Teguran Suci Kepada TG Dato Dr Haron Din (Bhg 1)

Mengenai video [Penjelasan TG Dato Dr Haron Din mengenai Amalan Syiah di Malaysia]

Assalamu ‘laikum warahmatu Llahi wa barakatuh.

Alhamdulillah, allazi arsala rasulahu bil huda wa deeni il haq liyudzhirahu ala addini kullih wakafa bi Llahi syahida. Alluhumma shalli ‘ala Muhammad wa aalhi at tahirin wa sallim taslima.

Adapun terhiris rasanya apabila Tuan Guru Dato menggunakan istilah firqah dhalal (firqah dhalalah) atau apa pun istilan yang tuan gunakan. Saya adalah bapa kepada anak yang tuan ceritakan dalam video tersebut yang berkerja di Koperasi Darushifaq tuan.

Tuan telah menambah beban kami sekeluarga kerana ekoran kekeliruan dan Sangkaan Antara Syiah dengan Kedatangan Imam Mahdi dan keluarnya video di youtube yang diupload oleh ansar, video ini didownload pula pada peringkat awal oleh dua pihak yang kami lihat di laman social Facebook (FB). 

Tajuk video oleh ansar telah ditukar daripada Ansari Hawza Opening in Malaysia kepada Pelancaran Markas Syiah Melayu di Klang, Selangor

Walaupun saya seorang yang tidak berilmu tinggi tetapi saya pencinta kebenaran. Saya terlibat serius dengan ahli bait apabila muncul Imam Ahmad Al Hasan Al Yamani wasi dan utusan Imam Al Mahdi. Saya mengenal kebenaran Ahli Bait tidak seperti kebanyakan orang Islam hari ini yang menuduh sesat, kafir firqah dhalal dan lain-lain. Tak kenal maka tak cinta, kalau tak cinta benci.’

Saya ada pengalaman hebat isu sunnah-syiah ini. Sewaktu saya memimpin PAS kawasan di sekitar 90an, pernah seorang sahabat seorang Sayid (keturunan Arab) menelefon saya kerana dia didatangi oleh 4 orang syiah yang 3 darinya pelajar Qom. Sebagai pejuang Islam saya ambil kesempatan ini, kerana pada masa itu Republik Islam Iran baru dapat menegakkan cita-cita Islam. Mereka ingin bermuzakarah dengan kami. Saya menyahut pelawaan tersebut. Pada masa itu hanya buku-buku Revolusi Islam Iran yang kita baca.

Dalam muzakarah tersebut saya bertanya kepada pelajar Qom tersebut bagaimana mereka boleh bertukar kepada mazhab syiah? Dua orang dari mereka menjawab, ‘sebab azzan, di mana azan mazhab sunnah diambil dari mimpi sahabat, sedang azan adalah syariat Allah, ia mesti datang dari Allah atau melalui lisan rasulNya. Saya memang pernah belajar dan tahu perkara (hadis) tersebut.

Mulai dari saat itu saya mula faham ‘Inni Hukmu illa Lillah. Hukum hakam kepunyaan Allah. Sebagai seorang ansar Imam Al Mahdi di akhir zaman ini, Imam Ahmad Al Hasan Al Yamani mengajarkan saya, Hakimiyah Allah dan Hakimiyah Manusia, Ketuanan Allah dan Ketuanan Manusia. Ketika Al Yamani wasi dan utusan Imam Al Mahdi memulakan seruannya (1999) beliau menyeru seluruh manusia meninggalkan taklid (mengikut membuta tuli) rabi-rabi, padri-padri, ulamak-ulamak dan marjik-marjik mereka kepada orang-orang Yahudi dan Keristian, Muslim Sunni dan Muslim Syi’i begitu juga dengan orang-orang atheis. Agama hak Allah berpeganglah pada talinya, rasul-rasulNya dan KhalifahNya. Semua manusia di sepanjang zaman diutus Allah sebagai Khalifah Allah yang memegang TALI ALLAH sebagai nabi, rasul, raja, dan Imam-imam dsb.

Mengapa setelah wafat Rasulullah saw umat Islam berselisih masalah Khalifah Allah ini? Berdegil memilih Hakimiyah Manusia bukan Hakimiyah Allah? Berdegil memilih Ketuanan Manusia bukan Ketuanan Allah. Al Quran membimbing kita dengan kedegilan bani Israel sehingga membunuh nabi-nabi Allah dan dengan kedegilan Nasrani yang menyembah paderi-paderi selain Allah. Mereka bukan menyembah batang tubuh paderi tetapi taat dengan paderi-paderi yang mengubah ketetapan Allah.

