Tuesday 25 June 2013

MISTERI DAN HAKIKAT KEJADIAN MANUSIA


I)  SEJARAH KEJADIAN MANUSIA DAN NABI-NABI
                                                        
Perbalahan manusia tidak akan selesai. Sejak mula Adam as dijadikan. Semua orang tahu kisah ini.

DIFAHAMKAN DARI KITAB SUCI ALLAH:

            Aku mahu jadikan (Adam) seorang Khalifah di muka bumi. Yang Taat dan Mengenal Allah.
            Malaikat memprotes, jadikan makhluk yang menumpahkan darah pada hal malaikat yang sentiasa bertasbih, memuji dan mensucikan Allah.

Terjadi Makhluk termulia di suruh Hormat (sujud), Iblis enggan kerana Taghaa (melampau) dan takbur (sombong).

Iblis yang tidak taat meminta tangguh siksaan dan dia mendapat laknat Allah. Diperkenankan Allah. Iblis memohon untuk menggoda manusia. Dibenarkan tetapi tidak akan dapat menggoda anak Adam yang beriman.

Roh yang menghidupkan jasad manusia dibekalkan Allah dengan ‘AQAL (akal) dari sumber Nur (cahaya) dan Zulumat, Si Alim dan Si Jahil, Si Alim bermenterikan Si Baik dan 75 tentera bersifat Alim lagi baik dan Si Jahil meminta 75 berlawanan.

Maha berkat Tuhan Yang di tanganNya Kerajaan; dan Dia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu;
Dialah yang mencipta kematiaan dan kehidupan - untuk menguji siapakah di antara kamu Yang lebih baik amalnya; dan ia Maha Gagah, lagi Maha Pengampun

Dia, Allah mempunyai sefal sifat kesempurnaan yang berlaku adil kepada makhluk yang diciptaNya.

Nabi Adam hidup pada 5872 - 4942 SMSebelum nabi Isa Al Masih di sekitar Indi

Cerita Pelik

Cerita yang digembar gemburkan mengenai Qabil yang tidak bersetuju dipasangkan dengan kembar adiknya Habil membawa kepada pertama berlakunya pertumpahan darah dalam sejarah kehidupan manusia..

Seperti apa yang dinyatakan dalam riwayat (hadis-hadis), Habil anak Adam telah berkahwin kepada Hauraa [nama biasa yang diberikan kepada wanita-wanita syurga] dan yang merupakan satu petunjuk kebenarannya dan kenaikan martabat rohani ke tahap wanita syurga. Dan Qabil berkahwin seorang wanita [yang berada di tahap yang sama] dengan jin, dan itu adalah satu petunjuk kerendahan dan kehinaan martabat jiwanya ke tahap jin jahat, dan melambangkan kebodohan dan kejahilan mereka.

Terdapat banyak kekeliruan tentang hal ini, dan kebenarannya adalah Allah swt melarang perkahwinan adik-beradik dalam Ummul Kitab, dan semua Kitab Allah dan setiap perundangan menyatakan ianya adalah haram, termasuk perundangan Adam. Jadi isu perkahwinan anak-anak Adam as adalah seperti berikut:

Hawa melahirkan Qabil dan kemudian Habil dari Adam as. Qabil berkahwin dengan seorang wanita yang mana Allah swt telah ciptakan untuknya dan dia seorang yang jahat, dan Habil berkahwin dengan seorang wanita yang Allah telah ciptakan untuknya dan dia adalah orang wanita solehah. Dan Allah menciptakan kedua-dua isteri seperti mana Dia sebelum ini telah menciptakan Adam dan Hawa, yang bermaksud Allah telah mencipta dua isteri untuk Qabil dan Habil dengan keupayaanNya.

Kemudian Allah memerintahkan Adam as untuk melantik Habil as sebagai penggantinya (jawatan Khalifah). Oleh itu, apabila Qabil tahu perkara ini, beliau membantah perintah pelantikan tersebut, jadi Adam memaklumkan kepadanya bahawa perintah itu adalah dari Allah dan bukan dari dirinya sendiri, dan beliau memerintahkan mereka untuk mempersembahkan korban kepada Allah. Habil mempersembahkan domba (biri-biri) yang gemuk manakala Qabil mempersembahkan gandum yang rusak, jadi persembahan Habil diterima.

Oleh itu niat jahat terhadap Habil membara dalam jiwa Qabil, dan Iblis (semoga Allah melaknatnya) berbisik kepadanya untuk membunuh saudaranya. Dan jiwanya, yang cenderung kepada kejahatan, dia cenderung ke arah membunuh saudaranya. Jadi Qabil membunuh Habil kerana iri hati, kerana dia adalah pengganti Adam. Oleh itu janji yang dibuat oleh Iblis (semoga Allah melaknatnya) godaan telah terlaksana, kerana Qabil tergoda dan dia dijangkiti dengan penyakit Iblis yang mementingkan diri (keakuan-ego) dan keangkuhan, dan salah satu perkara yang mengiringi “keakuan” adalah penyakit iri hati.

Bagi keturunan seterusnya, isteri Habil mengandung dan melahirkan anak lelaki, dan kemudian, Seth dan Yafith dilahirkan untuk Adam as. Jadi isteri Seth melahirkan seorang anak lelaki dan seorang perempuan dan isteri Yafith melahirkan seorang anak perempuan, maka anak Habil berkahwin dengan anak perempuan Seth, dan anak Seth berkahwin dengan anak perempuan Yafith. (sepupu – penterjemah)
Keturunan nabi-nabi as adalah dari mereka, dan ini adalah kata yang muktamad, dan apa-apa jua perkataan luar dari kenyataan ini hanyalah datang dari orang yang akan berdusta kepada Allah dan Rasul-Nya.

