi) Imam dua belas (as), yang akibatnya membawa mereka kepada penyelewengan pada kedua-dua Aqidah atau Hukum-hakam, tetapi hakikat bahawa hadits-hadits dan riwayat dari Ahli Bait Nabi (Shalawatu Allah ‘alaihim) sebagai penunjuk penyelewengan masyarakat yang batil sebelum bangkitnya Imam Mahdi (as), seperti mana perselisihan dalam Aqidah atau Hukum-hukum Syariah dan di kalangan ulamak Islam, sama pada kedua-dua Sunnah dan Syiah, atau di antara para ulamak sendiri pada setiap firqah masing-masing.

Untuk itu, perlu diketahui

1.         masalah berlakunya perselisihan (khilaf) di antara para Ulamak Muslimin, walaupun secara ringkas,
2.         supaya tidak terlepas atau tidak berfungsi esok apabila kemunculan Imam Mahdi (as) akan menjadi mangsa mudah kepada salah satu imam-imam sesat As-Samiriyah, - mempengaruhi kita –
3.         kerana kejahilan kita tentang hakikat-hakikat - musuh-musuh Imam Mahdi (as) dan
4.         kita fikir kita berada di jalan yang lurus dan kita melakukannya dengan baik.

Masalah Imamah (Kepimpinan)

وَجَعَلْنَاهُمْ أَئِمَّةً يَهْدُونَ بِأَمْرِنَا وَأَوْحَيْنَا إِلَيْهِمْ فِعْلَ الْخَيْرَاتِ وَإِقَامَ الصَّلَاةِ وَإِيتَاءَ الزَّكَاةِ ۖ وَكَانُوا لَنَا عَابِدِينَ

Kami telah menjadikan mereka itu sebagai pemimpin-pemimpin yang memberi petunjuk dengan perintah Kami dan telah Kami wahyukan kepada, mereka mengerjakan kebajikan, mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, dan hanya kepada Kamilah mereka selalu menyembah, [Al-Anbia 21:73] 

1.Innama anta munzir wali kulli qaumin haadin

Dikeluarkan oleh Ibn Jarir Al-Thabari di Jami’ Al-Bayan (13/142) dengan sanad:

 

»عن ابن عباس، قال: لما نزلت " إِنَّمَا أَنتَ مُنذِرٌ ۖ وَلِكُلِّ قَوْمٍ هَاد " وضع (ص) يده على صدره، فقال: أنا المنذر ولكل قوم هاد، وأومأ بيده إلى منكب علي، فقالأنت الهادي يا علي، بك يهتدي المهتدون بعدي«

 

«Dari Ibn Abbas, katanya ketika turunnya ayat 

" إِنَّمَا أَنتَ مُنذِرٌ ۖ وَلِكُلِّ قَوْمٍ هَاد "

[Sesungguhnya kamu hanyalah seorang pemberi peringatan; dan bagi tiap-tiap kaum ada orang yang memberi petunjuk.] Rasulullah (S) meletakkan tangan di atas dadanya sambil bersabda: “Aku adalah pemberi peringatan (Al-Munzhir)”. Dan ketika membaca: “Wa li kulli qaumin hād”, beliau menunjuk ke arah Ali seraya bersabda: “Engkau adalah pemberi petunjuk (Al-Hadi) Wahai Ali,” dan dengan petunjukmu orang-orang mendapatkan petunjuk selepasku.”» 

 

2.   Qanun makrifah Al-Hujjah

a.   Ada banyak bimbingan Rasulullah

3.   Man kuntu Maulah Fa 3aliyan Maulah

4.   Wasiat Rasulullah –

a.   Wasiat yang tertangguh dr hari khamis ke Malam Isnin

b.   Firqatun najjiyah

c.   Hadits Tsqalain

d.   Hadits Manzila

e.   Hadits Bahtera selamat

f.     Bak bintang

g.   Benci Ali Nabi dan Allah

Dengan itu berikut saya akan cuba paparkan sebahagian daripadanya, secara ringkas, dan mungkin keseluruhannya, Semoga Allah melimpahkan taufiqNya.




✡✡✡✡✡

----------------
[24] – Surah Al-Angkabut 29:1-6.
[25] - Surah: A-Fath 48:23.
[26] - Surah Al-Iinsyiqaq 84:19.
[27] – Tafsir Al-‘Ayashi: Jilid 1 halaman 304, Tafsir Al-Shafi: Jilid 2 halaman 26, Bihar Al-Anwar Jilid 13 halaman 180.
[28] - Tafsir Al-‘Ayashi: Jilid 1 halaman 303, Ghaibat Al-Nu’maani: halaman 337, Bihar Al-Anwar Jilid 52 halaman 366.
[29] - Ghaibat Al-Nu’maani: halaman 236 Cukup Mudah Khilaf, Bihar Al-Anwar Jilid 52 halaman 353.
[30] - Ghaibat Al-Nu’maani: halaman 238, Bihar Al-Anwar Jilid 52 halaman 354.
[31] - Ghaibat Al-Nu’maani: halaman 336, Bihar Al-Anwar Jilid 52 halaman 366.



No comments:

Post a Comment