Thursday, 4 July 2013

Hadis dan tanda tepat Kedatangan Mahdi bhg 4



Video Ketibaan Mahdi Bhg 4
DI AKHIR RENCANA

Tangan yang muncul dari langit ada tanda-tanda kezuhuran Mahdi a.s.

1.       Dari kitab-kitab-kitab Sunnah, berikut adalah beberapa riwayat yang membuktikan tanda-tanda ini.
Dari Asma’ bintu Umais: “Alamat untuk hari itu (merujuk kepada waktu zuhur Mahdi a.s.) Sebuah tangan yang melintang di langit dan manusia beralih untuk meihatnya” ‘Mahdi Di Akhir Zaman’ oleh al Din al Muttaqi halaman 69.

2.       Sebuah riwayat dari kitab yang sama di halaman 51.
“Dan pada waktu itu” merujuk kepada kezuhuran Mahdi a.s “Sebuah tangan akan dilihat dan muncul di langit.”

3.       Dari riwayat ketiga dari kitab “Ringkasan Hadis Alamat Mahdi Yang Dinanti” Tulisan Ibn Hajar al Maki halaman 35:
Peperangan dan perselisihan akan berterusan sehingga muncul tangan di langit dan suara menjerit, “Imam kamu adakah Mahdi” 

Dan tanda di hari itu adalah tangan yang muncul di langit dan manusia memandang ke arahnya untuk meihatnya.
                      
Dan juga di dalam kitab Syiah, contohnya dalam kitab Al Ghaybah al Nu’mani, halaman 252:

1.       Dari Abdullah Ibn Sinan yang berkata, Abu Abdullah a.s. bersabda:”Saihah (jeritan) adalah tidak dapat dielakkan. Kedatangan Sufyani tidak dapat dielakkan dan kedatangan Yamani tidak dapat dielakkan dan pembunuhan Nafs Zakiyyah tidak dapat dielakkan dan tangan yang muncul di langit tidak dapat dielakkan. Dan ketakutan yang terjadi dalam bulan Ramadan yang mengejutkan yang tertidur dan menakutKan yang terjaga. Dan ia membangunkan gadis kecil yang pengsan.

2.       Di dalam kitab Manaqib al Itrra” 250 Tanda-tanda, di halaman 130, wujud sebuah riwayat dari Nabi saw:
“Celakalah ke atas umat ku dari Syura Besar dan Syura Kecil. Jadi kami bertanya tentangnya dan baginda menjawab: “Berkenaan Syura Besar, ia akan berlaku di tanah ku, selepas pemergian ku demi untuk mencuri kekhalifahan dari saudara ku dan hak anak perempuan ku. Dan Berkenaan Syura Kecil akan berlaku Ghaibat Kubra di Zawra’ (Baghdad) demi untuk mengubah Sunnah ku dan Undang-undang ku.
Iaitu Sistem undian dan demokrasi yang dilaksanakan selepas perang Iraq.



3.       Di dalam kitab Malahem wal Fitan, halaman 134,
Amirul Mukminin a.s. berkata: “Dan Pemerintahan akan pulang ke Zawra’ (Baghdad) dan urusan ini akan kembali ke Syura (pilihanraya). Sesiapa yang menang di dalam sesuatu (pilihanraya) akan melakukannya (memerintah). Maka selepasnya akan muncul Sufyani, berada di muka bumi selama 9 bulan, memenuhi dengan siksaan yang teruk. Sehinggalah kemunculan Mahdi Al Hadi yang mengambil panji dari Isa ibn Mariam.

4.       Dan dalam kitab Bisharatul Islam, halaman 104, ada sebuah riwayat Amirul Mukminin Ali a.s. berkata:
“Apabila loceng besar berbunyi” sehingga beliau berkata: “Dan panji diberikan kepada pembesar Kurdan, orang Kurdis yang senior dari mereka akan memerintah. Maka nantikan kemnculan orang yang bercakap dengan Musa di pergunungan.

5.       Dan juga disebutkan di dalam kitab Bayan al Aimmah, bahagian ketiga halaman 513:
Beberapa ulama Syariya menulis tentang alamat dan di antara mereka adalah Syeikh Mohy al Deen dan ini adalah satu kumpulan dari mereka yang berkata:
“Dan tentera Turk akan bergerak sehinggalah mereka sampai ke Jerusalam dengan berjalan kaki. Dan Kurdis akan memerintah Baghdad dan kawasannya sehingga Khurasan, kerana maruah, bukan Iraq. Dan seruan agung akan datang, dan tiada siapa terlepas darinya, walaupun mereka yang masih lagi memerintah.



Sayyed Al Sadr (seorang ulamak disegani di Iraq) berpidato, sebelum pembunuhannya, semoga Allah merahmati beliau:
“Dan sekarang, kita mempunyai banyak berita bahawa Amerika telah menubuhkan sejak beberapa tahun, mungkin 10 tahun yang lepas, Apa yang dikenali sebagai ‘Pasukan Serangan Khas’ dalam menantikan kezuhuran Mahdi, bukan atas yang lain! Pasukan ini telah masuk campur dalam perang Teluk dengan tentera mereka, demi menanti kezuhuran Mahdi, dan tanpa ragu, Amerika mempunyai maklumat yang sangat banyak tentang Mahdi di Pentagon, apa sahaja yang mampu dicari oleh mereka ke tahap dikatakan, satu-satunya fail yang tiada adalah gambar, dan sudah tentu, ia tiada. dan tanpa ragu, Penganalisa Politik mereka menganggao kemunculan Imam Mahdi sebagai satu perubahan social yang paling penting, yang dapat berlaku di Muslim Timur. Sudah tentu, dengan tahap kesukaran semua perkara ini, adalah hikmah Ketuhanan untuk menyembunyikan masa Kezuhuran Mahdi dan menjadikan waktu satu misteri, dengan izin Allah.

Kata-kata beliau adalh satu tanda, atau ramalan tentang rancanagan Amerika untuk menakluk Iraq, beberapa tahaun sebelum ianya benar-benar terjadi. Dan beliau menyatakan dengan jelas dalam ucapannya akan sebab sebenar mengapa Amerika terdesak untuk datang menyerang dan menakluk Iraq beberapa tahun selepasnya. Sebabnya bukanlah untuk memusnahkan apa sahaja senjata pemusnah atau senjata nuklear. Dan bukanlah juga untuk menyebarkan demokrasi di Iraq atau kebebasan seperti yang diucapkan oleh sesetengah ahli politik.




