Kuliah 15 - 15 04 2016 (B)
Beriman dengan Berita Besar (Kiamat Kecil)
Imam Ahmad Al-Hassan dalam menjawab maksud
ayat-ayat awal dalam Surah Al-Baqarah menjelaskan ayat:
الم ﴿١﴾ ذَٰلِكَ الْكِتَابُ لَا رَيْبَ ۛ فِيهِ ۛ هُدًى
لِّلْمُتَّقِينَ ﴿٢﴾ الَّذِينَ
يُؤْمِنُونَ بِالْغَيْبِ وَيُقِيمُونَ الصَّلَاةَ وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ
يُنفِقُونَ ﴿٣﴾وَالَّذِينَ يُؤْمِنُونَ
بِمَا أُنزِلَ إِلَيْكَ وَمَا أُنزِلَ مِن قَبْلِكَ وَبِالْآخِرَةِ هُمْ
يُوقِنُونَ ﴿٤﴾ أُولَـٰئِكَ
عَلَىٰ هُدًى مِّن رَّبِّهِمْ ۖ وَأُولَـٰئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ ﴿٥﴾
Alif Laam Miim. * Kitab (Al Quran) ini tidak
ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertakwa, * (yaitu) mereka yang
beriman kepada yang ghaib, yang mendirikan shalat, dan menafkahkan sebahagian
rezeki yang Kami anugerahkan kepada mereka. * dan mereka yang beriman kepada
Kitab (Al Quran) yang telah diturunkan kepadamu dan apa yang telah diturunkan
sebelummu, dan dengan akhirat mereka yakin. * Mereka itulah yang tetap mendapat
petunjuk dari Tuhan mereka, dan merekalah orang-orang yang beruntung.. [Al-Baqarah
2:4]
Nama Allah: Adalah Kota Kesempurnaan (Madinah Al-Kamalaat) yang terbit
dan ditajjalikan dari hakikat kebenaran pengenalan ZatNya Yang Maha Suci yang
tidak akan mengetahuinya melainkan Dia Yang Maha Tinggi lagi Maha Suci. Seperti
Al-Rahman dan Al-Rahim dan kedua-duanya bersatu dalam makna sebagai contoh
mewakili pintu Kota ini, dan bayangan Kota ini dalam Alam Mumkinaat) (Alam
Kemungkinan) yang terbit (bersinar) pada ZatNya dan ditajallikan pada Muhammad
(S), Dia Yang Maha Tinggi berfirman:
﴿وَإِنَّكَ
لَعَلَى خُلُقٍ عَظِيمٍ﴾
Dan sesungguhnya kamu benar-benar berbudi
pekerti yang agung. [Al-Qalam 68:4] [88]
kerana dia berakhlak dengan akhlak Allah, jika tidak, tidak perlulah
untuk disifatkan sebegitu agung melainkan jika ia mewujudkan dan kelihatan
dengan akhlak (yang dikehendaki) Allah yang Maha Suci, dan dia adalah Muhammad
(sawas) Kota Ilmu.
Ada pun pintu Kotanya adalah Ali (as) dan Ia bercampur dengan daging
dalam daging dan darah di dalam darah Fatimah (as) sendiri, dan begitulah
dengan Ali (as) tajalli Al-Rehman, dan Fatimah (as) tajalli Al-Rahim,
kedua-duanya bersatu sebagai kesatuan Seperti Al-Rahman dan Al-Rahim dan
sepakat kedua-duanya sebagai tidak terpisahnya Al-Rahman dan Al-Rahim.
﴿أ ل م﴾ Alif Lam Mim: (Amirul Mukminin (as) berkata: Aku: ح (Ha) Al-Hawwamim, Aku: sebahagian dari Alif Lam
Mim Aku: terjemahan ص (Shad)... Aku: ن والقلم (Nun
dan Kalam) [89]. Huruf-huruf ini adalah nama-nama Ahl al-Bayt (as), dan (م - Mim) adalah Mohammed, dan (ل - Lam) Ali, dan (أ - Alif)
Fatimah dan dikira bilangan huruf dan jumlahnya empat belas pada bilangan
mereka (as). Mengulangi Al-Mim (17) kali, dan Lam (13) kali, dan Alif (13)
kali.
Ini adalah sifat-sifat orang-orang yang beriman, iaitu: (beriman kepada
apa yang diturunkan sebelummu) mengesahkan bahawa orang-orang yang bertakwa
yang disediakan bagi mereka oleh Muhammad (S) sebagai ilmu dan panduan - mereka
orang-orang yang berkelayakan dengan beriman dengannya - bukan sahaja yang
beriman dengan nubuwah sebelumnya dari agama Hanif, Yahudi dan Kristian ini,
yang menyifatkan mereka, kerana mereka beriman kepada apa yang diturunkan
kepada Al-Rasul; kerana untuk menghurai mengenai hal-hal mereka kerana mereka
menyaksikan Al-Kitab itu untuk memberi petunjuk kepada mereka, maka mereka mula
memahami Islam dan Iman dari Al-Rasul, mereka mendapat petunjuk dari Tuhan dan
ditambahkan dengan pimpinan Muhammad (S).
