Kuliah 7: Ketiga, ‘Aqaid (Akidah-akidah)
ثالثاً: الـعقـائــد
Perselisihan (Khilaf) di antara ulamak Islam, Sunnah dan Syiah, dan lain-lain sangat meluas. As-Sunnah berpecah kepada Muktazilah dan Asy'ari [93], dan para ulamak yang tidak sependapat di antara mereka mewujudkan firqah, dan mungkin pertikaian utama antara mazhab Islam berkisar kepada pemerintah dan kepimpinan agama dan keduniaan selepas Rasulullah (sawas) bagi umat ini.
Kemudian khilaf menyeret kepada perbezaan aqaid (akidah-akidah) lain yang disebabkan oleh Syiah yang merujuk akidah mereka kepada Aushiak (أوصياء - pemegang-pemegang wasiat) Rasulullah (sawas) al-Ma'sumin (as), dan As-Sunnah merujuk kepada dalil-dalil aqliyah (kesimpulan akal) seperti yang mereka dakwa, dan ditentang oleh akal (pendapat) puak lain.
Ia juga berlaku dalam masalah al-Jabbar (penguasaan) dan at-Tafwidl (penyerahan) yang terjadi di mana perbezaan pendapat antara Ash'ari dan Mu'tazilah yang telah dijawab oleh (keluarga) Aali Nabi (sawas) bahawa:
: (لا جبر ولا تفويض، ولكن أمر بين أمرين)
(Tidak Jabbar tidak tafwid (tidak hanya tertakluk pada Kuasa Khaliq atau penyerahan makhluk semata-mata), tetapi antara kedua perkara ) (tidak penguasaan tidak penyerahan, tetapi antara dua perkara ) [94].
Atau pada masalah kewujudan Al-Quran makhluk, yang digunakan pemerintah Kuffar Bani Abbas untuk menyelinap di dalam darah orang Islam dan membantu mereka pada sebahagian Imam-imam sesat pengikut Samiri. [95].
Maka datang ahli Quran Aali Nabi Al-Mustafa bahawa Al-Quran adalah Kalam Allah bukan lain daripada itu [96], untuk membolehkan orang ramai berfikiran ala syaitan yang menyesatkan dan sia-sia, sebaliknya hanya suka pada penampilan dan ketinggian untuk mencari gelaran dunia.
Juga terjadi perselisihan yang luas dalam Tauhid Al-Khaliq (Pencipta) Yang Maha Suci dan sifat-sifat -Nya, atau yang dikenali sebagai (Ilmu Kalam) itu.
Pada hakikatnya bahawa Ilmu Kalam hanyalah satu lagi bentuk falsafah pengembaraan (peripatetik) Yunani atau dalil-dalil (petunjuk-petunjuk), sesiapa yang mengikut falsafah Yunani purba tahu bahawa kedua-duanya adalah jalan utama, walaupun kedua-dua mencari kepada asal wujudnya:
Pertama: Inferensi (berdadasar iktibar –kesimpulan) . Atau apa yang dikenali sebagai “al-masyaei”, bergantung kepada dalil-dalil akal.
Kedua: Penyeliaan (pengawasan). Dan bergantung kepada sifat-sifat diri daripada akhlak (tabiat) buruk, dan dengan itu manusia layak untuk dialu-alukan untuk menerangi dirnya sendiri.
Sarjana Islam telah dipengaruhi oleh falsafah al-masyaei Yunani selepas menterjemahnya dan ditulis semula setiap perkiraan mengikut apa yang dia percaya (iktikadkan) . Dan mula menunjukkan apa yang dikenali sebagai (falsafah Islam al-masyaeiyah) atau (الاستدلالية – dalil-dalil akal), yang berasal dari Ilmu Kalam, yang mencari wujud Pencipta dan Tauhid dan sifat sifatNya. Dan mungkin digunakan untuk mencari Keadilan dan Akhirat dan nubuwah dan Imamah (kepimpanan) dan lain-lain .
