Tuesday, 1 June 2021

Kuliah Ke 10 Penyelewengan Kelima: Membelakangkan Quran dan Sunnah

Kuliah Ke 10 

Penyelewengan Kelima: Membelakangkan Quran dan Sunnah

خامساً: الإعراض عن القرآن والسنة 


Apakah keadaan penyelewengan itu

 

·        Mereka membelakangkan Quran dan Sunnah,

·        sama ada kurang mempelajarinya,

·        kurang mentafsir dan kurang menghayati makna al-Qur'an

·        kurang (atau tidak) melihat (mencari) dalam al-Quran dan Sunnah Nabi dan keluarga ma'sumnya (sawas).

·        Tafsiran Al-Qurannya jauh dari riwayat ma'sumin (as) dan

·        menggunakan kaedah-kaedah tatabahasa dan falsafah tafsiran yang kebanyakannya berbaur khilafiyah tidak pernah dan tidak akan bebas dari percanggahan di dalamnya.

 

·        Apa lagi keadaan penyelewengan itu

 

o   Apabila mentafsirkan Al-Quran mengikut pendirian dan hawa nafsu peribadi,

o   kesemuanya adalah percubaan untuk membawa Al-Quran secara sesuka hati,

o   kerana dirinya menjadi penakut dan tunduk kepada taghut penzalim,

o   tidak didapatinya panggilan Al-Quran untuk berjihad terhadap penguasa zalim bagi umat ini;

o   tetapi dapati bahawa ketaatan mereka adalah wajib dan bertaqiyah tanpa sempadan.

o   Apa yang penting bagi mereka ialah untuk terus hidup,

o   tidak ada yang tinggal dengan Islam melainkan namanya!!

o   Kerana tunduk kepada hawa nafsu

o   Dia tidak terjumpa panggilan (seruan) dalam al-Quran untuk zuhud di dunia ini,

o   tetapi dia dapat seruan untuk memuaskan nafsu daripada kekayaan orang-orang Islam yang akan menyempurnakannya,

o   dan mereka berkata, “Siapakah yang (berani) mengharamkan perhiasan Allah.” 

o   Tidak pula akan mengatakan, “Sesungguhnya banyak di antara pendita-pendita dan ahli-ahli ugama  

o   atau ulamak yang tidak beramal dan pembantu mereka akan makan harta orang ramai secara batil.

 

·        Tetapi dia terus mengikut Iblis.

·        Iblis Imam orang-orang yang sombong

·        Dia tidak dapati dalam Al-Quran seruan untuk merendah diri,

·        bahkan dia dapat seruan untuk merendahkan orang-orang beriman,

·        dan menghina dan tidak menghormati mereka.

 

Apa pesanan Rasulullah (S) dan Aali Bait baginda (3alaihimu s-salam)

 

Oleh itu, mereka membawa Al-Quran mengikut keinginan mereka sendiri, dari panduan mengikut keinginan-keinginan, dan pendapat Quran:

 

كم مِن قارئ للقرآن والقرآن يَلْعَنَهُ 

(Berapa ramai dari pembaca Quran tetapi Al-Quran melaknatnya )  [114] seperti riwayat mereka (as).

 

قال أمير المؤمنين (ع) في وصف حال القائم مع هذه الأمة وعلمائها عند ظهوره: (يعطف الهوى على الهدى إذا عطفوا الهدى على الهوى، ويعطف الرأي على القران إذا عطفوا القرآن على الرأي)

 

Amirul Mukminin (as) dalam menyatakan keadaan Al-Qaim umat ini dan dan ulamak mereka ketika dia bangkit -:

(kemewahan (keinginan) bersesuaian dengan petunjuk,

apabila petunjuk bersesuaian dengan kemewahan (keinginan),

pendapat bersesuaian dengan Al-Quran apabila Al-Quran bersesuaian dengan pendapat) [115].

 

Berkata Al-Shadiq (as):

(Akal manusia tidak jauh dari Al-Quran ) [116].

 

Beliau (as) berkata:

(Sesiapa mentafsir menurut pendapatnya satu ayat dari kitab Allah telah kafir.) [117].

