Kuliah 15 - 16 04 2016 (A)
Pengislahan Imam Al-Hasan a.s, dan
Wilayah Perjanjian Bagi Imam Ar-Ridha a.s.
Dan akhirnya, adalah perlu kita lalui dua peristiwa penting dalam
kehidupan Aushiak Penutup Para Nabi sawas, dua belas Imam a.s, untuk mereka
yang berkaitan dengan penyelidikan ini:
Yang pertama: ia adalah pendamaian Imam Al-Hasan a.s. dengan Taghut
Mu’awiah Ibn Hind (l.a.).
Dan ia adalah satu perdamaian yang perlu, selepas negara diambil alih
oleh orang-orang munafik yang diketuai oleh Mu’awiah yang mula berkembang dan
mengambil alih bumi Islam itu, dan selepas umat Islam menjatuhkan Imam Al-Hasan
a.s. Ia juga adalah seperti perdamaian Nabi sawas dengan Musyrik di
Al-Hudaibiyah [Perjajian Al-Hudaibiyah].
Dan Imam Al-Hasan yang mengisytiharkan bahawa perdamaiannya
·
untuk pengekalan Syiah,
·
kerana mereka adalah ahli
al-Haq (penganut kebenaran) dan dengan kekalnya mereka kekallah kebenaran.
·
Dan jika kita melihat dengan
mata hati, kita akan dapati bahawa perdamaian Imam Al-Hasan a.s. berlaku
o
untuk persediaan kebangkitan
(revolusi) Imam Al-Hussein as,
o
persediaan untuk kebangkitan
Imam Al-Mahdi a.s.
Jadi apabila Imam Al-Hasan a.s. terpaksa meletakkan pedang,
·
dia memulakan peperangan
baru dengan Mu’awiah, kali ini, perang media (perang dingin) bertujuan untuk
menyediakan umat untuk revolusi Al-Hussein a.s, dan sekurang-kurangnya umat
bersedia untuk menerima revolusi ini dan bersimpati dengannya,
·
lebih-lebih lagi, untuk
berinteraksi dengannya walaupun selepas ia berlaku, dan sesiapa yang
memperhatikan keadaan umat pada masa Imam Al-Hasan a.s, dia tentu akan tahu
bahawa ini adalah matlamat besar yang diharapkan daripada sebuah umat, yang
mempunyai anak-anak
·
yang berpaling menjatuhkan
pemimpin ma'sum mereka a.s, sehingga mereka datang dan melihat kejahatan suatu
sebagai yang makruf (kebaikan), dan
·
hampir tidak akan kekal
Tashayu'** (mendukung)
·
samada pada nama atau
tulisan tanpa pergerakan media Imam Al-Hasan a.s. Jadi perdamaian Imam Al-Hasan
a.s. bukan satu perdamaian dengan istilah tertentu, tetapi ia adalah satu
gencatan senjata yang Imam Al-Hasan a.s. terpaksa lakukan, supaya saudaranya
Al-Hussein a.s. - yang seperti dirinya sendiri (Al-Hasan a.s.) - berjaya dengan
revolusi ini , yang bergema dan masih menggegarkan dunia hingga ke
hari ini.
1.
Jadi seperti Amir
al-Mukminin a.s. yang telah melihat masa depan dan pada daulah لا إله
إلاّ الله antarabangsa, juga
2.
Imam Al-Hasan a.s., dan
3.
semua maksumin a.s.
telah melihat hari apabila agama akan
ditinggikan ke atas semua agama, jadi
perarakan manusia merupakan satu perarakan
kesepaduan, walaupun ia terdedah kepada beberapa rintangan, kerana
hasilnya adalah kebaikan kebanyakan manusia
di bumi pada zaman kemunculan Imam Al-Mahdi a.s.
Dan para Imam a.s. telah melakukan semua yang boleh
1. untuk
memimpin umat ini menyampaikan Risalah Ketuhanan kepada semua orang di bumi,
2. pada
satu hari dari hari-hariNya kepada penduduk dunia seluruhnya,
3. maka
mereka a.s lebih suka mencari keredhaan Allah dan kepentingan manusia mengatasi
diri mereka sendiri, dan
4. menanggung
sebagian besar bahaya pada diri dan jasmani demi tujuan besar ini,
5. yang
merupakan iman penghuni bumi dengan لا إله إلاّ الله محمد رسول
الله.
Kedua: Wilayah Perjanjian Bagi Imam Ar-Ridha a.s.