Apa yang dipanggil (Ilmu Kalam) adalah membahaskan –keadaan wujud yang Maha mulia lagi Maha Suci, Maka biasanya dengan huruf Alif dan Lam membawa sifat-sifat, yang memungkinkan mereka mahu mengatakan bahawa ilmu ini menyelia kata-kata, dan wa Allahu a’lam .
Dan bagi Ilmu Kalam atau bagi ulamak Islam yang berjuang dalam falsafah Yunani memainkan peranan besar dalam permusuhan yang memecahkan orang-orang Islam, sehingga membuat tuduhan dengan mengkafirkan satu sama lain, dan setiap firqah telah menjadikan ulamak mendahului ayat-ayat Al-Quran mengikut hawa nafsu mereka untuk bersetuju dengan peraturan falsafah atau cara berfikir yang mereka percaya. Maka mereka jadikan diri mereka imam-imam (yang memimpin) Al-Kitab bukan Al-Kitab yang memimpin (mengimamkan) mereka, dan mendahului Al-Kitab selepas mendahului Al-‘Itarah [97], maka tersesatlah mereka..
Iaitu sesat selepas berpaling daripada wasiat Rasulullah (sawas) terhadap Hadits Tsaqalain (dua perkara berat) yang terkenal tetapi kaum tidak mempercayai kedua-duanya [98] ).
Sesungguhnya umat Islam telah menyia-nyiakan kebenaran yang nyata dan mengikuti mereka yang tidak berfaedah kepada mereka melainkan kerugian belaka kerana mereka tidak kembali kepada Rasulullah (sawas) dan pergantungan mereka pada dalil-dalil 3aqliyah (perbahasan) dan Falsafah Yunani atau Ilmu Kalam yang bersandarkan kepadanya dan yang berasal darinya, dengan itu dalam falsafah banyak yang menyesatkan dan banyak kesilapan-kesilapan dan perbahasan-perbahasan, dan kita katakan yang ia tidak akan berakhir, yang kebanyakannya tidak lebih daripada cakap-cakap yang sia-sia, dan tidak ketinggalan bahawa ia tidak berguna atau tidak memberi hasil kepada ilmu dan amal.
Dan kebenaran (al-haq) itu bukan dari kita - dan kita telah menanam benih-benih dalam kata-kata itu, dan tidak ramai daripada kita beruntung mempunya akal cemerlang selain dari mempunyai lindungan (bayangan) – bercakap mengenai Kebesaran Al-Haiy, Al-Qaiyum (Yang Hidup dan Berdiri dengan Sendiri) keadaan diriNya, melainkan dengan had-had yang dibawa di dalam Al-Quran dan Hadits Nabi (sawas) dan Keluarga SuciNya (as), adalah dari Allah SWT dan ucapannya (sawas) itu tiada lain hanyalah wahyu yang diwahyukan (kepadanya). Telah diberitahu maknanya oleh Mulla Sadra (rahimahu Allah) dalam Al-Syawahid Al-Rububiyah.
Dan supaya mereka mengetahui bahwasanya orang-orang berselisih (khilaf) adalah mereka yang mendakwa mereka berhujah dengan akal, jika mereka berakal pada hakikatnya apa yang hendak diperselisihkan; kerana akal itu satu, ia adalah hak yang utama dari anak Adam yang diperlukan untuk mencapainya, dengan akal dirinya akan mengenal Tuhannya, tidak semua yang berilmu menafikannya. Firman Yang Maha Tinggi:
﴿هُوَ الَّذِي خَلَقَكُمْ مِنْ تُرَابٍ ثُمَّ مِنْ نُطْفَةٍ ثُمَّ مِنْ عَلَقَةٍ ثُمَّ يُخْرِجُكُمْ طِفْلاً ثُمَّ لِتَبْلُغُوا أَشُدَّكُمْ ثُمَّ لِتَكُونُوا شُيُوخاً وَمِنْكُمْ مَنْ يُتَوَفَّى مِنْ قَبْلُ وَلِتَبْلُغُوا أَجَلاً مُسَمّىً وَلَعَلَّكُمْ تَعْقِلُونَ﴾
Dialah yang menciptakan kamu dari tanah kemudian dari setetes mani, sesudah itu dari segumpal darah, kemudian dilahirkannya kamu sebagai seorang anak, kemudian (kamu dibiarkan hidup) supaya kamu sampai kepada masa (dewasa), kemudian (dibiarkan kamu hidup lagi) sampai tua, di antara kamu ada yang diwafatkan sebelum itu. supaya kamu sampai kepada ajal yang ditentukan dan supaya kamu memahami(nya). [S Ghafir 40:67] [99].