 

Beliau (as) berkata:

(Tidak bertentangan (menentang) seorang lelaki dengan sebahagian dari bahagian Al-Quran melainkan telah Kafir ) [118].

 

Beliau (as) berkata:

المُتشابِه ما اَشْتَبَهُ على جاهِلَه

(Al Mutasyaabih (kesamaran) adalah apa yang samar atas kejahilannya.) [119].

 

Abu Ja’far (as) berkata:

(Kami tetap teguh serta mendalam dalam bidang ilmu, kami tahu takwilannya (tafsirannya.)) [120].

 

Berkata Abu Abdillah (as):

(ditafsirkan Al-Quran menurut pendapatnya,

tidak merosakkan penggunaan,

kesilapan itu adalah satu dosa) ([ 121].

 

Kata Abu Jafar al-Baqir (as) berkata dalam satu perbualan dengan Qatadah, Qatadah telah terkhilaf dalam mentafsir ayat, beliau (as) berkata: (Celakalah Ya Qatadah, Sesungguhnya  Al-Quran tahu siapa yang membicarakannya ) [122].

 

Dan berkata Amirul Mukminin (as):

(Jangan sekali-kali mentafsir Al-Quran pada pendapat kamu walaupun difahamkan dari ulamak – iaitu Imam-imam (as )

– sesungguhnya Tuhan menurunkannya menyamai kata-kata manusia yang merupakan Kalam Allah

dan tidak boleh ditafsir (ditakwil)

dan tidak boleh disamakan dengan kata-kata manusia,

dan seperti mana tiada sesuatu pun dari ciptaanNya menyerupai Dia,

tidak sama perbuatanNya TWT sesuatu perbuatan manusia,

tidak akan sama sesuatu KalamNya dengan kata-kata manusia,

dan Kalam Allah TWT, adalah sifatNya,

dan kata-kata manusia perbuatan mereka ,

tidak sama Kalam Allah dengan kata-kata manusia yang akan binasa dan sesat ) [123].

 

Dan Imam Hussein (as) dalam suratnya kepada peduduk Basrah, berkata:

(Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Pengasih,

Ada pun kemudiannya, tidaklah merendah diri dan berbahas dalam Al-Quran tanpa ilmu,

bahawa aku telah mendengar datukku Rasulullah (sawas) bersabda:

sesiapa yang membicarakan dari al-Quran tanpa ilmu,

maka hendaklah dia mengambil tempatnya di neraka ) [124].

 

Ia bermaksud dengan ilmu dari Allah sebagaimana di sisi Al-Ma'sumin (as) atau yang diambil dari mereka.

 

Dan Imam Al-Ridha, dari bapanya, dari Amirul Mukminin (as), beliau berkata: (Rasulullah (sawas) bersabda,

Allah Jalla Jalalah berfirman: Tidak beriman denganKu sesiapa yang mentafsir dengan pendapatnya pada Kalam Ku,

dan tidak mengenal Ku sesiapa yang menyamakan Ku dengan ciptaanKu,

dan (tidak mengenal) atas agamaKu sesiapa yang mengamalkan qiyas (kias) dalam agamaKu) [125].

 

                           Ini penyelewengan

 

Rasulullah (sawas) bersabda:

(Sesungguhnya aku bimbang, umatku selepas ku atas tiga perkara;

·        iaitu yang mentakwil Al-Quran kepada selainnya,

·        atau mengikut orang berilmu (alim) yang tergelincir,

·        atau berlumba-lumba kepada harta kekayaan mereka sehingga melampau dan terpesona,

dan aku akan terangkan kepadamu jalan keluar daripadanya,

·        dan adapun Al-Quran diketahui dengan Muhkamah dan diimani pada Mutasyabihat,

·        dan adapun orang berilmu (alim) dan berhati-hatilah, jangan mengikut kesilapannya,

·        dan adapun harta kekayaan disyukuri nikmatnya itu, dan tunaikan haknya) [126].

 

Pentakwilan Al-Quran atau tafsirannya tidak ada yang mengetahuinya kecuali Allah dan orang-orang teguh serta mendalam ilmunya,

mereka adalah Muhammad dan keluarga Muhammad (sawas).