LIHAT Video Ketibaan Mahdi Bhg 4









Wednesday, 3 July 2013

Kematian Raja Abdullah



'
بسم الله الرحمن الرحيم
والحمد لله …

اللهم صل على محمد وال محمد وسلم تسليما

Sila lihat Video ini





Di dalam Kitab kaum Muslimin, Sunnah dan Syiah, kita mempunyai riwayat yang memberitahu kita bahawa kematian Abdullah adalah satu tanda besar… Kemunculan Mahdi atau Qaim a.s.
Di dalam kitab ‘250 Tanda-tanda’, di bawah Tanda-tanda’ ke 88, bertajuk ‘Pemerintahan Hijaz’,

يحكم الحجاز رجل اسمه اسم حيوان إذا رأيته حسبت في عينه الحول من بعيد، وإذا اقتربت منه لا ترى في عينه شيئا، يخلفه أخ له اسمه عبدالله، ويل لشيعتنا منه -أعادها ثلاثا- بشروني بموته أبشركم بظهور الحجة


Telah diriwayatkan dari Musnad Ahmad bahawa Nabi saw bersabda: “Seorang lelaki akan memerintah Hijaz (Semenanjung Arab=Saudi Arabia) yang mana, namanya adalah haiwan, jika kamu melihatnya dari jauh, kamu akan menjangka beliau bermata juling. Namun jika kamu mendekati beliau, tiada apa pada matanya. Beliau akan digantikan adiknya Abdullah. Celakalah Syiah kamu darinya!” Dan Baginda saw mengulanginya tiga kali. “Berikan aku berita gembira kematiannya dan aku akan berikan kamu berita gembira kezuhuran Al Qaim.”


Dan dari Imam Al Sadiq as di dalam ‘Al Bihar’ Jilid 52 halaman 210:


“Dan tidak akan datang korupsi/kerosakan dari pemerintahan bani sekian dan sekian sehinggalah dua pedang dari Bani fulan dan fulan bercanggahan dan apabila bercanggahan, maka di situlah bermulanya kerosakan di dalam pemerintahan mereka.




عن أبي بصير ، قال : سمعت أبا عبدا لله يعني الإمام الصادق عليه السلام  قال :من يضمن لي موت عبد الله أضمن له القائم . ثم قال: إذا مات عبد الله لم يجتمع الناس بعده على أحد ، ولم يتناهَ هذا الأمر دون صاحبكم إن شاء الله . ويذهب ملك السنين، ويصير ملك الشهور والأيام . فقلت : يطول ذلك ؟ قال : كلا


Dan dari Abu Basir yang mendengar dari Abu Abdullah a bersabda: “Barang siapa yang menjamin untuk ku kematian Abdullah maka aku akan menjamin untuknya kemunculan Qaim. Kemudian beliau bersabda: “Jika Abdullah meninggal, manusia tidak akan sepakat dengan sesiapa selepasnya. Dan urusan ini tidak akan berakhir tanpa kepulangan sahib (Al Mahdi) kamu, InsyaAllah. Pemerintahan bertahun akan pergi dan pemerintahan bulanan dan harian akan dating. Jadi aku bertanya: Apakah itu akan berlangsung lama?”  Beliau as menjawab , “Tidak akan lama?” : 

Dan di dalam kitab “Orang Yang Mempersiapkan Jalan Untuk Imam Mahdi” terdapat riwayat dari Imam Al Baqir as:

“Seorang bodoh akan mati dari Bani fulan dan fulan,. Sebab kematian beliau adalah kerana hubungan seksual beliau dengan seorang Eunuch (lelaki yang dikasi). Eunuch akan bangkit dan membunuh beliau dan kematiannya akan disembunyikan selama 40 hari. Dan apabila penunggang kuda keluar mencari Eunuch itu, yang pertama dari mereka tidak akan pulang melainkan mendapati pemerintahan mereka sudah hilang.

Ciri-ciri ini di dalam riwayat ini, bukankah sangat menepati cirri-ciri Raja Fahd?


Bekas Raja Saudi, namanya adalah nama haiwan, dan dari jauh matanya seolah-seolah juling… dan tiada masalah dengannya dari dekat. Tidak mudah bagi semua cirri-ciri ini untuk berkumpul di dalam seorang, dan tambahan pula, selepas, adiknya yang bernama Abdullah memerintah. Jadi jika ianya benar, maka tidak tinggal apa pun dari riwayat ini kecuali berita kematian Abdullah.!!!





Apakah Imam Mahdi Sudah Muncul??!!




Tuesday, 2 July 2013

Tanda Tepat Yang Telah Berlaku Menandakan Telah Zuhurnya Imam Mahdi (Bhg 2)


Tanda Tepat Yang Telah Berlaku Menandakan Telah Zuhurnya Imam Mahdi (Bhg 2)




Di dalam Kitab Mu’jam Ahadith Imam Mahdi (AS), pada hadis no 659. Ia sebuah hadis yang panjang, “ Maka Mahdi dari keturunanku akan datang dan beliau akan bersolat ke arah Qiblat datuknya Nabi (saw).  Mereka semua akan maju (Mahdi dan para sahabatnya.) Dan disebutkan akan muncul perang antara beliau dan Dajjal, dan disebutkan mereka akan membunuh tentera Dajjal dari awal ke akhir.
Maka di dalam hadis, disebutkan bahawa Dajjal mempunyai tentera yang akan dibunuh oleh Mahdi as dan para sahabatnya. pada hadis no 427 di dalam Kitab yang sama, Mu’jam Ahadith Imam Mahdi (AS),  Diriwayatkan bahawa: “Dajjal akan mendarat di kuz dan karman, bersama 80,000.” Tanpa ragu, 80,000 ini adalah sebahagian dari tentera Dajjal. Bermakna mereka mungkin lebih baik dari kumpulan yang berada Jerusalam.

Terlalu banyak bukti tentang kemuculan dajjal dan kegiatan mereka mempengaruhi dunia dan boleh di katakan hampir semua penduduk dunia dapat dipengaruhinya. Pada tahun 2008 dua orang anak muda Islam di Amerika telah membuat siri video bertajuk ‘The Arrivals’ membongkar kegiatan dajjal ini. Video ini mendapat seluruh dunia dan masih boleh dilihat di YouTube di Internet.

Imam Ali juga menyebutkan dalam hadis, semasa menyebut tanda sebelum kemunculan Al Qaim (Imam Mahdi as) menyatakan, “Kaum Rom mengalahkan kaum Sham dan orang-orang Armenia adalah yang beroleh kejayaan.” Dan berteriaknya penjerit di Iraq, di situlah muncul bendera Dajjal terlaknat (bendera Amerika – perang Iraq).

