Monday, 16 November 2015

Kuliah 6 – 14 11 2015

Kuliah 6 – 14 11 2015

Sesungguhnya Dalam Kisah-Kisah Mereka, Ada Pengajaran

Allah SWT berfirman:

﴿وَلَقَدْ ضَرَبْنَا لِلنَّاسِ فِي هَذَا الْقُرْآنِ مِنْ كُلِّ مَثَلٍ وَلَئِنْ جِئْتَهُمْ بِآيَةٍ لَيَقُولَنَّ الَّذِينَ كَفَرُوا إِنْ أَنْتُمْ إِلَّا مُبْطِلُونَ * كَذَلِكَ يَطْبَعُ اللَّهُ عَلَى قُلُوبِ الَّذِينَ لا يَعْلَمُونَ * فَاصْبِرْ إِنَّ وَعْدَ اللَّهِ حَقٌّ وَلا يَسْتَخِفَّنَّكَ الَّذِينَ لا يُوقِنُونَ﴾

Dan Sesungguhnya telah Kami buat dalam Al Quran ini segala macam perumpamaan untuk manusia. Dan Sesungguhnya jika kamu membawa kepada mereka suatu ayat, pastilah orang-orang yang kafir itu akan berkata: "Kamu tidak lain hanyalah orang-orang yang membuat kepalsuan belaka". [Surat Ar-Rum (30):58-60.]

Bani Israel 40 kali disebut di dalam Al Quran
Musa 139 kali disebut di dalam Al Quran


1.    Bandingan kerasulan Musa dan Harun adalah seperti terutusnya Muhammad dan Ali (‘alaihim as-salam
2.    selepas kematian Musa dan Harun (as), tidak banyak berbeza daripada apa yang umat ini lakukan selepas kematian Muhammad (sawas), kemudian selepas kematian Ali (as)
3.    Sepertimana diutus Isa untuk Bani Israel adalah begitulah terutusnya Muhammad bin Al-Hasan Al-‘Askari Al-Mahdi (as) bagi umat ini,

Setiap orang Islam perlu mengkaji Sejarah Bani Israel dan kehidupan (sirah) mereka bersama Musa dan Harun (‘alaihim as-salam), dan kemudian dengan Isa (as); kerana kerasulan Musa dan Harun adalah seperti terutusnya Muhammad dan Ali (‘alaihim as-salam),dan apa yang berlaku kepada Nabi Musa dan Harun tidak banyak berbeza dengan apa yang berlaku kepada Muhammad dan Ali (as); Dan apa yang Bani Israel lakukan pada waktu ketidakhadiran Musa (as), atau selepas kematian Musa dan Harun (as), tidak banyak berbeza daripada apa yang umat ini lakukan selepas kematian Muhammad (sawas), kemudian selepas kematian Ali (as), dan kemudian selepas ketiadaan (keghaiban Aushiak Muhammad (sawas), sepertimana diutus Isa untuk Bani Israel adalah begitulah terutusnya Muhammad bin Al-Hasan Al-‘Askari Al-Mahdi (as) bagi umat ini, dan apa yang Al-Mahdi (as) akan deritai (hadapi) dari umat ini, dari sebahagian ulama jahat (tidak beramal) umat ini tidak berbeza daripada apa yang dialami Isa (as) dari kaum Yahudi dan ulama tidak beramal mereka.

﴿فَاقْصُصِ الْقَصَصَ لَعَلَّهُمْ يَتَفَكَّرُون﴾

 {Maka ceritakanlah (kepada mereka) kisah-kisah itu agar mereka berfikir.} . [Surah Al-A'raf (7): 176 ]

Kulian dan soal jawab Fiqh

·      Sholat 51 rakaat




Kuliah 5 –

Wednesday, 23 September 2015

Kuliah 4 – 25 09 2015 Janji Iblis

Kuliah 4 – 25 09 2015
Janji Iblis


Iblis menjawab: "Karena Engkau telah menghukum ku tersesat, aku benar-benar akan (menghalang-halangi) mereka dari jalan Engkau yang lurus, kemudian saya akan mendatangi mereka dari hadapan dan dari belakang mereka, dari kanan dan dari kiri mereka. Dan Engkau akan dapati kebanyakan mereka tidak bersyukur (taat). [Al-Araf 7:16-17] 