Apa bezanya dengan umat Islam, ketika belum wafat Nabi lagi mereka telah membantah lantikan Usamah bin Zaid yang berlaku pada 26 Safar, 11 Hijrah sehingga wafat Nabi 12 Rabiul Awwal lebih kurang 16 hari. Sehingga rasulullah dipapah dan berkhutbah:

"Wahai ummah! Telah sampai kepada pengetahuan ku bahawa sebahagian dari kamu telah merasa resah mengenai perlantikan ku ke atas Usamah [sebagai pemimpin]. Jika kamu mempunyai keraguan mengenai perlantikan beliau, kamu telah melakukan yang sama dahulu apabila aku melantik bapanya (Zaid bin Harithah), demi Allah dia memang layak untuk kedudukan tersebut, dan begitulah juga anaknya selepas beliau."

29 Safar Rasulullah semakin berat sakitnya, baginda mendapati mereka enggan untuk berangkat; dari itu baginda telah keluar untuk menggesa mereka supaya berangkat segera. Baginda mengikat bendera untuk Usamah dengan tangannya yang suci supaya dapat menggerakkan jiwa mereka dan merangsangkan semangat. Kemudian baginda berkata: "Pergilah dengan Nama Allah, di jalan Allah dan perangi mereka yang tidak percaya kepada Allah." Usamah mengambil bendera yang sudah terikat dan menyerahkannya kepada Buraydah, kemudian dia berkhemah di Jurf.

Hampir semua sahabat besar kecil disenaraikan oleh Rasulullah dalam ketumbukan Tentera Usama kecuali Ali bin Abi Talib.

Bukan sahaja mereka mempersoalkan lantikan Usamah tetapi juga berlambat-lambat sehingga terjadi peristiwa Khamis. Wasiat penting yang mahu ditulis disanggah oleh sahabat. Sehingga rasul menghalau mereka keluar. (Saya tidak ingin memperpanjang peristiwa sudah terlalu banyak perdebatan mengenainya). Akhirnya wasiat penting itu ditulis dan dipegang oleh Ali di malam kewafatan baginda. Sampai mati pun pengamal aliran sunni tidak akan mempercayai wasiat penting itu.

Ini sirah yang boleh dibaca dari semua sumber sunni-syi’i.

Mengapa umat Islam yang bijak-bijak hari ini yang mendabik dada tebal imannya tidak mengambil contoh kesesatan umat dahulu. Bukankah Islam sudah lengkap, termasuk wasi ar rasul. Hanya masalah sahabat Rasulullah atau ahli bait Rasulullah yang patut memegang TALI ALLAH. Sahabat Rasulullah atau ahli bait Rasulullah yang patut memegang Hakimiyah Allah. Terlalu banyak hadis yang menganjurkannya kenapa masih berdegil.

Zaman Wilayah 12 Imam telah berakhir. Zaman kekuasaan12 khalifah telah berakhir. Telah jelas umat Islam Syiah yang membaiah 12 Imam yang disebut Rasulullah Syiah Ali dan umat Islam Sunni yang membaiah Khulafa ur Rashidin, khalifah Bani Umaiyah, Bani Abbasiyah, kalifah ....... Sultan, raja, Perdana Menteri, Presiden dan.....

Dapat difahamkan sehingga hari ini di zaman ini (maaf tak hafal hadis) dari kata rasulullah AKAN ADA 12 IMAM (KHALIFAH) SELEPASKU hanya terpakai pada Muslim Syiah. Bilanglah dan senaraikanlah Imam-imam Sunni sehingga sekarang berapa jumlahnya.

Sehingga Julai 2002 Imam Muhammad Al Mahdi as mengarahkan Imam Ahmad Al Hassan Al Yamani: "Mengumumkan Seruan suci kepada awam" untuk menyeru semua manusia, beriman kepada Imam Ahmad Al Hassan Al Yamani as.
Dan Kenyataan 13 Rajab

Imam Ahmad Al Hassan Al Yamani as membuat kenyataan bagi pihak Imam Muhammad Al Mahdi as bahawa sesiapa sahaja selepas tarikh13 Rajab, 1425 H (12 Ogos 2004) yang tidak mengikut Imam Ahmad Al Hassan Al Yamani as adalah

  1. Terkeluar dari Wilayah Imam Ali bin Abi Talib as dan akan menjadi penghuni neraka dan semua perbuatan dan ibadahnya akan tertolak.
  2. Rasulullah s.a.w. Muhammad ibn Abdullah berlepas tangan dari sesiapa yang menjadi milik baginda namun tidak menyertai seruan suci baginda.