Ada pun apa yang dikongsi oleh semua anak-anak Adam adalah bayangan fikiran, atau jiwa manusia bukanlah akal pada hakikatnya. Jiwa ini wujud dalam alam Malakut, dan ia adalah alam Mutanafiat (Penafian) sepenuhnya sama seperti alam syahadah, melainkan ia (alam syahadah) hanya benda semata-mata.
Kata Al-Mustafa (sawas) yang bermaksud: (Kalaulah Syaitan-syaitan tidak memperdulikan hati anak Adam, nescaya akan diperlihatkan kerajaan-kerajaan di Lelangit (al-Malakut al-Samawaat) [100], Iaitu jika anak Adam ikhlas kerana Allah nescaya akan diperlihatkan kerajaan-kerajaan di Lelangit (al-Malakut al-Samawaat), dan disebabkan yang menyahut merupakan cahaya akal, maka manusia mampu untuk mengenali banyak peraturan di alam benda-benda (dunia), dan mungkin sesuatu dari alam Malakut, tetapi tidak dapat untuk mengenal alam akal; kerana ia hanya mencapainya. Tidak akan mencapai hanya hamba yang ikhlas kerana Allah yang dijawab doanya (diterima) selepas itu ia pergi dan menanamkan di alam benda-benda (dunia) [101], apabila kita tahu bahawa mengenal kesilapan ini bagi orang-orang yang mendakwa akallah permulaannya bagi setiap anak-anak Adam, kemudian membuat undang-undang (mensyariatkan) selain Syariat Yang Maha Suci dari ayat-ayat kebesaran aqal, mahukah Pencipta kita mencipta alam aqal yang tidak suci selain muqarrabun),
﴿كَلَّا إِنَّ الْأِنْسَانَ لَيَطْغَى * أَنْ رَآهُ اسْتَغْنَى * إِنَّ إِلَى رَبِّكَ الرُّجْعَى﴾
Ketahuilah! Sesungguhnya manusia benar-benar melampaui batas, * karena dia melihat dirinya serba cukup.* Sesungguhnya hanya kepada Tuhanmulah kembali(mu). [Al-3alaq 96:6-8] [102],
Walaupun apa yang didakwa akalnya tidak lain selain bayang baginya dan bentuk rupanya yang berbeza-beza pada cermin yang menggambarkannya dan pada diri yang terbit padanya, dalam jiwanya terukirlah imej cermin tersebut, Amirul Mukminin Ali (as) berkata: (Dan akan bersungguh-sungguh dalam mensucikan bumi (dunia) ini dan menterbalikkan peribadi cerminan dan yang separuh itu sehingga keluar mutiara dari hasil yang digemarinya.) [103].
Dari sana, maka jika dipersetujui sepuluh perkara tertentu, maka yang tidak bersetuju pun sepuluh orang juga, walaupun mereka kembali (rujuk) kepada perbendaharaan Tauhid Muhammad dan Ali dan keluarga mereka (as) dan dan mempelajari kata-kata mereka secara perlahan dan cermat, supaya kata yang benar yang menjadikan Ilmu Kalam dalam Islam yang berdasarkan al-Quran dan Sunnah yang betul dari Nabi dan keluarga sucinya (sawas). Tiada apa yang salah dalam perbahasan (dalil-dalil) akal dengan bersandar dan mengenengahkan akidah (ajaran) Islam berasal dari Al-Quran dan Sunnah yang sahih.