Iblis berkata: "Ya Tuhanku, oleh sebab Engkau telah memutuskan bahwa aku sesat, pasti aku akan menjadikan mereka memandang baik (perbuatan maksiat) di muka bumi, dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya, [Al-Hijr 15:39] 

قَالَ فَبِعِزَّتِكَ لَأُغْوِيَنَّهُمْ أَجْمَعِينَ * إِلَّا عِبَادَكَ مِنْهُمُ الْمُخْلَصِينَ

Iblis menjawab: "Demi kekuasaan Engkau aku akan menyesatkan mereka semuanya, * kecuali hamba-hamba-Mu yang mukhlis di antara mereka. [Shad 38:83]


﴿وَإِذْ قُلْنَا لِلْمَلَائِكَةِ اسْجُدُوا لِآدَمَ فَسَجَدُوا إِلَّا إِبْلِيسَ كَانَ مِنَ الْجِنِّ فَفَسَقَ عَنْ أَمْرِ رَبِّهِ ۗ أَفَتَتَّخِذُونَهُ وَذُرِّيَّتَهُ أَوْلِيَاءَ مِن دُونِي وَهُمْ لَكُمْ عَدُوٌّ ۚ بِئْسَ لِلظَّالِمِينَ بَدَلًا   
Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada para malaikat: "Sujudlah kamu kepada Adam, maka sujudlah mereka kecuali Iblis. Dia adalah dari golongan jin, maka ia mendurhakai perintah Tuhannya. Patutkah kamu mengambil dia dan turanan-turunannya sebagai pemimpin selain daripada-Ku, sedang mereka adalah musuhmu? Amat buruklah iblis itu sebagai pengganti (dari Allah) bagi orang-orang yang zalim. [Al-Kahf 18:50] 

إِلَى يَوْمِ الْوَقْتِ الْمَعْلُومِ

sampai hari (suatu) waktu yang telah ditentukan,
[Al-Hijr 15:38][Shad 38:81] 

Iblis (la) 

·       bukannya jahil ilmu,
·       dia juga tidak bermaksiat dan
·       dia boleh ditegur dan berdisiplin.
·       Tetapi dia adalah seorang ulama takbur lagi melampau batas,
·       meninggi diri dan yang
·       tidak mencegah (kemungkaran).
·        
Dengan keengganan dirinya kepada makhluk baru ini menjadi sebab

·       dia diusir dari rahmat Allah dan
·       dia menjadikannya (Adam) dan keturunannya sebagai musuh.
·       Inilah sebabnya mengapa dia meminta tangguh dan masa hingga ke hari pembalasan
·       supaya dia boleh menyesatkan mereka dari jalan yang lurus.
·       Tetapi Allah Yang Maha Suci memberinya tangguh ke suatu hari dan waktu yang termaklum dan
·       dlaknat dan yang berjanji akan menggagalkan anak Adam dari jalan yang lurus:

Kesengsaraan pukulan yang diterima oleh Iblis (laknahu Allah), 

Di dalam hadits dan atsar:
Apabila bersujud anak Adam, maka menjadi hitamlah wajah Iblis.

Yang harus difahami”

·      mengikut Hujjah Allah dapat menghitamkan wajah Iblis.
·      Sujud yang ditolak oleh Iblis menjadikan wajahnya hitam,
o  menolak sujud kepada khalifah Allah dan
o  berjanji menyesatkan umat manusia dengan membawa mereka supaya menolak sujud kepada khalifah Allah.

Beramallah

·      untuk menunjukkan hidayah kepada manusia,
·      jadikanlah mereka bersujud sepertimana Malaikat mengaibkanlah Iblis yang mahukan mereka mengikutnya dalam menolak bersujud kepada khalifah Allah.


Antara HUWA – Ana

Kita semua di dunia ini, disibukkan dengan diri kamu

·      dengan mengurus dan mengatur tubuh kamu sendiri,
·      amal ibadah ini telah dibuat untuk mengelakkan diri daripada
o  hanya disibukkan dengan tubuh badan
o  supaya menghadap dengan disibukkan kepada Allah.

Amal ibadah Islam adalah mengenai:

1.   Tidak makan, tidak minum,
2.   meninggalkan hawa nafsu,
a.   ini adalah ibadah berpuasa, dan jelas sekali bahawa puasa adalah untuk mengelakkan diri daripada disibukkan dengan tubuh badan sahaja,
3.   ibadah Haji,
4.   ibadah Solat, kedua-duanya mengenai perkara: memutuskan hubungan dengan alam dunia ini dan mengarahkan diri (bertawajjuh) ke Alam yang lain, dan mengingati Allah dan disibukkan dengan Allah SWT.