Kemudian beliau menyebutkan kemunculan Qaim as, hal 29 – Mu’jam Ahadith Imam Al Mahdi. Sangat jelas nyhata bendera itu adalah symbol Negara, yang menunjukkan sifat jahat mereka. Dan teriakan dari Iraq adalah kemunculan bendera dajjal, yang jelas merujuk kepada penjajahan Amerika di Iraq. Ini menjadi semakin jelas di dalam hadis yang menyebut kemasukan Dajjal ke Iraq melalui pergunungan Sanam, Basrah.
Ini berdasarkan hadis Nabi saw dalam Kitab Mu’jam Ahadith Imam Mahdi (AS), halaman 63 dan juga dalam kitab al Fitan tulisan Ibnu Hamad:

Baginda bersabda, “Tempat pertama yang menerima ketibaan Dajjal adalah Sanam, dan ia adalah pergunungan berhampiran Basrah, iaitu tempat pertama dimasuki Dajjal.”
Dan fakta yang diketahui adalah tentera Amerika memasuji Iraq (Perang Teluk - Saddam) melalui Kuwait, dari pergunungan yang disebutkan.

Macam mana pun, kita sedang hidup di zaman kezuhuran (Imam Mahdi), dan kita sedang melihat penjajahan Iraq oleh Amerika, Dajjal Besar di hadapan mata kita sendiri. Dan dengan mengetahui polisi Amerika, ia memberi kita peluang yang jarang diperolehi untuk memahami simbol-simbol yang menjadi ciri-ciri Dajjal yang disebutkan…

Dajjal bermata satu gambar di dalam mata wang kertas Amerika. Dan bagaimana ia datang dengan segunung roti atau makanan dan segunung api. Langkah keldainya adalah beberapa batu… (kepantasan kenderaan) Antara telinganya adalah beberapa batu…(perisikannya)  di dahinya tertulis ‘kafir’… Ia akan menyeru kepada kalangan mereka, “Datanglah kepada ku wahai yang terpilih: Aku adalah Tuhan mu yang maha tinggi …..

Bermacam-macam lagi kata-kata Bush (Pres. Amerika ketika serangan Iraq) kononnya demi arahan Tuhan.

Sunday, 30 June 2013

Tanda Tepat Yang Telah Berlaku Menandakan Telah Zuhurnya Imam Mahdi (Bhg 1)

Kedatangan Mahadi Bhg 1






Syed Ammar: Bilal merupakan salah seorang dari sahabat nabi saw yang paling terkenal. Apabila beliau dibebaskan, beliau telah menduduki antara kedudukan tertinggi di sisi Nabi Allah. Mengapa? Kerana beliau adalah Mu'azzin. Apabila beliau dilantik sebagai Mu’azzin, ia adalah tamparan besar kepada Arab, kenapa? Kerana beliau adalah hamba berkulit hitam, dan kini hamba ini menjadi seorang ketua.
Kitab: Maza Qala Ali fi Akhiruz Zaman (Apa yang dikatakan Imam Ali tentang Akhir Zaman), Halaman 385,

Imam Ali as menyebut: “Imam Mahdi dalam hadis yang panjang. Beliau berkata: Dan urusan Muhammad fitinggikan oleh Allah swt dan Bilal akan keluar di dalam lima puluh bintang, bintang ini bukan di langit, tetapi di daratan. Namun bintang Bani Israel yang dilukis di garisan perisai menenggelamkan mereka semua, waktu yang dijanjikan berakhir untuk mereka yang mana mereka membahayakan muka-muka Arab. Dan seterusnya Ummah yang mengingkari Nabinya dan memadam cahaya dengan tangan mereka sendiri, kini menangis

Kenyataan Barack Obama mengenai, campurtangan pergolakan Mesir, Libya Syiria  dan hasrat memadamkan Iran.
Bagi pihak dajjal Amerika …..dengan Order Baru Dunia (New World Order)  

Dalam sebuah hadis,
Imam al Baqir as: Sesungguhnya Allah mempunyai perbendaharaan di Taliqan (sebuah kawasan di Iran). Ia bukan emas atau perak, tetapi 12,000 orang dari Khurasan yang mana moto mereka adalah: Ahmad! Ahmad!  Dan mereka di pimpin oleh seorang pemuda dari Bani Hashem
Di saat itu mengapakah media Amerika bertalu-talu cuba menunjukkan Imam Mahdi kaum Muslimin yang didanjikan sebagai Dajjal?
Filem Hollywood banyak menunjukkan Presiden berkulit hitam di dalam sebarang filem bertema kiamat?    
Apa yang cuba disampaikan oleh Hollywood? Filem-filem bertajuk  ‘The Event’, Deep Impact, dan 2012

Sedutan dari filem 2012:

“Seperti yang kamu ketahui, bencana telah melanda Negara kita, melanda seluruh dunia”…
………
Perkataan Imam Ali tentang Akhir Zaman, hal 381:

”Dan dengan sebuah kaum yang di gelar Aztecs, Mahdi akan mempunyai panji petunjuk. Dan beliau akan pergi ke Lembah Garam, dan ke Amerika Tengah, dan mereka ramai di zaman itu”.


Kejatuhan Muhammad Hosni Mubarak dari kata-kata Imam Ali as, “Sahib al Misr (Sahabat Mesir) adalah dari alamat dan alamatnya sangat menakjubkan. Hatinya adalah ‘Hassan’, kepalanya adalah Muhammad, dan beliau menukar nama datuknya. Jika beliau dikeluarkan, maka ketahuilah Mahdi akan mengetuk pintu rumah kamu. Jadi sebelum beliau mengetuk, terbanglah kepadanya di dalam awan. Atau datanglah kepadanya walaupun terpaksa merangkak di atas salju.

Kitab: Maza Qala Ali fi Akhiruz Zaman halaman 330.

Dan adalah di ketahui bahawa pemimpin Mesir bernama Muhammad Hosni Mubarak, dan beliau menukar nama datuknya dari Syed kepada Mubarak dan Hatinya adalah ‘Hassan’ merujuk kepada ‘hati’ untuk nama tengahnya, Hosni, dan nama kepalanya (pangkal) adalah Muhammad.
Video The Arrived ini ada 40 bahagian, menceritakan kedatangan Imam Mahdi yang dijanjikan






Saturday, 29 June 2013

PUAS DAN YAKIN MENGHADAP ILAHI





Tidak kira apa jenis apa Islam kita, cuba pilih mana satu status Islam kita (status-status):



1.       Aku Islam baka sebab aku ikut apa yang ibu bapaku suruh.
2.       Aku faham Islam sikit-sikit, sebab aku ada belajar agama di sekolah
3.       Aku faham Islam, aku memondok (belajar di pondok)
4.       Aku faham Islam aku ikut Tarekat Naqsabandiah/Qadiriah/Chistiah/Samaniah/……..
5.       Aku aku ada ijazah/sarjana/kedoktoran Islam …….. syariah/Usuluddin/Tasawuf/Sejarah/Tasawwur … …. Islam ….
6.       Aku ASWJ…Hanafi/Maliki/Syafie/hambali
7.       Aku Salafi/Wahabi
8.       Aku pejuang Islam melalui Umno Wasatiah/Pas/Keadilan/Abim/…..
9.       Aku Syiah Jaafariah/Ithna Asyara/Ahlul Bait/…
10.   Aku pecinta Islam mana salah aku nasihatkan
11.   Aku ….
12.   Ak….
13.   A…….