Bahawa Al-Quran sendiri mengatakannya, ayat-ayat Mutasyabihat dijelaskan dengan hadits-hadits mereka

supaya diketahui atas sebabnya dan daripada mereka,

telah diriwayatkan dari mereka (as) bahawa

tafsiran Al-Quran perlu dirujuk kepada hadits-hadits mereka.

Mereka (as) menuliskan laluan dan jalan yang lurus yang menerangkan ayat-ayat Kitab Suci Al-Quran Al-Karim.

Dengan mentafsirkannya atau menerangkannya, bahawa tidak boleh mengambil ringan jalan itu

supaya tidak tergelincir telapak kakinya terjerumus ke dalam al-Jahim (neraka),

bahkan jangan membuka peluang untuk mentafsirkannya oleh diri yang tidak suci.

Firman Yang Maha Tinggi:

﴿لا يَمَسُّهُ إِلَّا الْمُطَهَّرُونَ﴾

tidak menyentuhnya kecuali orang-orang yang disucikan. [Al-Waqi3ah 56:79]  [127]).

(Merekalah orang-orang yang disucikan adalah

إِنَّمَا يُرِيدُ اللَّهُ لِيُذْهِبَ عَنكُمُ الرِّجْسَ أَهْلَ الْبَيْتِ وَيُطَهِّرَكُمْ تَطْهِيرًا

Sesungguhnya Allah bermaksud hendak menghilangkan dosa dari kamu, hai ahlul bait dan mensucikan kamu sesuci-sucinya.


Adapun orang berilmu (alim) yang tergelincir;

karena sesungguhnya dia telah sesat dan menyesatkan pula umat yang mengikutnya,

seperti mana Samiri menysesatkan Bani Israel.

 

Adapun untuk harta kekayaan,

maka oleh kerana manusia yang kaya harta biasanya kurang memandang (tawajjuhnya) kepada Allah untuk meminta keperluan (hajat-hajat)nya),

﴿كَلَّا إِنَّ الْإِنْسَانَ لَيَطْغَى* أَنْ رَآهُ اسْتَغْنَى﴾

Ketahuilah! Sesungguhnya manusia benar-benar melampaui batas, * karena dia melihat dirinya serba cukup (kaya). [Al-3alaq 96:6-7] [128].

 

Tetapi apabila menjadi fakir (serba kurang)

dan menerima bala’ (ujian)

biasanya akan menyeru (berdoa) berpaling (bertawajjuhnya) kepada Allah dan rujuk kembali kepadaNya SWT.

 

Adapun pengubatan (rawatan) yang disaring (penapisan),

yang telah ditunjukkan kepadanya oleh Al-Mushthafa (sawas),

adalah sejauh mana imannya dengan ayat-ayat Mutasyabihat Al-Quran,

kerana sesungguhnya ia diturunkan Allah dan wajib ditafsir (ditakwil)

dengan merujuk kepada keluarga Muhammad (sawas).

Ayat-ayat Mutasyabihat Al-Kitab adalah Dalil-dalil Yang Agung

iaitu dalil-dalil dari Imam-imam mereka untuk umat ini,

dan Mungkin kerana dianggarkan banyak hukum-hukum pada hari ini

dan tiada pengetahuan halal dan haram;

memperkuat pernyataan betapa perlunya (berhajatkan) Penutup Aushiak, Al-Mahdi (as) .

 

Bagi para ulamak,

asas pemikiran mereka dan hal keadaan mereka, kerana mereka bukan maksumin (tidak sempurna),

dan mungkin pula mereka termasuk al-Samiri dan imam-imam sesat.

(tiada siapa dapat menentukannya sendiri – dan sejarah telah banyak membuktikannya)

Dan kamu boleh bertaklid dan menjadi orang yang buta 

kerana mengikuti orang yang menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal

maka jadilah kamu penyembahnya dan tidak kepada Allah.

 

Mereka (as) telah memberi amaran kepada ulamak yang tidak beramal

yang sedang berusaha menghancurkan hadits-hadits (riwayat) mereka (as)

dan meninggalkan puncak hembusan  angin yang terpecah ([ 129].