Doa supaya Allah Taala menuliskan kita dari kalangan orang-orang yang sujud kepada khalifahNya di atas muka bumiNya:

اللهم يجعلنا جميعا من الساجدين للساجد الأول والعابد الأول والمسلم الأول والناطق إذا خرست الآلسن في عرصات القيامة

Ya Allah jadikanlah keseluruhan kami dari kalangan orang-orang yang sujud untuk orang yang pertama sujud, abid yang pertama dan muslim pertama serta berbicara ketikamana kelunya lidah di lapangan hari kiamat.


Friday, 4 September 2015

Kuliah 3 (04 09 2015)

Kuliah 3 (04 09 2015)
Al-Ahkam
(الأحكام)

Al-Ahkam Adalah,

·       kumpulan perundangan daripada Allah SWT
·       Syari’at dari Langit (Asy-Syara’i As-Samawiyah) dan 
·       Hukum-hukum Ketuhanan (Al-Ahkam Al-Ilahiyah)

Matlamat Al-Ahkam kepada Dia SWT, dan hanya Dia sahaja pengislah (yang memperbaiki)
-        Habl mina Allah dan Habl mina Al-Nas

·       ruhani,
·       jasmani,
·       negara dan
·       ekonomi,

Al-Ahkam dibawa oleh Nabi-nabi dan Rasul-rasul (as)

·       mungkin sebahagiannya telah dibatalkan (nasakh) atau
·       ditambah perundangan lain, mengikut peredaran masa, ilmu Al-Hakim Al-Khabir Allah SWT

Al-Ahkam (hukum-hakam)

·       Dipikulkan kepada hamba-hambanya,
·       Untuk memperbaiki hal hamba-hamba dan negeri pada setiap zaman,


Selain Al-Ma'sum yang diutus Allah yang membawa Al-Ahkam sesiapa pun tidak boleh

·       membatalkan,
·       mengubah atau
·       menambahnya

Selain itu, kesesatan yang jauh. Kerana firman Allah SWT:

"( اتَّخَذُوا أَحْبَارَهُمْ وَرُهْبَانَهُمْ أَرْبَاباً مِنْ دُونِ اللَّهِ)

Mereka menjadikan orang-orang alimnya dan rahib-rahib mereka sebagai tuhan selain Allah," 

·       mendakwa seolah-olah sebagai tuhan dan pencipta yang ada penyembahnya,
·       mengubah - menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal
·       orang-orang alimnya dan rahib-rahib
·       pengikutnya pula mentaati mereka
·       menyembah mereka sebagai tuhan selain Allah;

Pengulangan penyelewengan Agama Allah

·       Iblis enggan sujud (taat)
·       Qabil ingin jawatan Khalifah
·       Yahudi dan Kristian - orang-orang alimnya dan rahib-rahib mengubah Agama Allah
§  Seleweng Kitab Allah
§  Seleweng Agama Allah

·       Umat Islam

﴿وَقَالَ الرَّسُولُ يَا رَبِّ إِنَّ قَوْمِي اتَّخَذُوا هَـٰذَا الْقُرْآنَ مَهْجُورًا﴾
Rasulullah berkata: "Ya Tuhanku, sesungguhnya kaumku menjadikan Al Qur'an ini suatu yang tidak diacuhkan (Al-Furqan 25: 30)
§  Menidakkan Tsaqalin
·       Al-Quran
·       ‘Itrah Ahl Al-Bait
§  Tahrif Al-Quran tidak dipanggil Mushaf Muhammad
·       Muhkam Mutasyabih
·       Mentafsir dan mentakwil
§  Rujukan Aqidah dan Ahkam
·       Fuqahak (ulamak) bukan ma’sum
·       Imam-imam bukan ma’sum
·       Mufti-mufti campur tangan pemikir
·       Pemikir bijak pandai – falsafah, ekonomi
·       Majlis-majlis fatwa
·       Pergerakan di pimpin bukan ma’sum


وَمَا مُحَمَّدٌ إِلاَّ رَسُولٌ قَدْ خَلَتْ مِن قَبْلِهِ الرُّسُلُ أَفَإِن مَّاتَ أَوْ قُتِلَ انقَلَبْتُمْ عَلَى أَعْقَابِكُمْ وَمَن يَنقَلِبْ عَلَىَ عَقِبَيْهِ فَلَن يَضُرَّ اللّهَ شَيْئاً وَسَيَجْزِي اللّهُ الشَّاكِرِينَ

{Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang rasul, sungguh telah berlalu sebelumnya beberapa orang rasul. Apakah Jika dia wafat atau dibunuh kamu berbalik ke belakang (murtad)? Barangsiapa yang berbalik ke belakang, maka ia tidak dapat mendatangkan mudharat kepada Allah sedikitpun, dan Allah akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.)} 3

Sessi Soal Jawab

Soalan 237: Saya Ingin Mengenali Diri Tuan (Imam),

(Pintu Allah Di Dalam Penciptaan)



Friday, 21 August 2015

Kuliah 2 - 22 08 2015

Kuliah 2 - Untuk Golongan Muda (مجموعة من الشباب)


Isi Kandungan

TUHAN – DIA  ALLAH dan PENCIPTAAN

Bumi Tempat Ujian kali Kedua
Allah melantik Khalifah di BumiNya
Khalifah Allah di BumiNya
Beriman -  "Kami dengar dan kami taat"
Penyelewengan
Sejarah Penciptaan
Sejarah Kemanusiaan
Penyelewengan manusia dalam ujian di muka bumi
Khalifah Allah memegang Kuasa (Wilayah) Allah di BumiNya
Sejarah Umat Muhammad
Imam hidayah
Imam sesat
Semua manusia sama kecuali
Bai'ah bersama



TUHAN – DIA  ALLAH

DIAAllah SWT mempunyai segala Kesempurnaan telah mencipta Penciptaan (makhluk dan segalanya)

Penciptaan Ulung - Nur, 3aqal...Alam-alam
Penciptaan yang diuji - Jin dan Ins

Bumi Tempat Ujian kali Kedua

1.   Nash lantikan
2.   Ilmu dan Hikmah
3.   Bai3atu Lilla


Khalifah Allah di BumiNya

Nabi-nabi, Rasul-rasul dan Washiy-washiy mereka.
Khalifah Rasullullah dan Washiy-washiy baginda 12 Imam-imam dan 12 Mahdi

﴿آمَنَ الرَّسُولُ بِمَا أُنزِلَ إِلَيْهِ مِن رَّبِّهِ وَالْمُؤْمِنُونَ ۚ كُلٌّ آمَنَ بِاللَّـهِ وَمَلَائِكَتِهِ وَكُتُبِهِ وَرُسُلِهِ لَا نُفَرِّقُ بَيْنَ أَحَدٍ مِّن رُّسُلِهِ ۚ وَقَالُوا سَمِعْنَا وَأَطَعْنَا ۖغُفْرَانَكَ رَبَّنَا وَإِلَيْكَ الْمَصِيرُ﴾

Rasul telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, demikian pula orang-orang yang beriman. Semuanya beriman kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya dan rasul-rasul-Nya. (Mereka mengatakan): "Kami tidak membeza-bezakan antara seseorangpun dari rasul-rasul-Nya", dan mereka mengatakan: "Kami dengar dan kami taat". (Mereka berdoa): "Ampunilah kami ya Tuhan kami dan kepada Engkaulah tempat kembali".[Al-Baqarah 2:285] 

Mengimani – (mempercayainya dengan yakin) 
kepada Allah,
malaikat-malaikat-Nya,
kitab-kitab-Nya dan
rasul-rasul-Nya – (Khalifah Allah)
                                 
Cara mengamal iman "Kami dengar dan kami taat"

Memohon Ampun dan bertaubat.

Penyelewengan

Sejarah Penciptaan

Semua Penciptaan mengjalani Ujian Pertama - Alastu bi Rabbikum – Tidakkah Aku Tuhan kamu. Masing ada Jawapannya.
Kemudian Allah lantik Khalifah pertama Adam (as). Di samping para malaikat yang awalnya mempersoalkan lantikan tersebut akhirnya bertaubat dan sujud, tetapi Ketua Jin – Iblis menyeleweng (ingkar) dalam ujian ini. Dia tidak mahu sujud kepada Khalifah Allah (Bai3atu Lillah)

Sejarah Kemanusiaan

Penyelewengan manusia dalam ujian di muka bumi

Adam Khalifah pertama melantik Habil sebagai washiynya atas perintah Allah, tetapi Qabil tidak bersetuju lalu membunuh Habil. Ada Penyelewengan fakta – kahwin muhrim