Status Umat Islam Hari Ini amat membanggakan. 2 billion dari pada 7 billion kurang dari satu pertiga penduduk dunia.

Ada yang saling menghormati saudara seIslam, SeIman ………………
Tak kurang yang bertegang leher, bertegang pena, malah bertegang pedang atas nama kebenaran masing-masing….

Ketika runtuh Khulafah Bani Uthmaniah ‘Abdul Majid II (tahun 1340-1342 H/1922-1924 M).  Umat Islam terkebil-kebil tidak bersisa.  Tiba-tiba muncul Negara Si Salman AlFarisi .... meledak Revolusi, Tertubuh Republik Islam .......... Ramai saudara Islam tumpang senyum dan bangga. Tetapi belum menjangkau separuh abad tak capai 3 dekad pun ... kita boikot barangan Iran kerana dia Syiah, Syiah bunuh Sunni Di Syiria...
Tuan-tuan .... Ada satu lagi titik persamaan untuk memadamkan Malapetaka Barah, dendam kesumat, ghariban, gharibah ini! Ada satu ada satu lagi formula pesan Wasiat ArRasul Allah Azza Wajaj. Untuk para Mustad’afin.

Walau dunia tinggal sehari sebelum kiamat akan Tuhan bangkitkan..........ALMAHDI !!!

Malangnya ada begitu ramai yang mengaku almahdi ..... akhirnya ALMAHDI juga dibenci.
Baik kita borong semua almahdi palsu, biar orang lain yang tunggu ALMAHDI kita nompang tui. Susah nak mengenal ALMAHDI, dengar-dengar kitab ilmuan ASWJ  sahaja ada 187 buah kitab menceritakan ALMAHDI, itu belum kitab syiah yang berbangga ALMAHDI dari ahli baitu ikutan mereka. Tak ada masa.
Ada yang cerdik sedikit berkata sahabat ALMAHDI hanya 313 dari seluruh dunia dan pengikutnya.10,000.
10,000/2,000,000,000 baru 0.0005% … payah kita. Belum dinisbahkan pada penduduk dunia.

Wallahu A’lam.

Wednesday, 26 June 2013

2) ISTILAH-ISTILAH PEMIMPIN YANG ALLAH GUNAKAN SEBAGAI MEWAKILI PIMPINAN ALLAH.

(ALLAHU  RAB AL ‘ALAMN - HAKIMIYATULLAH, AL MALIK MULK)




Sudah tentulah Allah telah melantik wakilnya menjalankan peraturannya, melalui utusan lantikanNya sejak dari zaman Adam lagi hingga Muhammad. Istilah-istilah yang terpapas di dalam quran

1. Istilah Khalifah:
                       
Peraturan Ilahi dalam mengenali Khalifah Allah SWT pada setiap zaman. Memandangkan peraturan ini diasaskan sendiri oleh Allah SWT pada hari pertama diciptakan Adam (as), ketikamana DIA berfirman: 

  
وَإِذۡ قَالَ رَبُّكَ لِلۡمَلَـٰٓٮِٕكَةِ إِنِّى جَاعِلٌ۬ فِى ٱلۡأَرۡضِ خَلِيفَةً۬‌ۖ قَالُوٓاْ أَتَجۡعَلُ فِيہَا مَن يُفۡسِدُ فِيہَا وَيَسۡفِكُ ٱلدِّمَآءَ وَنَحۡنُ نُسَبِّحُ بِحَمۡدِكَ وَنُقَدِّسُ لَكَ‌ۖ قَالَ إِنِّىٓ أَعۡلَمُ مَا لَا تَعۡلَمُونَ 


وَعَلَّمَ ءَادَمَ ٱلۡأَسۡمَآءَ كُلَّهَا ثُمَّ عَرَضَہُمۡ عَلَى ٱلۡمَلَـٰٓٮِٕكَةِ فَقَالَ أَنۢبِـُٔونِى بِأَسۡمَآءِ هَـٰٓؤُلَآءِ إِن كُنتُمۡ صَـٰدِقِينَ

قَالُواْ سُبۡحَـٰنَكَ لَا عِلۡمَ لَنَآ إِلَّا مَا عَلَّمۡتَنَآ‌ۖ إِنَّكَ أَنتَ ٱلۡعَلِيمُ ٱلۡحَكِيمُ

قَالَ يَـٰٓـَٔادَمُ أَنۢبِئۡهُم بِأَسۡمَآٮِٕہِمۡ‌ۖ فَلَمَّآ أَنۢبَأَهُم بِأَسۡمَآٮِٕہِمۡ قَالَ أَلَمۡ أَقُل لَّكُمۡ إِنِّىٓ أَعۡلَمُ غَيۡبَ ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضِ وَأَعۡلَمُ مَا تُبۡدُونَ وَمَا كُنتُمۡ تَكۡتُمُونَ

 وَإِذۡ قُلۡنَا لِلۡمَلَـٰٓٮِٕكَةِ ٱسۡجُدُواْ لِأَدَمَ فَسَجَدُوٓاْ إِلَّآ إِبۡلِيسَ أَبَىٰ وَٱسۡتَكۡبَرَ وَكَانَ مِنَ ٱلۡكَـٰفِرِينَ


Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi". Mereka berkata: "Mengapa Engkau hendak menjadikan [khalifah] di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?" Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui". (30) 

Dan Dia mengajarkan kepada Adam nama-nama seluruhnya, kemudian mengemukakannya kepada para Malaikat lalu berfirman: "Sebutkanlah kepada-Ku nama benda-benda itu jika kamu memang orang-orang yang benar!" (31) 

Mereka menjawab: "Maha Suci Engkau, tidak ada yang kami ketahui selain dari apa yang telah Engkau ajarkan kepada kami; sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. (32) 

Allah berfirman: "Hai Adam, beritahukanlah kepada mereka nama-nama ini". Maka setelah diberitahukannya kepada mereka nama-nama benda itu, Allah berfirman: "Bukankah sudah Ku katakan kepadamu, bahwa sesungguhnya Aku mengetahui rahsia langit dan bumi dan mengetahui apa yang kamu lahirkan dan apa yang kamu sembunyikan?" (33) 

Dan [ingatlah] ketika Kami berfirman kepada para malaikat: "Sujudlah kamu kepada Adam," maka sujudlah mereka kecuali Iblis; ia enggan dan takabur dan adalah ia termasuk golongan orang-orang yang kafir. (34)