 

Untuk harta kekayaan,

maka bersyukurlah atas nikmat, dan tunaikanlah hak-haknya,

iaitu: dengan bertawajjuh berpaling kepada Allah, dengan beribadah dan taat,

dan gunakan harta kekayaan ini untuk menyokong agama dan meninggikan Kalimah [لا إله إلاّ الله] Tiada Tuhan Selain Allah, dan selebihnya kepada yang fakir-fakir.

 

Ini adalah penyelewengan yang paling penting (besar) kepada umat Islam dan pada keseluruhannya.

Ia adalah perkara biasa (tabi3i) untuk mempunyai sebahagian daripadanya mungkin juga kesemuanya disebabkan oleh perbuatan khianat,

yang bermaksud untuk menyesatkan manusia.

Ia adalah tabi’ei (fitrah) untuk terjadi dari syaitan-syaitan manusia dan hamba-hamba kepada abdi Iblis,

mungkin sebahagian daripada imam-imam ini yang menyeru kepada api (neraka)

dengan sangkaan bahawa mereka berbuat yang sebaik-baiknya.

                                           وَجَعَلْنَاهُمْ أَئِمَّةً يَدْعُونَ إِلَى النَّارِ ۖ وَيَوْمَ الْقِيَامَةِ لَا يُنصَرُونَ 

Dan Kami jadikan mereka pemimpin-pemimpin yang menyeru ke neraka dan pada hari kiamat mereka tidak akan ditolong. [Al-Qashash:41] 

 

 

 

 

 

✡✡✡✡✡

 

---------------------------------

[114] – Mustadrak Al-Wasa’il: Jilid 4 halaman 250 , Bihar Al-Anwar: Jilid 89 halaman 184, pada: (رب تال للقرآن والقرآن يلعنه).

[115] - Nahj Al-Balaghah, Muhammad Abduh: Jilid 2 halaman 21 , Bihar Al-Anwar: Jilid 31halaman 549.

[116] - Tafsir Al-3iyasyi: Jilid 1 halaman 18, Mustadrak Al-Wasa’il: Jilid 17 halaman 335 , Bihar Al-Anwar: Jilid 89 halaman 111.

[117] - Tafsir Al-3iyasyi: Jilid 1 halaman 18, Wasa’il Syi3ah: Jilid 27 halaman 60 , Bihar Al-Anwar Jilid 89 halaman 111.

[118] – Tsawab Al-A3mal: halaman 280, Bihar Al-Anwar: Jilid 89 halaman 390.

[119] - Tafsir Al-3iyasyi: Jilid 1 halaman 12 , Bihar Al-Anwar: Jilid 66 halaman 93 , Mizan Al-7ikmah: Jilid 3 halaman 2534 .

[120] – Bashair Al-Darajat: halaman 224, Al-Kafi: Jilid 1 halaman 213, dan diriwayatkan daripada Al-Shadiq (as) . Dan juga Wasa’il Syi3ah: Jilid 27 halaman 179 dari (as) , Bihar Al-Anwar: Jilid 23 halaman 199.

[121] - Tafsir Al-3iyasyi: Jilid 1 halaman 17, Mustadrak Al-Wasa’il: Jilid 17 halaman 337, Bihar Al-Anwar: Jilid 89 halaman 110.

[122] – Al-Kafi: Jilid 8 halaman 312, Wasa’il Syi3ah: Jilid 27 halaman 185, Bihar Al-Anwar: Jilid 24 halaman 238.

[123] - Tauhid Al-Shaduq: halaman 265, Mustadrak Al-Wasa’il: Jilid 17 halaman 326,Bihar Al-Anwar: Jilid 3 halaman 69 , Bihar Al-Anwar: Jilid 8 halaman 107.

[124] – Tauhid Al-Shaduq: 50 , Wasa’il Syi3ah: Jilid 27 halaman 189 , Bihar Al-Anwar: Jilid 3 halaman 223.

[125] – 3amaliy Al-Shaduq: halaman 55, Wasa’il Syi3ah: Jilid 23 halaman 45, Al-I7tihijaj: Jilid 2 halaman 191, Bihar Al-Anwar: Jilid 2 halaman 297.

[126] – Al-Khishal Al-Shaduq: halaman 164 , Bihar Al-Anwar: Jilid 2 halaman 42, Mi3dan Al-Jauhar, Al-Karajiki: halaman 31.