Ia telah membenarkan ayat-ayat awal, Jika tidak ayat-ayat hidup seperti
Al-Quran, yang merangkumi semua zaman sehingga bangkitnya Al-Saah
Dari Abdul Rahim Al-Qashir berkata : Pada suatu hari aku berada di sisi
Abi Ja'far (as), dia berkata: Wahai Abdul Rahim, aku berkata: Ya Tuan, beliau
berkata, Allah berfirman
﴿إنما
أنت منذر ولكل قوم هاد﴾
[Sesungguhnya kamu hanyalah seorang
pemberi peringatan; dan bagi tiap-tiap kaum ada orang yang memberi petunjuk.]
Ketika Rasulullah (S) bersabda: Aku adalah pemberi peringatan dan Ali
pemberi petunjuk (Al-Hadi), dari itu siapakah pemberi petunjuk hari ini? Beliau
berkata: Lama aku membisu dan kemudian aku angkat kepalaku, lalu aku berkata,
Semoga aku menjadi tebusan tuan, pada kamu para pewaris seorang demi seorang
sehingga berakhir dari tuan, Semoga aku menjadi tebusan tuan - tuan adalah
pemberi petunjuk (Al-Hadi), beliau berkata: Benar kamu wahai Abdul Rahim,
bahawa Al-Quran hidup tidak mati, dan ayat-ayatnya hidup tidak mati, kalau ayat
apabila diturunkan pada sesuatu kaum yang mati dan ayat yang mati maka matilah
Al-Quran ) Bihar Al-Anwar: Jilid 35 halaman 403.
Maka pada zaman ini, sebagai contoh, beriman kepada Al-Mahdi
(as) dengan Isa, Ilyas dan Al-Khidhir adalah Iman dengan apa yang
telah diturunkan kepada Al-Rasul, dan apa yang telah diturunkan sebelumnya,
kerana Al-Mahdi (as) bersama dengan apa yang diturunkan kepada Al-Rasul. Isa,
Ilyas dan Al-Khidhir bersama dengan apa yang diturunkan sebelumnya. Maka mereka
(as) adalah Al-Ghaib (diangkat dan masih hidup) di dalam ayat sebelumnya (الَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِالْغَيْبِ) dan apa yang telah
diturunkan di dalam ayat ini.
Pada akhir zaman iaitu zaman ini sebelum
1. Al-Mahdi (as) dengan
dibantu oleh
2. Isa (as),
3. Ilyas (as) dan
4. Al-Khidhir (as)
Mereka yang ghaib ini akan zuhur (diturunkan semula). Permulaan
zaman kezuhuran mestilah ada
v muqarrab
(Yang karib) dengan lmam Mahdi (as)
v yang
pertama beriman dengan lmam Mahdi (as)
v yang
membawa wasiat Al-Rasul (lantikan Allah)
v yang
mempunyai 3 nama (Ahmad, Abdullah (hamba Allah dan Al-Mahdi)
v yang
namanya serupa dengan namaku
v yang
nama bapanya serupa dengan nama bapaku
v yang
keluar dari arah timur
v yang
membawa panji-panji kebenaran
v yang
mempunyai ilmu dan hikmah
v yang
menyeru (berdakwah) kepada Hakimiyah Allah (Bai3atu Lillah)
Dialah Ahmad Al-Hassan Al-Yamani (as) washi dan utusan lmam Mahdi (as),
Al-Qaim Aali Muhammad, Hujjah Allah dan Khalifah Allah Al-Mahdi yang dijanjikan
di akhir zaman.
Al-Albani dalam Al-Silsilah Al-Sahihah menjelaskan terdapat hadits yang
berbunyi:
لا تقوم الساعة حتى تملأ الأرض ظلماً وجوراً وعدواناً، ثم يخرج رجل من عترتي أو من أهل بيتييملؤها قسطاً وعدلاً، كما ملئت ظلماً وعدواناً
"Tidak
akan terjadi Al-Saah (hari akhirat) sehingga bumi dipenuhi
kezaliman, ketidakadilan dan permusuhan, kamudian akan keluar seorang lelaki
dari 'itrahku atau Ahlulbaitku, yang akan memenuhi bumi dengan kesaksamaan dan
keadilan setelah dipenuhi kezaliman dan permusuhan." (Hadits riwayat
Ahmad, juz 3, hal 36; Ibnu Hibban, hal 1880; Al-Hakim, juz 4, hal 557; Abu
Na'im dalam kitab Al-Hilyah, juz 3, hal 101) .