Ada manusia mengatakan dan ramai yang beranggapan semua manusia adalah khalifah Allah di muka bumi ini pada hal khalifah Jawatan pemerintah yang dilantik Allah.
Sebab itu Allah tegaskan sekali lagi:

يَا دَاوُودُ إِنَّا جَعَلْنَاكَ خَلِيفَةً فِي الأرْضِ فَاحْكُمْ بَيْنَ النَّاسِ بِالْحَقِّ وَلَا تَتَّبِعِ الْهَوَىٰ فَيُضِلَّكَ عَنْ سَبِيلِ اللَّهِ ۚ إِنَّ الَّذِينَ يَضِلُّونَ عَنْ سَبِيلِ اللَّهِ لَهُمْ عَذَابٌ شَدِيدٌ بِمَا نَسُوا يَوْمَ الْحِسَابِ

“Wahai Daud, sesungguhnya Kami telah menjadikanmu khalifah di bumi, maka jalankanlah hukum di antara manusia dengan (hukum syariat) yang benar (yang diwahyukan kepadamu) dan janganlah engkau menurut hawa nafsu, kerana yang demikian itu akan menyesatkanmu dari jalan Allah” (surah al-Sad; ayat 26). 

2. Istliah Nabi dan Rasul memang dikhususkan untuk utusan yang menerima WAHYU Allah melalui Jibril.

3. Istilah Raja

فَهَزَمُوهُم بِإِذْنِ اللّهِ وَقَتَلَ دَاوُودُ جَالُوتَ وَآتَاهُ اللّهُ الْمُلْكَ وَالْحِكْمَةَ وَعَلَّمَهُ مِمَّا يَشَاءُ وَلَوْلاَ دَفْعُ اللّهِ النَّاسَ بَعْضَهُمْ بِبَعْضٍ لَّفَسَدَتِ الأَرْضُ وَلَـكِنَّ اللّهَ ذُو فَضْلٍ عَلَى الْعَالَمِينَ


Oleh sebab itu, mereka dapat mengalahkan tentera Jalut dengan izin Allah, dan Nabi Daud membunuh Jalut. Dan (sesudah itu) Allah memberikan kepadanya (Nabi Daud) kuasa pemerintahan, dan hikmat (pangkat kenabian) serta diajarkannya apa yang dikehendakiNya. Dan kalaulah Allah tidak menolak setengah manusia (yang ingkar dan derhaka) dengan setengahnya yang lain (yang beriman dan setia) nescaya rosak binasalah bumi ini; akan tetapi Allah sentiasa melimpah kurniaNya kepada sekalian alam.

4. Istilah Imam

 وَإِذِ ابْتَلَىٰ إِبْرَاهِيمَ رَبُّهُ بِكَلِمَاتٍ فَأَتَمَّهُنَّ ۖ قَالَ إِنِّي جَاعِلُكَ لِلنَّاسِ إِمَامًا ۖ قَالَ وَمِنْ ذُرِّيَّتِي ۖ قَالَ لَا يَنَالُ عَهْدِي الظَّالِمِينَ

Dan ingatlah ketika Ibrahim diuji oleh Tuhannya dengan beberapa kalimat lalu ia menyempumakannya. Tuhan berfirman kepadanya: "Aku angkat engkau sebagai imam bagi umat manusia." Ibrahim berkata: "Berikan pula kepada keturunanku". Tuhan berfirman: "Ketetapan-Ku ini tidak akan mengenai orang-orang zalim." (QS. 2:124)

Cukuplah empat istilah yang sudah tentu digunakan Allah bagi melantik wakilnya menjalankan peraturannya, melalui utusan lantikanNya sejak dari zaman Adam lagi hingga Muhammad. Utusan ini adalah utusan lantikan lantikan Allah.

Tetapi malang bagi umat Muhammad. Memandai sendiri dengan mengatakan Rasul wafat tidak meninggalkan WASIAT. Saya tidak mahu menyinggung mana-mana pihak. Tetapi bukalah minda anda. Benarkah Agama Islam yang dah lengkap diturunkan kepada Muhammad. Tiada penentu pengganti. Tiada syariat Allah pengganti nabi. Tiada siapa yang layak mengatakan demikian, walaupun dia para sahabat Rasul, walaupun dia jumhur ulamak, jika dia tidak diberi autoriti oleh Allah. Wasiat Pemimpin Hakimiyatullah. Pada mereka bersama rasul dan melihat dan mendengar Wasiat Rasul.
Dan lebih pelik peringkat khalifah awal tidak membenarkan umat Islam menulis hadis arRasul. Tetapi bila hadis-hadis dihimpun, hadis dan sirah mengenai peganti rasul tidak dapat disorok lagi. Tidak berguna lagi. Umat Islam telah berpecah. Umat Islam telah terbiasa memilih pemimpin  sendiri (Ketuanan Manusia) Masih tinggal sebahagian kecil yang masih inginkan Hakimiyatullah.(Ketuanan Allah),
Tempoh masa Adam hingga Isa dilahirkan ialah 5872 tahun dicampur 632 bersamaan dengan 6504 tahun adalah tempoh masa manusia ada khalifah, nabi, rasul, imam atau raja lantikan Allah (Hakimiyatullah – Divine Kingdom) Tiba-tiba (2000 - 632) 1368 tahun masihi atau 1434 – 10 tahun hijrah Nabi kita kecuali pengikut-pengikut Imam ahli keluarga Rasul, tidak mempunyai Pemimpin Hakimiyatullah.
Apa alasan kita pada Allah nanti. “Kami ikut ulamak kami ya Allah.”


اتَّخَذُوا أَحْبَارَهُمْ وَرُهْبَانَهُمْ أَرْبَابًا مِنْ دُونِ اللَّهِ وَالْمَسِيحَ ابْنَ مَرْيَمَ وَمَا أُمِرُوا إِلَّا لِيَعْبُدُوا إِلَٰهًا وَاحِدًا ۖ لَا إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ ۚ سُبْحَانَهُ عَمَّا يُشْرِكُونَ. يُرِيدُونَ أَنْ يُطْفِئُوا نُورَ اللَّهِ بِأَفْوَاهِهِمْ وَيَأْبَى اللَّهُ إِلَّا أَنْ يُتِمَّ نُورَهُ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُونَ  


Mereka menjadikan pendita-pendita dan Ahli-ahli ugama mereka sebagai pendidik-pendidik selain dari Allah, dan juga Al-Masih Ibni Maryam, padahal mereka tidak diperintahkan melainkan untuk menyembah Tuhan Yang Maha Esa; tiada Tuhan  melainkan dia. Maha suci Allah dari apa Yang mereka sekutukan. Mereka hendak memadamkan cahaya Allah (ugama Islam) Dengan mulut mereka, sedang Allah tidak menghendaki melainkan menyempurnakan cahayaNya, sekalipun orang-orang kafir tidak suka. Taubah 31 -32

Berbagai gelar yang meyakinkan. Berbagai cara diterapkan untuk memadam terus Hakimiyatullah. Berbagai pula cara untuk memburukan Syariat Hakimiyatullah ini sehingga menjadi barah yang tak terubat lagi.
Tetapi kebenaran Allah tak dapat ditutup. Aku sendiri hasil didikan bapaku dan pelbagai husnu dzan. Innamal mu’minuna ikhwah, ana akhu kum fi Islam, belasan tahun mencari dan mengenal musuh Islam dan persaudaraan Islam, sedikit demi sedikit cahaya Islam menerangi ku dengan inauah dan Hidayah Allah.