[127] – Al-Waqi3ah: 79.

[128] – Al-3alaq: 6-7.

[129] - Mereka (as) menunjukkan apa yang diriwayatkan dari datuk mereka Amirul Mukminin (as), diriwayatkan dari Sheikh al-Kulayni Amirul Mukminin (as), beliau berkata:

 

(Bahawa ciptaan yang paling dibenci Allah Azza wa Jalla adalah dua jenis lelaki. Seorang lelaki yang Allah telah membiarkan semua untuk dirinya sendiri dan dia menyimpang dari jalan keadilan dan sangat tertarik ke arah kata-kata bidaah. Dia seolah-olah ahli dalam melaksanakan puasa dan solat tetapi adalah pemfitnah untuk menipu manusia, dia telah sesat dari hidayah kepada orang mengelirukan mereka yang mungkin mengikutinya dalam hidupnya dan selepas kematiannya, dia memikul dosa-dosa orang lain. dan menggadai dosanya sendiri.

 

 

Dan seorang lagi (kedua) yang mengumpul kejahilan orang yang jahil, yang juga seorang tawanan kesamaran fitnah,.orang-orang yang dipanggil dan yang kelihatan seperti seorang alim tetapi beliau tidak sedemikian walaupun untuk satu hari satu malam. Yang telah membuat satu usaha awal untuk memperbanyak, yang menunjukkan bahawa sedikit adalah lebih baik daripada banyak dan dengan cara ini dia telah memadamkan dirinya dengan air yang tercemar dan telah menghargai apa yang tidak berguna. Dia duduk di kalangan manusia sebagai hakim untuk menjalankan tanggungjawab yang mengelirukan dan tidak menentu kepada orang lain. Dia juga boleh menentang keputusan hakim itu di hadapannya, tiada siapa yang boleh mengatakan sama ada penghakimannya akan kekal sah atau hakim selepas dia akan mengubahnya seperti yang telah dilakukan kepada penghakiman hakim-hakim sebelumnya. Jika ia akan menghadapi salah satu masalah yang berat dan sukar dia datang dengan satu timbunan pendapat peribadinya dan kemudian dia membentuknya sebagai suatu penghakiman yang jelas. Malah, dirinya telah berpakaian dengan perkara ragu-ragu seperti sarang labah-labah yang rapuh. Dia tidak pasti jika dia telah melakukan perkara yang betul atau yang salah. Dia tidak pertimbangkan kebenaran bahawa di dalam masalah yang tidak diketahui mempunyai ilmu yang diperlukan dan tidak melihat bahawa di sebalik pendapatnya terdapat aliran mazhab. Dia bandingkan suatu perkara kepada perkara yang lain tetapi bukan perkara asal, tiada masalah jika pendapatnya akan berubah menjadi satu pembohongan. Jika masalah buntu (tidak diketahui) kepadanya dia menyembunyikannya untuk menyembunyikan kejahilannya jadi orang ramai tidak akan berkata dia tidak tahu. Dia kemudiannya memutuskan dengan berani dan itulah kunci kepada bahaya, seorang penunggang keraguan, bingung dalam kejahilan dan tidak pernah kesal oleh kekurangannya. Tahap pengetahuannya tidak pernah naik untuk mencapai keyakinan, supaya dia akan mendapat manfaat. Dia mengeluarkan Hadith seperti menghembuskan rumput kering. Warisan menangis kerananya, darah-darah (hukuman pembunuhan) menjerit terhadapnya. Hubungan perkahwinan yang sah diharamkan kerana penghakimannya dan yang menyalahi hukum menjadi sah. Dia tidak mempunyai keyakinan dalam masalah penghakiman, penghakimannya tidak boleh dipercayai, dia boleh melakukannya tetapi tidak layak, atas apa yang mungkin telah dilakukannya dalam kebanyakan perkara yang didakwanya, dia mempunyai pengetahuan yang benar.") Al-Kafi Jilid 1 halaman 55, telah disebut (as) dalam perbahasan mencari bukti kepada keperluan untuk menghentikan fatwa pada halaman 36 .

No comments:

Post a Comment