Sebelum berlakunya Al-Saah (hari akhirat, hari
kiamat) ia adalah Akhir Zaman atau Kiamat Kecil sebelum Kiamat
Besarberlaku.
Kerja-kerja untuk Mempercepatkan
(Kelapangan-Zuhur) Faraj Imam Mahdi (as)
Terlalu banyak khabar (riwayat) di kalangan Sunni dan Syiah menjelaskan
kerja-kerja tersebut. Termasuklah perkhabaran segala kerja-kerja dakwah,
peperangan …… peristiwa dan keadaan-keadaan yang berlaku di akhir zaman itu.
Pengikut dan Musuhnya.
Di dalam perkhabaran tersebut tunggak utama ada berbagai nama yang
ditujukan kepada yang pertama beriman dengan lmam Mahdi (as):
1. Al-Yamani, Al-Hashimi
(gelaran keluarga Muhammad (S)), Al-Manshur, Mahdi Pertama dan…. dan…
2. Sahabat lmam Mahdi (as):
terkenal dengan 313 (termasuk Al-Yamani) – Ansar utama – panglima-panglima
tenteranya.- termasuk 50 perempuan - yang pertama adalah dari Basrah (Ahmad)
dan yang akhir adalah Al-Abdal dari Syam
3. Ansar 10 000 yang
berbai3ah dengan Al-Yamani
4. Al Khurasani yang
dipimpin oleh Syuaib
bin Soleh menyerahkan panji-panjinya kepada Al-Yamani
Ansarnya terdiri dari Muslim Syiah, Sunni, orang-orang Kristian, atheis
dan manusia lain yang berbai3ah dengannya3 Selain itu ada musuh-musuh umum yang
menolak dakwahnya dan musuh-musuh khusus yang memerangi. Mereka ternasuklah
1. Umat manusia yang tidak
ambil peduli
2. Umat Islam Syiah
(terutamanya)
3. Umat Islam Sunni
4. Al-Nashibi
5. Al-Sufyani dan bala
tenteranya
6. Al-Dajjal yang dibunuh
Isa
7. Dajjal
Besar (Al-Dajjal Al-Akbar)
Tanda lain
قَالُوا يَا ذَا
الْقَرْنَيْنِ إِنَّ يَأْجُوجَ وَمَأْجُوجَ مُفْسِدُونَ فِي الْأَرْضِ فَهَلْ
نَجْعَلُ لَكَ خَرْجًا عَلَىٰ أَن تَجْعَلَ بَيْنَنَا وَبَيْنَهُمْ سَدًّا ﴿٩٤﴾
Mereka berkata: "Hai Zhulkarnain,
sesungguhnya Ya'juj dan Ma'juj itu yang membuat kerusakan di muka
bumi, maka dapatkah kami memberikan sesuatu pembayaran kepadamu, supaya kamu
membuat dinding antara kami dan mereka?" [Al-Kahf 18:94]
Zhulkarnain pernah diminta untuk membina tembok besi dipateri
(dikimpal) dengan tembaga dan ia telah dilakukan oleh Zhulkarnain.
Rasulullah pernah terjaga dari tidur bermimpikan tembok besi hampir siapditebuk
oleh Ya'juj dan Ma'juj.
﴿حَتَّىٰ إِذَا فُتِحَتْ يَأْجُوجُ وَمَأْجُوجُ وَهُم مِّن كُلِّ
حَدَبٍ يَنسِلُونَ * وَاقْتَرَبَ
الْوَعْدُ الْحَقُّ فَإِذَا هِيَ شَاخِصَةٌ أَبْصَارُ الَّذِينَ كَفَرُوا يَا
وَيْلَنَا قَدْ كُنَّا فِي غَفْلَةٍ مِّنْ هَـٰذَا بَلْ كُنَّا ظَالِمِينَ﴾
Hingga apabila dibukakan (tembok) Ya'juj dan
Ma'juj, dan mereka turun dengan cepat dari seluruh tempat yang tinggi. * Dan
telah dekatlah kedatangan janji yang benar, maka tiba-tiba terbelalaklah mata
orang-orang yang kafir. (Mereka berkata): "Aduhai, celakalah kami,
sesungguhnya kami adalah dalam kelalaian tentang ini, bahkan kami adalah
orang-orang yang zalim".[Al-Anbiak 21:97]
Soalan ini pernah ditanyamelalui internet.
Apa yang dimaksudkan dengan Yakjuj dan Makjuj yang akan
keluar di akhir zaman menurut riwayat?
Jawapan Imam Ahmad Al-Hassan:
Insya-Allah, anda akan dapat maklumat terperincinya di dalam kitab yang
akan diterbitkan.
No comments:
Post a Comment