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا مَنْ يَرْتَدَّ مِنْكُمْ عَنْ دِينِهِ فَسَوْفَ يَأْتِي اللَّهُ بِقَوْمٍ يُحِبُّهُمْ وَيُحِبُّونَهُ أَذِلَّةٍ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ أَعِزَّةٍ عَلَى الْكَافِرِينَ يُجَاهِدُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَلَا يَخَافُونَ لَوْمَةَ لَائِمٍ ۚ ذَٰلِكَ فَضْلُ اللَّهِ يُؤْتِيهِ مَنْ يَشَاءُ ۚ وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ


Wahai orang-orang Yang beriman! sesiapa di antara kamu berpaling tadah dari ugamanya (jadi murtad), maka Allah akan mendatangkan suatu kaum Yang ia kasihkan mereka dan mereka juga kasihkan dia; mereka pula bersifat lemah-lembut terhadap orang-orang Yang beriman dan berlaku tegas gagah terhadap orang-orang kafir, mereka berjuang Dengan bersungguh-sungguh pada jalan Allah, dan mereka tidak takut kepada celaan orang Yang mencela. Yang demikian itu adalah limpah kurnia Allah Yang diberikanNya kepada sesiapa Yang dikehendakiNya; kerana Allah Maha Luas limpah kurniaNya, lagi meliputi pengetahuanNya.

Tahulah aku, musuh-musuh Allah sepanjang zaman.

Rasullullah pula menyatakan akan PENYELAMAT AKHIR ZAMAN Imam AlMahdi. Dengan ilmu yang terbatas, wang yang terbatas, bahasa yang terbatas dapat juga bayang-bayangan sifat Imam akhi zaman ini. Dan dunia tanpa sempadan pun muncul. Walaupun di Maya Kaca jaringan Telekomunikasi segalanya menjadi mudah. Cuma mesti pandai teropong hentian mana harus diteroka. Oh begini nikmat Allah, satu demi satu persoalan terungkai.


            وَمَنْ يُشَاقِقِ الرَّسُوْلَ مِنْ بَعْدِ مَا تَبَيَّنَ لَهُ الْهُدَى وَيَتَّبِعْ غَيْرَ سَبِيْلِ الْمُؤْمِنِيْنَ نُوَلِّهِ مَا تَوَلَّى وَنُصْلِهِ جَهَنَّمَ وَسَآءَتْ َصِيْرً


Dan barangsiapa yang menentang Rasul sesudah jelas kebenaran baginya, dan mengikuti jalan yang bukan jalan orang-orang mukmin, Kami biarkan ia leluasa terhadap kesesatan yang telah dikuasainya itu dan Kami masukkan ia ke dalam Jahannam, dan Jahannam itu seburuk-buruk tempat kembali. (QS. An-Nisaa : 115)


KESIMPULANNYA.


1.       Adam ada manusia pertama, Nabi, Rasul dan Khalifah Hakimiyatullah pertama Allah kepada kumpulan manusia pertama yang sentiasa berkembang biak.
2.       Sejak dari mula jawatan Khalifah diperebut oleh yang bukan berhak – menjadi Ketuanan Manusia.
3.       Silih berganti Nabil, Rasul dan Khalifah Hakimiyatullah silih berganti pula mereka yang merebutnya.
4.       Selama lebih kurang 6504 tahun tempoh masa manusia ada khalifah, nabi, rasul, imam atau raja lantikan Allah (Hakimiyatullah) walau kadangkala diingkari.
5.       Banyak pula Nabil, Rasul dan Khalifah Hakimiyatullah yang terbunuh, yg terawal Habil dan terakhir Yahya (Isa nyaris terbunuh)
6.       Sampai giliran Nabi Muhamnad, malang menimpa ummatnya apabila mereka memilih sendiri Khalifah ummat Islam dan bukan Hakimiyatullah.
7.       Selama 23 tahun tempoh masa Nabi Muhamnad memimpin manusia sebagai lantikan Allah (Hakimiyatullah)
8.       Selama 25 tahun (Hijrah) Umat Islam diperintah oleh Khulafa’ur Rasyidin tetapi tetapi bukan Khalifah Hakimiyatullah kerana ia pilihan Ketuanan Manusia
9.       Ali wasi Nabi menjadi Khalifah Hakimiyatullah selama 4 tahun 9 bulan yang juga sebahagian Umat Islam menggelarnya Khulafa’ur Rasyidin. Bermulanya Gelaran Imam – Allah perkenankan doa Ibrahim.
10.   Di dunia Islam Terbahagi 2 Ketuanan: 1) Ketuanan Pilihan Manusia Khalifah-khalifah. 2) Khalifah Hakimiyatullah bergelar Imam-imam Ahli Bait (Keluarga Rasulullah) yang maksum disucikan oleh Allah.

Sejarah pada dan selepas tahun 40 Hijrah

Ketuanan Pilihan Manusia Khalifah-khalifah
Imam-imam Ahli Bait (Keluarga Rasulullah

Dari Bani Umayyah
1.Mu’awiyah bin Abi Sufyan (tahun 40-64 H/661-680 M)
2.Yazid bin Mu’awiyah (tahun 61-64 H/680-683 M)
3.Mu’awiyah bin Yazid (tahun 64-68 H/683-684 M)
4.Marwan bin Hakam (tahun 65-66 H/684-685 M)
5.’Abdul Malik bin Marwan (tahun 66-68 H/685-705 M)
6.Walid bin ‘Abdul Malik (tahun 86-97 H/705-715 M)
7.Sulaiman bin ‘Abdul Malik (tahun 97-99 H/715-717 M)
8.’Umar bin ‘Abdul ‘Aziz (tahun 99-102 H/717-720 M)
9.Yazid bin ‘Abdul Malik (tahun 102-106 H/720-724 M)
10.Hisyam bin Abdul Malik (tahun 106-126 H/724-743 M)
11.Walid bin Yazid (tahun 126 H/744 M)
12.Yazid bin Walid (tahun 127 H/744 M)
13.Ibrahim bin Walid (tahun 127 H/744 M)
14.Marwan bin Muhammad (tahun 127-133 H/744-750 M)