[Untuk Lihat SEJARAH
RINGKAS KEHIDUPAN DUA BELAS IMAM-IMAM
pada Imam
Kelapan (Imam Al-Redha Ali bin Musa)]
Dan yang kedua ialah terhadap Wilayah perjanjian yang
diterima Imam Ar-Ridha a.s. selepas Al-Ma'mun Al-Abbasi memaksanya,
·
dan ia adalah contoh nazir
dan Wazir Yusuf a.s. kepada raja Mesir secara paksa. walaupun ia mempunyai
beberapa faedah untuk rakyat,
·
maka ia adalah godaan dan
ujian bagi orang yang beriman seperti Allah Yang Maha Suci menguji Bani Israel
ketika Dia menjadikan Musa a.s. membesar dan hidup di istana Taghut Firaun
(l.a.), jadi ini adalah seperti:
أَحَسِبَ النَّاسُ أَنْ
يُتْرَكُوا أَنْ يَقُولُوا آمَنَّا وَهُمْ لا يُفْتَنُونَ * وَلَقَدْ فَتَنَّا
الَّذِينَ مِنْ قَبْلِهِمْ فَلَيَعْلَمَنَّ اللَّهُ الَّذِينَ صَدَقُوا
وَلَيَعْلَمَنَّ الْكَاذِبِينَ
{Apakah
manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami telah
beriman", sedang mereka tidak diuji lagi? * Dan sesungguhnya kami telah
menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui
orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.}
[Al-Ankabut (29): 2 dan 3].
Dan akhirnya, Al-Ma'mun Al-Abbasi meracun Imam Ar-Ridha a.s, selepas
Al-Ma'mun dapati dirinya tidak berupaya untuk melemahkan usaha Imam Ar-Ridha
a.s., walaupun dia berada di istananya dan di bawah pemerintahan beliau.
Dan seperti itu, kehidupan Imam-imam a.s. aushiak Nabi Penutup sawas,
gambaran kehidupan para Nabi sebelumnya di bumi ini.
Mereka Menghadapi
1. Mereka
adalah di antara taghut (penzalim), Penguasa yang kejam yang menumpahkan darah
suci Imam-imam a.s.,dan sesiapa yang mengikutinya atau bergantung kepadanya
2. daripada para ulama jahat tidak beramal, dan suatu umat yang
mengecewakan mereka dan memilih untuk menyembah Anak Lembu dan mengikuti Samiri,
3. kecuali
beberapa orang yang memuliakan janji Allah,
dan apabila tiba masa Penutup Aushiak a.s., Baqiah Allah di muka
bumi-Nya, Muhammad Ibn Hasan Al-Mahdi a.s. Allah ingin dia jauh (ghaib) dari
pandangan mata manusia dan taghut-taghut, untuk melindunginya dengan
perlindungan Qur'an dan Syariah sehingga Dia membenarkannya bangkit dan
menunjukkan kebenaran apabila umat bersedia untuk menyokong beliau, dan telah
diriwayatkan dari beliau a.s.: (atas sebab apa berlakunys keghaiban, Allah SWT
berfirman:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لا
تَسْأَلوا عَنْ أَشْيَاءَ إِنْ تُبْدَ لَكُمْ تَسُؤْكُمْ
{Hai
orang-orang yang beriman, janganlah kamu menanyakan (kepada Nabimu) hal-hal
yang jika diterangkan kepadamu akan menyusahkan kamu.} [Al-Maidah (5) 5:101].
Dan cukup tanda yang umum, dan salam kepada cahaya Allah di bumi-Nya
dan BaqiahNya di kalangan hamba-hambaNya yang bapanya a.s. menamakannya sebagai
salah satu yang tertindas (dizalimi), dan dia benar-benar kena tindas (mazlum)
walaupun dari Syiah beliau yang hampir tidak menyebutnya semasa keghaiban dan
mengalami penderitaan yang memilukan.
والسلام على المؤمنين والمؤمنات ورحمة الله
وبركاته.
بسم الله الرحمن الرحيم
﴿ وَمَنْ لَمْ يَجْعَلِ اللَّهُ لَهُ نُوراً فَمَا لَهُ مِنْ نُورٍ﴾
(dan) barangsiapa yang tiada diberi cahaya (petunjuk) oleh Allah
tiadalah dia mempunyai cahaya sedikitpun. [An-Nur ( 24): 40]
والحمد لله رب العالمين
------------
[**] Syi’ah = Pengikut atau Pendukung, Tashayu'(التشيع) = yang mengikut atau mendukung
[2]. Kamal Ad-Din: Halaman 485 ; Al-Ghayba dari At-Tusi: Halaman 292
; Al-Ihtijaj: Jilid 2, Halaman 284 ; Bihar Al-Anwar: Jilid 52, Halaman 92.
No comments:
Post a Comment