Diriwayatkan bahawa Imam Al-Shadiq (as) berkata kepada Yunus bin Ya’qub "Aku mahu dari kamu wahai Yunus untuk melakukan yang lebih baik di dalam perbahasan.” Maka Yunus berkata kepadanya: “Aku jadi tebusanmu, aku mendengar tuan melarang perbahasan dan berkata, celakalah orang-orang . yang berbahas. Tuan telah berkata:. orang ini taat dan orang ini tidak taat, kepada orang ini mengikut dan orang ini tidak mengikut dan bahawa kami tidak boleh memahaminya.” Abu Abdillah (as) berkata: “dan aku katakan, celaka kepada mereka jika mereka meninggalkan kata-kataku dan melakukan perkara yang bertentangan dengannya.... “) [104].
Imam Shadiq (as) berkata: (Mereka berhujah dengan kata-kataku, maka sesungguhnya hujjaj kamu, maka akulah sebagai penghujjah.) [105].
Ash-Shadiq (as) berkata: (Sesiapa yang mengambil agamanya dari mulut seorang lelaki, lelaki itu boleh mengalihnya (mengubah), dan Sesiapa yang mengambil agamanya dari Al-Quran dan Sunnah gunung pun tidak boleh mengalihnya) [106].
Beliau (as) berkata: (Sesiapa yang bertaqlid , maka sesungguhnya dia ditipu dalam agama yang rosak binasa, sesungguhnya Allah Ta’ala berfirman:
﴿اتَّخَذُوا أَحْبَارَهُمْ وَرُهْبَانَهُمْ أَرْبَاباً مِنْ دُونِ اللَّهِ﴾
Mereka menjadikan orang-orang alimnya dan rahib-rahib mereka sebagai tuhan selain Allah [Surah Taubah 9:31] [107],
Maka demi Allah tiada apa pada solat bagi mereka, tidak juga puasa, tetapi kerana mereka menjatuhkan sendiri yang dilarang kepada mereka dan mereka mengharamkan yang halal, dan mereka bertaklid (meniru, menurut) pada yang diabdi atau disembah (yang menipu dan memalsukan) dan mereka tidak menyedarinya ) [108].
Beliau (as) berkata: (Sesiapa yang menjawab (menyahut) dari yang berbicara adalah hambanya, maka yang (menyahut) perbicaraan dari Allah akan menjadi hamba Allah, dan sesiapa yang (menyahut) perbicaraan dari syaitan menjadi hamba Syaitan) [109].
Adapun Irfan (Tasauf) dalam Islam, sebahagian mereka telah merujuknya kepada falsafah pencerahan Yunani, itulah Irfan yg difahami di sisi Syiah dan Sunni hari ini.
Dikatakan bahawa yang pertama sekali mengkaji tentang Irfan adalah Ibnu Arabi (Ibnu 3arabi) atau ulamak lain dari Ahlussunnah.
Hakikat Irfan (Tasauf) yang difahami mereka amat salah dan amat bercanggah, yang tidak seharusnya dilakukan oleh setiap orang yang ingin mendalami agama-agama Allah dan syariat-syariat dari langit. Ini kerana jalan Irfan atau beramal untuk mengenal Allah hanya didatangkan melalui para Nabi (alaihimu solatu wasalam). Bahkan ianya adalah fitrah yang ditetapkan dalam diri setiap insan, sebagaimana firmanNYA:
﴿سَنُرِيهِمْ آيَاتِنَا فِي الْآفَاقِ وَفِي أَنْفُسِهِمْ حَتَّى يَتَبَيَّنَ لَهُمْ أَنَّهُ الْحَقُّ﴾
“Kami akan perlihatkan kepada mereka tanda-tanda kekuasaan Kami di merata-rata tempat dan pada diri mereka sendiri, sehingga ternyata jelas kepada mereka sesungguhnya yang Haq (kebenaran) (Fussilat:53), [110]
Dan firmanNYA lagi:
﴿وَفِي الْأَرْضِ آيَاتٌ لِلْمُوقِنِينَ * وَفِي أَنْفُسِكُمْ أَفَلا تُبْصِرُونَ ﴾
”Dan pada bumi ada tanda-tanda bagi orang-orang yang yakin, * Dan juga pada diri kamu. Maka mengapa kamu tidak mahu melihat?” (Al Zariyyat: 20-21). [111]
Maka tanda-tanda itu ada dalam diri-diri yang menyucikan diri mereka. Dan pada alam yang terbentang luas ini bagi mereka yang ingin berdalilkan akal dan mensucikan diri mereka. Sepertimana Nabi (sawas) dan Aushiak (a.s) mengingatkan orang mukmin dalam banyak hadits tentang jalan ini dan kepentingan beramal dengannya, tanpa berkompromi dalam perlaksanaan syariat, samada ianya wajib, sunat, haram dan makruhnya. Itu adalah satu- satunya cara untuk sampai kepada Allah, dan bukannya dengan lafaz-lafaz, istilah-istilah dan kebohongan-kebohongan sebahagian mereka yg menulis tentang Irfan (Tasauf), yang mereka namakan mujahadah-mujahadah yang Allah tidak turunkan sebarang kuasa (hak) padanya.