Setelah itu sistem khalifah beralih ke tangan Bani Abas,Bani Buwaih dan Bani Saljuk
I. Dari Bani ‘Abbas
1.Abul ‘Abbas al-Safaah (tahun 133-137 H/750-754 M)
2.Abu Ja’far al-Mansyur (tahun 137-159 H/754-775 M)
3.Al-Mahdi (tahun 159-169 H/775-785 M)
4.Al-Hadi (tahun 169-170 H/785-786 M)
5.Harun al-Rasyid (tahun 170-194 H/786-809 M)
6.Al-Amiin (tahun 194-198 H/809-813 M)
7.Al-Ma’mun (tahun 198-217 H/813-833 M)
8.Al-Mu’tashim Billah (tahun 218-228 H/833-842 M)
9.Al-Watsiq Billah (tahun 228-232 H/842-847 M)
10.Al-Mutawakil ‘Ala al-Allah (tahun 232-247 H/847-861 M)
11.Al-Muntashir Billah (tahun 247-248 H/861-862 M)
12.Al-Musta’in Billah (tahun 248-252 H/862-866 M)
13.Al-Mu’taz Billah (tahun 252-256 H/866-869 M)
14.Al-Muhtadi Billah (tahun 256-257 H/869-870 M)
15.Al-Mu’tamad ‘Ala al-Allah (tahun 257-279 H/870-892 M)
16.Al-Mu’tadla Billah (tahun 279-290 H/892-902 M)
17.Al-Muktafi Billah (tahun 290-296 H/902-908 M)
18.Al-Muqtadir Billah (tahun 296-320 H/908-932 M)
II. Dari Bani Buwaih
19.Al-Qahir Billah (tahun 320-323 H/932-934 M)
20.Al-Radli Billah (tahun 323-329 H/934-940 M)
21.Al-Muttaqi Lillah (tahun 329-333 H/940-944 M)
22.Al-Musaktafi al-Allah (tahun 333-335 H/944-946 M)
23.Al-Muthi’ Lillah (tahun 335-364 H/946-974 M)
24.Al-Thai’i Lillah (tahun 364-381 H/974-991 M)
25.Al-Qadir Billah (tahun 381-423 H/991-1031 M)
26.Al-Qa’im Bi Amrillah (tahun 423-468 H/1031-1075 M)

III. dari Bani Saljuk
27. Al Mu’tadi Biamrillah (tahun 468-487 H/1075-1094 M)
28. Al Mustadhhir Billah (tahun 487-512 H/1094-1118 M)
29. Al Mustarsyid Billah (tahun 512-530 H/1118-1135 M)
30. Al-Rasyid Billah (tahun 530-531 H/1135-1136 M)
31. Al Muqtafi Liamrillah (tahun 531-555 H/1136-1160M)
32. Al Mustanjid Billah (tahun 555-566 H/1160-1170 M)
33. Al Mustadhi’u Biamrillah (tahun 566-576 H/1170-1180 M)
34. An Naashir Liddiinillah (tahun 576-622 H/1180-1225 M)
35. Adh Dhahir Biamrillah (tahun 622-623 H/1225-1226 M)
36. al Mustanshir Billah (tahun 623-640 H/1226-1242 M)
37. Al Mu’tashim Billah ( tahun 640-656 H/1242-1258 M)

Setelah itu kaum muslimin hidup selama 3,5 tahun tanpa seorang khalifah pun. Ini terjadi kerana serangan orang-orang Tartar ke negeri-negeri Islam dan pusat kekhalifahan di Baghdad. Namun demikian, kaum muslimin di Mesir, pada masa dinasti Mamaluk tidak berdiam diri, dan berusaha mengembalikan kembali kekhilafahan. kemudian mereka membai’ah Al Muntashir dari Bani Abbas. Ia adalah putra Khalifah al-Abbas al-Dhahir Biamrillah dan saudara lelaki khalifah Al Mustanshir Billah, pakcik  dari khalifah Al Mu’tashim Billah. Pusat pemerintahan dipindahkan lagi ke Mesir. Khalifah yang diangkat dari mereka ada 18 orang yaitu :

1. Al Mustanshir billah II (taun 660-661 H/1261-1262 M)
2. Al Haakim Biamrillah I ( tahun 661-701 H/1262-1302 M)
3. Al Mustakfi Billah I (tahun 701-732 H/1302-1334 M)
4. Al Watsiq Billah I (tahun 732-742 H/1334-1354 M)
5. Al Haakim Biamrillah II (tahun 742-753 H/1343-1354 M)
6. al Mu’tadlid Billah I (tahun 753-763 H/1354-1364 M)
7. Al Mutawakkil ‘Alallah I (tahun 763-785 H/1363-1386 M)
8. Al Watsir Billah II (tahun 785-788 H/1386-1389 M)
9. Al Mu’tashim (tahun 788-791 H/1389-1392 M)
10. Al Mutawakkil ‘Alallah II (tahun 791-808 H/1392-14-9 M)
11. Al Musta’in Billah (tahun 808-815 H/ 1409-1426 M)
12. Al Mu’tadlid Billah II (tahun 815-845 H/1416-1446 M)
13. Al Mustakfi Billah II (tahun 845-854 H/1446-1455 M)
14. Al Qa’im Biamrillah (tahun 754-859 H/1455-1460 M)
15. Al Mustanjid Billah (tahun 859-884 H/1460-1485 M)
16. Al Mutawakkil ‘Alallah (tahun 884-893 H/1485-1494 M)
17. al Mutamasik Billah (tahun 893-914 H/1494-1515 M)
18. Al Mutawakkil ‘Alallah OV (tahun 914-918 H/1515-1517 M)
Dari Bani Uthmaniah
1. Salim I (tahun 918-926 H/1517-1520 M)
2. Sulaiman al-Qanuni (tahun 916-974 H/1520-1566 M)
3. salim II (tahun 974-982 H/1566-1574 M)
4. Murad III (tahun 982-1003 H/1574-1595 M)
5. Muhammad III (tahun 1003-1012 H/1595-1603 M)
6. Ahmad I (tahun 1012-1026 H/1603-1617 M)
7. Musthafa I (tahun 1026-1027 H/1617-1618 M)
8. ‘Utsman II (tahun 1027-1031 H/1618-1622 M)
9. Musthafa I (tahun 1031-1032 H/1622-1623 M)
10. Murad IV (tahun 1032-1049 H/1623-1640 M)
11. Ibrahim I (tahun 1049-1058 H/1640-1648 M)
12. Mohammad IV (1058-1099 H/1648-1687 M)
13. Sulaiman II (tahun 1099-1102 H/1687-1691M)
14. Ahmad II (tahun 1102-1106 H/1691-1695 M)
15. Musthafa II (tahun 1106-1115 H/1695-1703 M)
16. Ahmad II (tahun 1115-1143 H/1703-1730 M)
17. Mahmud I (tahun 1143-1168/1730-1754 M)
18. “Utsman IlI (tahun 1168-1171 H/1754-1757 M)
19. Musthafa II (tahun 1171-1187H/1757-1774 M)
20. ‘Abdul Hamid (tahun 1187-1203 H/1774-1789 M)
21. Salim III (tahun 1203-1222 H/1789-1807 M)
22. Musthafa IV (tahun 1222-1223 H/1807-1808 M)
23. Mahmud II (tahun 1223-1255 H/1808-1839 M)
24. ‘Abdul Majid I (tahun 1255-1277 H/1839-1861 M)
25. “Abdul ‘Aziz I (tahun 1277-1293 H/1861-1876 M)
26. Murad V (tahun 1293-1293 H/1876-1876 M)
27. ‘Abdul Hamid II (tahun 1293-1328 H/1876-1909 M)
28. Muhammad Risyad V (tahun 1328-1339 H/1909-1918 M)
29. Muhammad Wahiddin II (tahun 1338-1340 H/1918-1922 M)
30. ‘Abdul Majid II (tahun 1340-1342 H/1922-1924 M)