Perbalahan umat Islam Sunnah-Syiah ini terlalu lama. Telah sampai tarikh luputnya. Telah sampai ke penghujungnya. Janganlah kita masih leka berdebat di akhir zaman ini. Terlalu banyak tanda besar kezuhuran Imam Mahdi dan Kemunculan DAJJAL. Pilihlah nak terjangkit dan tenggelam dalam fitnah dajjal atau menyambut seruan AL MAHDI.

Sekarang telah ada orang yang telah di bai’ah (1999 – 2013) sebagai Mahdi yang dijanjikan. Mari kita sahut seruannya. Mengaku sebagai AL MAHDI bukan kerja sesenang menjawat Presiden atau ketua negara mana pun. Ia adalah amanah ALLAH di zaman AL HIDAYAH (Imam Mahdi) selepas zaman AL WILAYAH (Imam-imam 12, Aali Muhammad) selepas zaman AR RISALAH (Muhammad saw) selepas zaman para rasul dan mursalin yang membawa RISALAH AT TAUHID.

Mengaku sebagai AL MAHDI bukan kerja senang untuk memikul AL HIDAYAH memulih dan mengembalikan umat manusia kepada RISALAH AT TAUHID dan menegak SYARIAT ALLAH yang masih tetap menegakkan AR RISALAH Muhammad saw. Itulah tujuan selawat kita: Memuliakan Muhammad dan Keluarganya (ahli baitnya) sebagaimana Allah memuliakan Ibrahim as dan Keluarganya. Akan terkabullah doa Ibrahim as. Lil mutaqina Imama.

Marilah menjadi ansar nabi-nabi, ansar Muhammad dan ahli baitnya ansar Imam Mahdi bahkan Ansar Allah yang akan mempersiapkan diri untuk menentang AS SUFYANI dan MASIHUD DAJJAL.

Tidak rugi sesiapa yang membai’ahnya kerana dia membawa panji Allah, dialah Baqiatullah dialah Al Qaim dialah SAHIBUZ ZAMAAN. Ujilah dia dengan ADZDZAIM hujjah-hujjah berat dan besar apa pun dari dari makruah dan manzurah dari Mukjizat atau ayat-ayat Allah baik dari Al Quran mahupun Taurat, Injil dan Zabur.

Malaikat-malaikat itu berkata: "Patutkah Engkau merasa hairan tentang perkara Yang telah ditetapkan oleh Allah? memanglah rahmat Allah dan berkatnya melimpah kepada kamu, Wahai ahli bait. Sesungguhnya Allah Maha terpuji, lagi Maha melimpah kebaikan dan kemurahanNya". (11:73)

Dan Kami jadikan dari kalangan mereka Imam-imam (pemimpin), Yang membimbing mereka (hidayah) kepada urusan (hukum ugama) kami, selama mereka bersikap sabar serta mereka tetap yakin akan ayat-ayat keterangan kami. As Sajdah:24)

Allahumma shalli ‘ala Muhammad wa aali Muhammad al aimmah wal mahdiyin wa sallim tasliman kathira. Walhamdu Lillahi rabb al ‘alamin.


Saya mohon seribu kemaafan atas kesalahan dan ketelanjuran saya.

Wassalam
Hanizi Mohamad

Kami adalah Pendokong Imam Al Mahdi (a.s), pengikut Imam Ahmad Al Hassan Al Yamani (a.s). Kami daripada pelbagai bangsa dan negara keseluruhannya memperakukan bahawa Imam Ahmad Al Hassan (a.s) adalah pendiri (Qoim) keluarga Muhammad (a.s) iaitu Al Yamani, pewaris dan utusan Imam mahdi (a.s) kepada umat Islam, utusan Isa (a.s) kepada penganut Kristian dan utusan Ilyas (a.s) kepada kaum Yahudi.

Untuk lebih mendalam sila rujuk:

http://www.hashemstudios-board.com/ English – video ‘The Arrived”
http://almahdyoon.org/ - Laman rasmi Arab
http://www.saviorofmankind.com/ Laman rasmi English




1 comment:

  1. Moga kita dapat naik bahtera dan tidak tenggelam oleh tipu daya masihud Dajjal.

    ReplyDelete