Makrifat Allah hanya dapat disempurnakan dengan penyucian diri, dan penyucian diri tidak dapat disempurnakan melainkan dengan perlaksanaan syariat dan zuhud pada dunia, menginfakkan diri di jalan Allah dan menghias diri dengan akhlak yang mulia, kecintaan dan kebencian kerana Allah, bersusah payah pada zat Allah dan memusuhi orang-orang kafir serta munafik, dan berbelas ihsan sesama mukminin, sebagaimana firman Allah Taala:
﴿اللَّهُ نُورُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ مَثَلُ نُورِهِ كَمِشْكَاةٍ فِيهَا مِصْبَاحٌ الْمِصْبَاحُ فِي زُجَاجَةٍ الزُّجَاجَةُ كَأَنَّهَا كَوْكَبٌ دُرِّيٌّ يُوقَدُ مِنْ شَجَرَةٍ مُبَارَكَةٍ زَيْتُونَةٍ لا شَرْقِيَّةٍ وَلا غَرْبِيَّةٍ يَكَادُ زَيْتُهَا يُضِيءُ وَلَوْ لَمْ تَمْسَسْهُ نَارٌ نُورٌ عَلَى نُورٍ يَهْدِي اللَّهُ لِنُورِهِ مَنْ يَشَاءُ وَيَضْرِبُ اللَّهُ الْأَمْثَالَ لِلنَّاسِ وَاللَّهُ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ ﴾
”Allah Nur (yang menerangi) langit dan bumi. Bandingan nur (hidayat petunjuk) Allah adalah sebagai sebuah "misykaat" (relung cahaya) yang ada sebuah lampu; lampu itu dalam geluk kaca (qandil), geluk kaca itu pula (jernih terang) laksana bintang yang bersinar cemerlang; lampu itu dinyalakan dengan minyak dari pokok yang banyak manfaatnya, (iaitu) pokok zaitun yang bukan sahaja disinari matahari semasa naiknya dan bukan sahaja semasa turunnya; hampir-hampir minyaknya itu dengan sendirinya memancarkan cahaya bersinar walaupun ia tidak disentuh api; cahaya berlapis cahaya. Allah memimpin sesiapa yang dikehendakiNya kepada nur hidayatNya itu dan Allah mengemukakan berbagai-bagai misal perbandingan untuk umat manusia dan Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu." (Al Nur: 35).[112]
والحمد لله وحده،
Dan Segala puji tertentu bagi Allah semata-mata,
﴿وَيُحِقُّ اللَّهُ الْحَقَّ بِكَلِمَاتِهِ وَلَوْ كَرِهَ الْمُجْرِمُونَ﴾
“Dan Allah juga sentiasa menetapkan perkara yang benar dengan kalimah-kalimah perintahNya, walaupun dibenci oleh orang-orang yang melakukan dosa.” (Yunus: 82) [113]
No comments:
Post a Comment