1.   Nuh – 950 tahun berdakwah– sedikit yang beriman - banjir besar
2.   Ibrahim - Namrud
3.   Musa – Fir’aun
4.   Isa – Ulamak Yahudi, Raja Rom
5.   Muhammad- Quraish, munafiq

Agama- agama Allah dari Adam (as) hingga ke Nabi Allah Nuh dipanggil Hanif (Ahnaf) diwarisi hingga ke Nabi Ibrahim (as) sebab itu Ibrahim di gelar Syi’ah Nuh

﴿وَإِنَّ مِن شِيعَتِهِ لَإِبْرَاهِيمَ﴾

Dan sesungguhnya Ibrahim benar-benar termasuk syi’ahnya (pengikut Nuh). [Al-Shaafaat 37:83] 

Agama Allah yang dibawa oleh Nabi Ibrahim (as) melalui Ishaq kemudian Ya’kub (as) sehinggalah Bani Isreal (anak-anak Ya’kub) menunggu kedatangan Musa (as) bagi menentang Taghut Firaun bersama Washiynya Harun (as). Bani Isreal keluar dari Mesir menyeberangi Laut Merah. Diperihtah Allah membuka Palestin, tetapi mereka enggan. Mereka dihukum dengan hidup di padang pasir dipimpin oleh Nabi Musa (as) bersama Washiynya Yusak (as). Nabi Yusak memimpin mereka membuka Palestin. Agama Allah bagi Bani Isreal ini diselewengkan dan dipanggil Agama orang-orang Yahudi (Agama Yahudi)

Begitulah juga Agama Allah yang dibawa oleh Isa Al-Masih (Jesus Kristus (as)) bagi Bani Isreal ini tidak diterima oleh mereka. Tetapi Al-Harawiyun (anak-anak murid) Nabi Isa (as) berdakwah kepada orang-orang Eropah yang juga diselewengkan setelah lebih kurang 300 tahun Nabi Isa (as) diangkat ke langit. dan dipanggil Agama Kristian atau Agama Masehi atau Agama Nasrani (mengikut gelaran Isa Al-Masih (Jesus Kristus (as))

Agama Allah yang dibawa oleh Nabi Ibrahim (as) melalui Nabi Ismail (as) hingga kepada Washiy Abdul Mutalib banyak diselewengkan oleh kaum Arab Quraish sehinggalah diutus Nabi Muhammad (S)

Islam yang dibawa Nabi Muhammad (S) dipikul pula oleh Washiy baginda yang telah baginda wasiatkan di malam kewafatan baginda kepada Imam Ali iaitu 12 Imam-imam dan 12 Mahdi-mahdi. Tidak ada agama baru kerana Nabi Muhammad (S) adalah penutup para Nabi.

Sebilangan besar umat Islam di bawah pimpinan Muawiyah menentang dan memerangi Washiy baginda Rasulullah (S) iaitu Imam Ali (as). Dan berjaya merampasnya semasa Imam Al-Hassan. Sejak itu sebilangan besar umat Islam mengamalkan Islam ala pemerintah dan ulamak bukan maksum semasa dan menggelarkan firqah mereka Ahl Al-Sunnah Wal-Jamaah di samping sebahagian kecil umat Islam sebagai Syiah Ahl Al-Bait baginda Rasulullah (S).

Zaman 12 Imam-imam yang bermula dengan Imam Ali hingga Imam ke 12 Imam Muhammad bin Al-Hassan Al-’Askari Pada 255 H, pada masa itu dia hanya berumur 5 tahun

Ghaib Sughra 255 H – 325 H
Ghaib Kubra 325 H – Hingga sekarang (Ghaib lebih 1111 tahun)

Pada bulan Sya`ban 1420 H. (Disember 1999 M) Al-Syed Ahmad Al-Hassan (as) mendakwa dan telah dibai’ah orang Islam yang mendapat rukya sebagai,

Washiy dan Utusan kepada

Imam Mahdi (as) bagi umat Islam
Nabi Ilya (as) bagi umat Yahudi
Nabi Isa (as) bagi umat Krisian
Nabi Khidir (as)

Zaman Kezuhuran Imam Mahdi (as)