Semua nabi-nabi membawa Risalah Tauhid dan yang beriman dan ada yang ingkar:

2. Nabi Idris b. Yarid b. Mahlail dari keturunan Nabi Syits bin Adam
hidup sekitar tahun 4533-4188 SM.
3. Nabi Nuh bin Malik bin Mutawashlih bin Idris dari keturunan Nabi Syits bin Adam, pada tahun 3993-3043 SM dan diangkat menjadi nabi pada tahun 3650 SM.
4. Nabi Hud bin Abdullah bin Rabah bin Al-Khulud dari keturunan Sam bin Nuh hidup pada tahun 2450-2320 SM.
5. Nabi Shalih bin Ubaid bin ‘Ashif dari keturunan Sam bin Nuh
pada tahun 2150-2080 SM dan menjadi nabi pada tahun 2100 SM.
6. Nabi Ibrahim bin Azar bin Nahur keturunan Sam bin Nuh
tahun 1997-1822 SM dan menjadi nabi pada tahun 1900 SM.
7. Nabi Luth bin Haran bin Azar b. Nahur keturunan Sam b Nuh hidup pada tahun 1950-1870 SM dan diangkat menjadi nabi pada tahun 1900 SM
n diangkat menjadi nabi pada tahun 1900 SM
8. Nabi Ismail bin Ibrahim Azar bin Nahur keturunan Sam bin Nuh tahun 1911-1774 SM menjadi nabi tahun 1850 SM.
9. Nabi Ishaq Ibrahim Azar bin Nahur keturunan Sam bin Nuh tahun 1897-1717 SM  menjadi nabi pada tahun 1800 SM.
10. Nabi Ya’qub bin Ishaq bin Ibrahim tahun 1837-1690 SM  menjadi nabi pada tahun 1750 SM.
11. Nabi Yusuf bin Ya’qub bin Ishaq bin Ibrahim tahun 1745-1635 SM  menjadi nabi pada tahun 1715 SM
12. Nabi Syu’aib bin Mikail bin Yasyjar bin Madyan bin Ibrahim tahun 1600-1490 SM  menjadi nabi tahun 1550 SM.
13. Nabi Ayyub bin Amwas bin Zarih dari keturunan Ibrahim tahun 1540-1420 SM. Dan diangkat menjadi nabi pada tahun 1500 SM.
14. Nabi Zulkifli bin Bisyr bin Ayyub dari keturunan Ishaq bin Ibrahim tahun 1500-1425 SM dan diangkat menjadi nabi pada tahun 1460 SM.
15. Nabi Musa b. Imran keturunan Ya’qub b. Ishak tahun 1527-1408 SM dan jadi nabi pd tahun 1450 SM.
16. Nabi Harun bin Imran dri keturunan Ya’qub bin Ishakhidup pada tahun 1531-1408 SM dan diangkat menjadi nabi pada tahun 1450 SM.
17. Nabi Daud bin Aisya bin Awid dari keturunan Yahuza bin Ya’qub hidup pada tahun 1041-971 SM dan diangkat menjadi nabi pada tahun 1010 SM. Beliau
18. Nabi Sulaiman bin Daud bin Aisya bin Awid dari keturunan Yahuza bin Ya’qub hidup pada tahun 989-931 SM dan menjadi nabi pada tahun 970 SM.
19. Nabi Ilyas bin Yasin bin Fanhas dari keturunan Harun bin Imran
hidup pada tahun 910-850 SM dan diangkat menjadi nabi pada tahun 870 SM
20. Nabi Ilyasa’ bin Akhtub dari keturunan Yusuf bin Ya’qub hidup pada tahun 885-795 SM dan diangkat menjadi nabi pada tahun 830 SM.
21. Nabi Yunus bin Matta dari keturunan Bunyamin bin Ya’qub hidup pada tahun 820-750 SM.
22. Nabi Zakaria bin Dan bin Muslim dari keturunan Rahbaam bin Sulaiman
hidup pada tahun 91-31 SM dan diangkat menjadi nabi pada tahun 2 SM.
23. Nabi Yahya bin Zakaria Diperkirakan hidup pada tahun 1SM-31M  dan diangkat menjadi nabi pada tahun 28M.
24. Nabi Isa bin Maryam binti Imran dari keturunan Sulaiman bin Daud
Diperkirakan hidup pada tahun 1SM-32M menjadi nabi pada tahun 29M.

Ada di antaranya dikisahkan berulang kali dan berbagai cabaran yang diterima oleh nabi-nabi sehingga ada yang dibunuh oleh umatnya.

25. Nabi Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib dari keturunan Ismail bin Ibrahim pada tahun 571M-632M

Begitu apabila tiba giliran Nabi Muhammad nabi terakhir. Tamadun manusia berkembang. Sudah tentulah iblis lebih licik kerana dia adalah musuh manusia yang dipanjangkan usianya yang telah membisikkan manusia dengan berbagai cara, sehinggakan manusia memujanya dan ada yang menyembahnya.

Iblis menentang Kekasih Allah dan Jelmaan sifat Iblis ke susuk TUBUH manusia telah ada sejak dari nabi Musa as lagi (tahun 1527-1408 SM).

Nama dajjal telah mula disebut dan diramal oleh nabi Muhammad menimpa kepada ummatnya di akhir zaman kelak.

Untuk mengkaji apa yang berlaku di akhir zaman kita perlu singkap sirah ar Rasul ini.



Bersambung ……2) ISTILAH-ISTILAH PEMIMPIN YANG ALLAH GUNAKAN SEBAGAI MEWAKILI PIMPINAN ALLAH.

No comments:

Post a Comment