1.        Imam Ali bin Abi Thalib as: Amirul Lahir : Mekkah, Jum’at 13 Rajab. Hari/T. Wafat : Malam Jum’ at, 21 Ramadhan 40 H. Umur : 63 Tahun Sebab Kematian : Ditikam oleh Abdurrahman ibnu Muljam Makam : Najaf Al-Syarif
2.        Imam Hasan Al-Mujtaba as. Lahir : Madinah, Selasa 15 Ramadhan 2 H.Hari/T. Wafat : Khamis, 7 Shafar Tahun 49 H.Umur : 47 Tahun. Sebab Kematian : Diracun Istrinya, Ja’dah binti As-Ath, atas suruhan Muawiyah yg mana ketika usahanya itu berhasil akan di nikahkan dengan anaknya.Makam : Baqi’ Madinah
3.        Imam Husain bin Ali as, Tempat/T. Lahir : Madinah, Khamis 3 Sya’ban 3 H.Hari/T. Wafat : Jum ‘at 10 Muharram 61 H.Umur : 58 Tahun Sebab Kematian : Dibantai di Padang Karbala, (Atas perintah Yazid bin Muawiyah) yang kemudian setelah tubuhnya di hujani oleh anak panah ia kemudian di injak-injak dengan tentara berkuda, yang kemudian tubuhnya di naiki oleh Simir untuk kemudian leher sucinya yang sering di kecup oleh nabi, di GOROK hingga berpisah dari badannya…YA ALLAH…..Makam : Padang Karbala (Irak)
4.        Imam Ali Zainal Abidin as. Tempat/T. Lahir : Madinah, 15 Jumadil Ula 36 H.Hari/T. Wafat : 25 Muharram 95 H.Umur : 57 Tahun. Sebab Kematian : Diracun Hisyam bin Abdul Malik, di Zaman al-Walid Makam : Baqi’ Madinah
5.        Imam Muhammad Al-Baqir as. Tempat/T. Lahir : Madinah, 1 Rajab 57 H.Hari/T. Wafat : Senin, 7 Dzulhijjah 114 H.Umur : 57 Tahun, Sebab Kematian : Diracun Hisyam bin Abdul Malik. Makam : Baqi’, Madinah
6.        Imam Ja’far Ash-Shadiq as. Tempat/T. Lahir : Madinah, Senin 17 Rabiul Awal 83 H.Hari/T. Wafat : 25 Syawal 148 H.Umur : 65 Tahun. Sebab Kematian : Diracun Manshur al-Dawaliki, Makam : Baqi’, Madinah
7.        Imam Musa Al-Kadzim as. Tempat/T. Lahir : Abwa’ Malam Ahad 7 Shofar 128 H.Hari/T. Wafat : Jum’at 25 Rajab 183 H.Umur : 55 Tahun. Sebab Kematian : Diracun Harun Ar-Rasyid. Makam : Al-Kadzimiah
8.        Imam Ali Ar-Ridha as. Tempat/T. Lahir : Madinah, Khamis, 11 Dzulqo’dah 148 HHari/T. Wafat : Selasa, 17 Shafar 203 H.Umur : 55 TahunSebab Kematian : Diracun Makinun al-Abbasi. Makam : Masyhad, Iran
Imam Muhammad Al-Jawad as (Imam ke 9 dalam Ahlul Bait)
9.        Nama : Muhammad Al-Jawad, Tempat/T. Lahir : Madinah, 10 Rajab 195 H.Hari/T. Wafat : Selasa, Akhir Dzul-Hijjah 220 H.Umur : 25 Tahun. Sebab kematian : diracun istrinya. Makam : Al-Kadzimiah
10.     Imam Ali Al-Hadi An-Naqi as. Tempat/T. : Madinah, 15 Dzul-Hijjah/5 Rajab 212 H.Hari/T. Wafat : Senin, 3 Rajab 254 HUmur : 41Tahun. Sebab Kematian : Diracun Al-Mu’tamad al-AbbasiMakam : Samara
11.     Imam Hasan Al-Askari as. Tempat/T. Lahir : Madinah, 10 Rabiul Tsani 232 H.Hari/T. Wafat : Jum’at, 8 Rabiul Awal 260 HUmur : 28 Tahun. Sebab Kematian : Diracun Khalifah AbbasiahDi Makamkan : Samara’
12.     Imam Muhammad Al-Mahdi as (12)
Nama : MuhammadGelar : Al-Mahdi, Al-Qoim, Al-Hujjah, AL-Muntadzar,Shohib Al-Zaman, Hujjatullah Julukan : Abul Qosim Ayah : Hasan AL-AskariIbu : Narjis Khotun. Tempal/T. Lahir : Samara’, Malam Jum’at 15 Sya’ban 255 H.
Ghaib Sughra : Selama 74 Tahun, di mulai sejak kelahirannya hingga tahun 329.
Ghaib Kubra : Sejak Tahun 329 hingga saat ini.
Dan kelak ia akan di munculkan oleh Allah SWT, untuk memimpin Dunia ini dengan kedamaian . Semoga Allah mempercepat kemunculannya. Amin Ya Rabbal ‘Alamin.
Dalam suatu Riwayat : Barang siapa yang mati tidak menegenal imam di zamannya maka ia matinya mati jahiliyah.