1.   Ia adalah penghujung zaman Ghaib Kubra
2.   Ia akan bermula dengan terutusnya Washiy dan Utusannya
a.   Pembawa wasiat Rasulullah (S) yang diwasiatkan di malam kewafatan baginda
b.   Muqarab pertama (Mahdi Pertama)
c.   Baginya tiga nama : nama seperti namaku dan nama bapaku, iaitu Abdullah (hamba Allah) dan Ahmad. Dan namanya yang ketiga adalah Al Mahdi
d.   Tugasnya adalah Mumahhidin (mempersiap Kezuhuran Imam Mahdi (as)
3.   Ia akan dibai’ah antara Rukun (hajae Aswad) dan Makam (Ibrahim)

Nabi-nabi – terima wahyu Allah – naba’ (berita) Allah – Agama Allah
Hujjaj Allah – Pemegang Hujjah Allah
Rasul-rasul – utusan Allah pembawa Risalah Risalah (mesej) Allah. Mereka menyeru, mengajak atau berdakwah kepada manusia dibantu dan kemudiannya diganti oleh Washiy-washiy mereka.
Begitulah Rasullullah mempunyai Khalifah-khalifah
Washiy-washiy dan Imam-imam (12  Imam- 12  Mahdi)


Sejarah Umat Muhammad

Penyelewengan Umat Muhammad dalam ujian kedua.

Sebelum dan sesudah wafat Rasulullah (S)

·      Mempersoalkan lantikan Zaid (ditegur dalam Al-Quran)
·      Mempersoalkan lantikan Usamah dan berlambat ke medan perang
·      Enggan menerima penulisan wasiat
·      Syura di Saqifah - Sejarah Qabil ingin jadi washiy berulang - Khalifah Allah
·      Penyelewengan imtihan (ujian) - semua sahabat udul
·      Merampas hak Ali - Khalifah
·      Merampas hak Fatimah – tanah fadak
·      Memerangi Ali 3 peperangan
·      Melanggar janji Al-Hassan
·      Membunuh Al-Hussein
·      Menyeksa, memenjara, meracun atau membunuh Imam-imam anak cucu Al-Hussein
·      Sehingga kematian Imam ke 11 Al-Hassan Al-3askari Pada 255 H, Imam Muhammad (Imam Mahdi Al-Muntadzar) berusia 5 tahun. Ia diangkat Allah.

Sebahagian besar umat Islam di bawah pemerintahan Bani Umaiyah dan Bani Abbasiyah tidak merujuk ajaran Islam dari Washiy-washiy atau Imam-imam yang diwasiatkan Rasulullah (S).

Umat Islam terbahagi kepada berbagai firqah dengan nama yang berbagai pula yang semuanya bermula dari keingkaran para sahabat dan umat Islam dalam menerima washiy Rasulullah (S Ali bin Abi Talib (as) sebagai Khalifah Rasulullah (S). Mereka mengikut telah mengikut para sahabat terkenal akibat mahukan kedudukan kuasa hasil pergolakan golongan ansar dan muhajirin.
Umat Islam terbahagi kepada

1.   Pengikut yang merestui sahabat bersyura (bermesyuarat) memilih pengganti Rasulullah (Khalifah Rasulullah) dan bersepakat menggelarkan diri mereka Ahl Al-Sunnah Wa Al-Jammah bersumberkan
a.   Al-Qur’an
b.   Sunnah Rasulullah dan sahabat
c.   Ijmak Ulamak
d.   Qias

2.   Pengikut (Syi’ah) Ali bin Abi Talib sebagai washiy (pemegang wasiat) dan Khalifah Rasulullah Akidah dan Syari’ah turun temurun 11 orang anak-anak Ali (as). 


Di zaman Keghaiban Imam Mahdi (as) Umat Islam Syi’ah juga mengalami penyelewengan dengan bertaqlid (merujuk) kepada bukan maksum (Ahl Al-Bait baginda Rasulullah (S))


Kebanyakan penyelewengan disebabkan pemahaman Khalifah Allah

Kebanyakan penyelewengan disebabkan pemahaman Khalifah Allah

Imam hidayah

﴿وَجَعَلْنَاهُمْ أَئِمَّةً يَهْدُونَ بِأَمْرِنَا وَأَوْحَيْنَا إِلَيْهِمْ فِعْلَ الْخَيْرَاتِ وَإِقَامَ الصَّلَاةِ وَإِيتَاءَ الزَّكَاةِ ۖ وَكَانُوا لَنَا عَابِدِينَ﴾ 
Kami telah menjadikan mereka itu sebagai imam-imam yang memberi petunjuk dengan perintah Kami dan telah Kami wahyukan kepada, mereka mengerjakan kebaikan-kebaikan, mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, dan hanya kepada Kamilah mereka selalu mengabdi, [Al-Anbiyak 21:73] 

Imam sesat  

Nasibi adalah orang yang tumpuannya (ketat) bermusuh terhadap salah seorang khalifah Allah di atas bumi-Nya atau terhadap pengikut yang beriman kepadanya; kerana mereka percaya dengannya.

