Monday, 11 April 2016

Kuliah 2

Kuliah 14 - 01 04 2016
Kuliah 2

Penyelamat  datang di akhir zaman

Umat manusia dalam agama-agama samawi menantikan tokoh-tokoh penyelamat mereka menurut berita yang disampaikan oleh nabi-nabi atau rasul-rasul mereka.

Rasulullah (S) mengingatkan tiap-tiap agama samawi ini berpecah kepada lebih 70 kelompok (firqah) masing-masing. Maka sudah tentu mempunyai berita besar itu dan menantikan tokoh-tokoh itu sehingga menjadi sulit dan sukar di fahami. Tokoh-tokoh ini datang di akhir zaman atau ketika kiamat kecil. Ia telah disebut di dalam perkhabaran (hadits dan atsar) dan kitab-kitab dari kalangan Sunni dan Syiah. Antaranya tokoh-tokoh yang diangkat oleh Allah yang belum dimatikan dan akan keluar di akhir zaman itu adalah:

1.   Nabi Khidir (as): bagi umat dahulu kala
2.   Nabi Elia (as): Nabi Bani Israil
3.   Nabi Isa (as) atau Isa Al-Masih (Penyelamat): Bagi Umat Kristian.
4.   Imam Muhammad Al-Hassan Al-‘Askari Al-Mahdi Al-Muntadzar menurut Muslim Syi’ah dan sebahagian Muslim Sunni.
5.   Imam Mahdi menurut Muslim Sunni yang lahir di akhir zaman.

Semua tokoh-tokoh ini pernah menjadi nabi atau rasul atau washiy (khalifah Rasul) kecuali yang ke lima iaitu Imam Mahdi menurut Muslim Sunni yang lahir di akhir zaman.



Pemberitaan yang diambil dari Al-Quran dan perkhabaran hadits-hadits dan atsar dan juga dari kitab-kitab yang mengulas semua tokoh-tokoh ini seolah-olah atau kadang-kala mempunyai percanggahan dan amat sulit lagi bila membicarakan keadaan dan cara bagaimana mereka (semua tokoh-tokoh ini) boleh hadir atau pengutusan semula mereka pada masa yang sama iaitu pada akhir zaman.

No comments:

Post a Comment