﴿وَجَعَلْنَاهُمْ أَئِمَّةً يَدْعُونَ إِلَى النَّارِ ۖ وَيَوْمَ الْقِيَامَةِ لَا يُنصَرُونَ﴾

Dan Kami jadikan mereka imam-imam yang menyeru (manusia) ke neraka dan pada hari kiamat mereka tidak akan ditolong. [Qashash 28:41] 

وَإِن نَّكَثُوا أَيْمَانَهُم مِّن بَعْدِ عَهْدِهِمْ وَطَعَنُوا فِي دِينِكُمْ فَقَاتِلُوا أَئِمَّةَ الْكُفْرِ ۙ إِنَّهُمْ لَا أَيْمَانَ لَهُمْ لَعَلَّهُمْ يَنتَهُونَ ﴿١٢
Jika mereka merusak sumpahnya sesudah mereka berjanji, dan mereka mencerca agamamu, maka perangilah imam-imam yang kafir itu, karena sesungguhnya mereka itu adalah orang-orang yang tidak dapat dipercayai, agar supaya mereka berhenti. [Al-Taubah 9:12] 

Semua manusia sama kecuali

إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِندَ اللَّـهِ أَتْقَاكُمْ

Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling takwa diantara kamu. [Al-Hujuraat 49:13] 

Bukan kerana ia sahabat Khalifah Allah kerana yang maksum hanya Khalifah Allah.

Sama-sama berbai'ah


Ringkasan

1.   Kedudukan anak-anak (keluarga) dalam menerima dakwah Al-Yamani
2.   Beriman dengan Khalifah Allah AL-Mahdi yang dijanjikan:
a.   Berita besar dari Rasulullah (S).
b.   Mengenal dan menyahut seruannya (dakwah)
c.   Menentukan kebenarannya
d.   Siapa sebenarnya Khalifah Rasulullah (S).
3.   Bagaimana kita beragama - Din Allah
a.   Ayat Amana Al-Rasul...
b.   Dia Allah – Maha Pencipta
c.   Dia Allah – mencipta penciptaan (makhluk)Termasuk Alam-alam
d.   Dia Allah – menguji makhlukNya dan akan dibalas
e.   Dia Allah – melantik Khalifah-khalifahNya di bumiNya
4.   Apa yang perlu dilakukan oleh anak-anak Adam di bumiNya
a.   Mentaati Allah – dengan mengikut Khalifah-khalifahNya di bumiNya yang
· Mempunyai nash lantikan Allah
· Mempunyai Ilmu dan Hikmah (Kitan Allah)
· Menyeru Mentaati Allah
b.   Sentiasa berusaha mempertingkat diri dan meninggikan agama - Din Allah. Wama khalaqtu Al-Jin Wal-Ins..
c.   Jangan sekali-kali menyeleweng.

5.   Apa yang perlu dilakukan oleh anak-anak
a.   Dalam mentaati Allah Berendap dan berwaspada dengan musuh Allah dan Musuh Rasulullah (S) dan keluarga Rasulullah (as).
b.   Firman Allah SWT:

﴿وَابْتَغِ فِيمَا آتَاكَ اللَّـهُ الدَّارَ الْآخِرَةَ ۖ وَلَا تَنسَ نَصِيبَكَ مِنَ الدُّنْيَا ۖ وَأَحْسِن كَمَا أَحْسَنَ اللَّـهُ إِلَيْكَ ۖ وَلَا تَبْغِ الْفَسَادَ فِي الْأَرْضِ ۖ إِنَّ اللَّـهَ لَا يُحِبُّ الْمُفْسِدِينَ﴾
Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu (kebahagiaan) negeri akhirat, dan janganlah kamu melupakan bahagianmu dari dunia dan berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik, kepadamu, dan janganlah kamu berbuat kerusakan di (muka) bumi. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berbuat kerusakan. [Al=Qashash 28:77]